-
1. Apakah jenis - jenis kursus pekebun kecil yang ditawarkan oleh RISDA?
RISDA menawarkan kursus bidang teknikal kepada pekebun kecil yang berminat seperti kursus getah muda/matang, kursus kemahiran, kursus agromakanan, TVET umum dan operator getah sepertimana maklumat di takwin yang disediakan. Takwin tersebut boleh dilihat melalui portal rasmi RISDA di bawah paparan pekebun kecil melalui alamat url: https://www.risda.gov.my.
-
2. Adakah terdapat tawaran bantuan kewangan untuk memulakan sesuatu projek selepas menghadiri kursus pekebun kecil yang dianjurkan oleh RISDA?
Tiada bantuan kewangan disediakan oleh RISDA. Walau bagaimanapun, RISDA ada menyediakan khidmat nasihat teknikal tentang cara - cara untuk memulakan sesuatu projek yang berkaitan dengan kursus tersebut.
-
3. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti kursus-kursus anjuran RISDA
Tiada bayaran dikenakan dan semua kursus pekebun kecil adalah percuma.
-
4. Had umur kursus?
Permohonan kursus untuk kursus-kursus pekebun kecil anjuran RISDA terbuka kepada pemohon berumur 18 tahun dan ke atas. Pemohon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik serta seorang warganegara Malaysia.
-
5. Bagaimanakah cara mendaftar untuk mengikuti kursus pekebun kecil anjuran RISDA
Semua pekebun kecil yang berminat untuk mengikuti kursus di lokasi yang disediakan boleh menghubungi/ datang sendiri ke pejabat RISDA yang berhampiran untuk berdaftar.
Untuk sebarang pertanyaan lain, sila klik disini