Alat Kebolehcapaian

  • RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

    1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972.
    2. Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

    "Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

    Abdullah bin Abdul Kadir, KMN
    Pengerusi / Ketua Pengarah RISDA
    Upacara Pelancaran Rasmi RISDA pada 8 Februari 1973

  • Ucapan Perasmian Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia, di upacara Pelancaran Rasmi, RISDA pada 8 Februari, 1973.

    Dengan tertubuhnya RISDA, terwujudlah sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, RISDA juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.

    Kerajaan memandang mustahak mengadakan satu dasar dan strategi baru bagi memajukan sektor pekebun kecil dan berasaskan ini, RISDA ditubuhkan.

    Sebagaimana dimaklumkan, RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.

    Dengan ini nyatalah bahawa unsur-unsur pembaharuan semestinya menjadi asas yang kukuh kepada konsep RISDA supaya membolehkan semua pekebun kecil kita menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi.

    Saya juga telah mengarahkan RISDA supaya mengadakan satu "Integrated Approach" terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga MARDEC. Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh RISDA. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh MARDEC untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara "Integrated Approach" inilah maka RISDA akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna.

    Soal membaiki keadaan ekonomi pekebun kecil berhubung erat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maka itu RISDA akan berkerjasama dengan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam ertikata sepenuhnya. Tidak syak lagi RISDA akan memainkan peranan penting di dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru terutama dari segi penyusunan semula masyarakat.

    Akhirnya saya mengharapkan bahawa dengan pelancaran RISDA ini usaha-usaha kita dapat ditumpukan dengan sepenuhnya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil dan membaiki kedudukan mereka. Marilah kita berdoa mudah-mudahan hasrat dan cita-cita melalui usaha-usaha RISDA yang murni itu berjaya sepenuhnya.

  •   Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025.

  •  Melaksana dasar dan program pembangunan;

     Menyelaras Skim yang diluluskan;

     Melaksana pembaharuan penyelidikan;

     Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;

     Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;

     Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;

     Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;

     Melibatkan diri dalam perdagangan getah;

     Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;

     Melaksanakan program latihan dan pendidikan;

     Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;

     Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;

     Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;

     Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;

     Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan;

     Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.

  • Misi

    Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau

    Visi

    Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil

  • Skop

    Program Bantuan Tanam Semula Getah dari Ansuran Pertama hingga Ansuran Akhir.

    MS ISO 9001 2015 01 min                   Screenshot 2023 12 26 at 1.20.05 PM min

    Dasar Kualiti

    RISDA komited untuk memberi perkhidmatan mengurus Bantuan Program Tanam Semula dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pekebun kecil selaras dengan Piagam Pelanggan RISDA dan penambahbaikan berterusan berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 :2015.

    Objektif Kualiti

    Mewujudkan rasa bertanggungjawab dan komitmen di kalangan semua Pusat Tanggungjawab RISDA kearah meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

  • Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Bagi Tahun Berakhir:

    Bil. Tahun Berakhir
     01  31 Disember 2002
     02  31 Disember 2005
     03  31 Disember 2006
     04  31 Disember 2007
     05  31 Disember 2008
     06  31 Disember 2009
     07  31 Disember 2010
     08  31 Disember 2011
     09  31 Disember 2012