-
Pengenalan Program
PROGRAM BANTUAN AGROMAKANAN RISDA
Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu Pekebun Kecil meningkatkan penghasilan dan pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Program Agromakanan RISDA (PAM) ini adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.
OBJEKTIF PROGRAM AGROMAKANAN RISDA
- Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan Pekebun Kecil.
- Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk menjalankan aktiviti pertanian selain getah seperti tanaman jangka pendek dan ternakan.
- Menggalakkan Pekebun Kecil untuk menerokai sumber baharu untuk meningkatkan pendapatan.
- Untuk menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara.
- Sasaran peningkatan pendapatan Pekebun Kecil kepada RM500.00/bulan pada akhir tahun 2025.
-
Syarat Program Bantuan
KUMPULAN SASAR PROGRAM AGROMAKANAN RISDA
Kumpulan sasar program ini adalah Pekebun Kecil dan Integrator.
PEKEBUN KECIL
- Warganegara Malaysia : Pekebun Kecil/Ahli Isi Rumah (AIR), Berumur : 18-60 tahun dan berdaftar dengan RISDA.
- Peserta Program Tanam Semula.
- Hak milik tanah atau surat kebenaran guna atau sewa tanah min 2 tahun (jenis projek/break even point).
- Berkemampuan menjalankan projek separuh/sepenuh masa.
- Menghadiri Kursus Agromakanan yang dianjurkan RISDA.
- Bersetuju dengan agihan keuntungan 60:40 (antara Ketua Kumpulan & Ahli lain) bagi projek Pekebun Kecil Berkelompok (3-5 orang).
- Peserta bersedia untuk membiayai kos projek selain daripada bantuan RISDA.
- Keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon.
- Peserta AET/PPP KDW tidak layak mohon bantuan dalam tempoh 2 tahun.
INTEGRATOR
- Warganegara Malaysia.
- Kumpulan RISDA Holdings (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil seliaan RISDA atau Syarikat Bumiputera Tempatan yang berlatarbelakangkan bidang pertanian dan mempunyai pengalaman menjalankan projek/perniagaan berkaitan bidang pertanian atau:
- Usahawan Agromakanan atau Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang berpengalaman mempunyai kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baharu dan mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh.
- Berlatar belakang bidang pertanian dan ada pengalaman menjalankan projek yang dipohon.
- Mempunyai kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baharu.
- Hak milik tanah/surat kebenaran guna atau sewa tanah minimum 2 tahun (jenis projek/break even point).
- Telah berdaftar SSM/PBT/MOF atau mana-mana lesen berkaitan.
- Kewangan stabil 10% daripada nilai bantuan.
- Integrator ejen pelaksana - urus projek sendiri tanpa pihak ke-3.
- Mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh.
- Bersedia untuk membiayai kos projek selain bantuan RISDA.
- Keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon.
- Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak yang bersesuaian.
- Bersetuju dengan agihan keuntungan 50:50 (Ketua Kumpulan & Ahli) bagi projek Pekebun Kecil Berkelompok.
- Sedia SOP projek, pelan pelaksanaan dan pemasaran yang lengkap.
-
Kadar Bantuan
KATEGORI PENERIMA BANTUAN
- Pekebun Kecil (Individu)
- Ketua Isi Rumah (KIR) & Ahli Isi Rumah (AIR) secara individu.
- Seorang/Individu : RM 20,000.00
- Pekebun Kecil (Berkelompok)
- Ketua Isi Rumah (KIR) & Ahli Isi Rumah (AIR) secara berkelompok maksimum 5 orang
- 3-5 Orang : RM 60,000.00 - RM 100,000.00 (RM 20,000.00/Peserta).
- Integrator Anchor
- Kumpulan RISDA Holdings (KRH)/Koperasi Pekebun Kecil (KPK)/Syarikat Bumiputera menguruskan bekalan input, peralatan, khidmat nasihat, pemasaran dan pemantauan kepada peserta.
- 15 Orang : RM 300,000.00/Projek.
- Integrator Ejen Pelaksana
- Kumpulan RISDA Holdings (KRH)/Koperasi Pekebun Kecil (KPK) melaksanakan projek bagi pihak Pekebun Kecil.
- 15 Orang : RM 300,000.00/Projek.
BANTUAN INFRASTRUKTUR AGROMAKANAN RISDA (30%)
- Penyediaan & pembersihan kawasan.
- Bina baru/baik pulih infra ladang.
- Sistem pengairan & perparitan.
- Kemudahan elektrik & air.
- Kemudahan pagar.
- Papan tanda.
BANTUAN INPUT, PERALATAN DAN KONSULTASI AGROMAKANAN RISDA (70%)
- Input pertanian.
- Baka ternakan.
- Makanan ternakan & ubat-ubatan.
- Peralatan/mesin/jentera.
- Kemudahan pembungkusan/label.
- Teknologi pertanian moden.
- Kajian tanah.
- Khidmat perundingan & promosi.
- Latihan, khidmat nasihat & bimbingan.
- Perlindungan insurans projek dari bencana alam, penyakit dan sebagainya.
- Lain-lain keperluan yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
- Pekebun Kecil (Individu)
-
Kaedah Permohonan
PEKEBUN KECIL (INDIVIDU & BERKELOMPOK)
- Pekebun Kecil atau Berkelompok perlu mengisi borang permohonan dan borang tersebut haruslah lengkap bersama :
- Pengakuan dan persetujuan oleh Ketua Projek (jika berkelompok).
- Sokongan Penolong Pegawai Pertanian kawasan.
- Sokongan Penyelaras Program Khas Daerah.
- Perakuan oleh Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Kepilkan bersama surat sokongan Program Agromakanan oleh agensi/jabatan yang berkaitan.
- Hantar borang permohonan.
- Hantar kertas kerja dan sokongan agensi/jabatan berkaitan.
- Tunggu maklum balas kelulusan.
INTEGRATOR
- Pekebun Kecil atau berkelompok mengisi borang permohonan dan borang tersebut haruslah lengkap bersama :
- Maklumat projek.
- Sokongan Penyelaras Program Khas Daerah dan Penolong Pegawai Pertanian kawasan.
- Perakuan oleh Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Perakuan oleh Pengarah RISDA.
- Maklumat ahli-ahli projek atau penerima dividen.
- Kepilkan bersama surat sokongan Program Agromakanan oleh agensi/jabatan yang berkaitan.
- Hantar borang permohonan.
- Hantar kertas kerja dan sokongan agensi/jabatan berkaitan.
- Tunggu maklum balas kelulusan.
- Pekebun Kecil atau Berkelompok perlu mengisi borang permohonan dan borang tersebut haruslah lengkap bersama :
-
Senarai Borang Berkaitan
Bil Tajuk Muat Turun 1 Borang Permohonan Program Agromakanan - Pekebun Kecil (Lampiran 1) PDF | Lihat 2 Borang Permohonan Program Agromakanan - Integrator (Lampiran 2). PDF | Lihat 3 Surat Sokongan Program Agromakanan Oleh Agensi/Jabatan Yang Berkaitan (Lampiran 3). PDF | Lihat 4 Format Pembentangan Program Agromakanan (Lampiran 4). PPTX 5 Status Permohonan Projek Agromakanan (Lampiran 5). PDF | Lihat 6 Borang Setuju Terima (Lampiran 6). PDF | Lihat Lain-lain keperluan Borang perlu dirujuk di Pejabat RISDA yang berhampiran/terdekat.
-
Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan
Pejabat RISDA Berhampiran / Terdekat Atau Bahagian Program Khas Atau Unit Pembangunan Ekonomi, Ibu Pejabat RISDA
Bil Nama Bahagian Jawatan E-mel Sambungan 1 Pn. Rohaniza Binti Omar Pembangunan Ekonomi Pegawai Pertanian Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 235 2 En. Mohammad Firdaus Bin Zulkufli Pembangunan Ekonomi Pegawai Pertanian Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 476 3 En. Abdul Ghoni Bin Ihsan Pembangunan Ekonomi Pegawai Pertanian Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 516 4 En. Armie Salmizie Bin Arshad Pembangunan Ekonomi Penolong Pegawai Pertanian Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 686