-
Pengenalan Program
Amalan Pertanian Baik (GAP) merupakan merupakan faktor terpenting bagi memastikan tanaman getah mencapai tempoh keremajaan dan menghasilkan produktiviti seperti yang ditetapkan. Pelaksanaan dan pengamalan GAP yang betul dan mengikut norma-norma yang sesuai serta teknologi-terknologi yang disyorkan perlu diterapkan kepada semua pekebun kecil yang terlibat dalam Program Tanam Semula. Sehubungan itu, lima (5) GAP perlu dimantapkan dan diberi penekanan untuk disampaikan dan diamalkan oleh pegawai dilapangan dan pekebun kecil iaitu:
- GAP 1: Penanaman dan penyelenggaraan
- GAP 2: Pembajaan
- GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks
- GAP 4: Penorehan
- GAP 5: Pemasaran Hasil
-
Syarat Program Bantuan
Semua Pekebun Kecil yang terlibat dengan Program Tanam Semula RISDA
-
Kadar Bantuan
Memberi bimbingan dan latihan secara individu kepada semua pekebun kecil dalam bantuan Tanam Semula dan penerima Skim Getah Matang (SGM) yang memiliki kebun berhasil.
-
Kaedah Permohonan
Apabila kebun diluluskan bantuan Tanam Semula, Pekebun Kecil akan dipantau melalui amalan GAP.
- Senarai Borang Berkaitan
-
Rujukan Lanjut
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT): 03-4256 4022 (Sambungan : 207)