-
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.Selamat datang ke portal rasmi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Selaku Pengerusi, adalah menjadi penghormatan kepada saya untuk menyokong dan memperjuangkan visi serta misi kami untuk memakmurkan sektor pekebun kecil getah di seluruh negara.
RISDA sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju dalam mewujudkan transformasi positif dalam sektor komuniti dan komoditi getah negara melalui pelbagai jenis bantuan dan khidmat sokongan yang memperkasakan program utama RISDA, iaitu Program Tanam Semula Getah.
Kini, dengan berlandaskan Gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri serta Aspirasi Desa Madani yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, RISDA komited dalam memperkasakan peranan melalui inovasi, kecekapan dan kolaborasi yang kukuh bersama semua pihak yang terlibat, agar RISDA dapat menjadikan komoditi getah negara sebagai penyumbang terbesar kepada di peringkat global.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepda semua pihak terutamanya kepada warga pekebun kecil RISDA yang sentiasa bersama-sama RISDA dalam memajukan industri getah negara sejak lebih setengah abad yang lalu. Marilah kita sama-sama berusaha untuk melestarikan sektor pekebun kecil sebagai sokongan terhadap agenda pembangunan negara.
Sekali lagi, terima kasih kerana mengujungi portal rasmi RISDA ini. Diharapkan agar semua pengunjung dapat menerima manfaat melalui informasi yang disediakan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
YANG BERHORMAT TUAN HAJI MANNDZRI BIN HAJI NASIB
PENGERUSI
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) -
Assalamualaikum WBT dan Salam Negaraku Malaysia.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 sebagai sebuah badan berkanun kerajaan, bertanggungjawab mentadbir kumpulan wang perusahaan getah, melaksanakan rancangan tanam semula dan seterusnya memodenkan sektor pekebun kecil. Peranan pekebun kecil adalah penting dalam industri getah Malaysia di mana sektor ini menyumbangkan 78% dari pengeluaran getah Malaysia.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan sosio ekonomi pekebun kecil, pihak RISDA telah dan akan menumpukan berbagai program dan aktiviti untuk menentukan ianya benar-benar dapat memberi faedah kepada pekebun kecil disamping menyokong industri getah Malaysia supaya terus mantap dan berdaya saing.
Kewujudan Laman Web RISDA menunjukkan komitmen pihak pengurusan untuk menyediakan maklumat terkini berhubung pembangunan dan pengurusan sektor pekebun kecil. Saya berharap laman ini akan membolehkan para pengunjung laman berinteraksi untuk mendapatkan berbagai maklumat secara umum mengenai RISDA dan juga maklumat khusus mengenai program serta aktiviti yang telah dirancang untuk pembangunan sektor pekebun kecil.
Sekian, terima kasih. Selamat Berinteraksi.
YBRS. ENCIK ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI
Ketua Pengarah RISDA