RAMLIE BIN TUMIN
Pengarah
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
-
Moto
Pengembangan; faktor ke arah kejayaan.
Misi
Membentuk pekebun kecil yang berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya mengamalkan teknologi secara berterusan.
Visi
Menjadi agen perubahan pekebun kecil.
Objektif
Membantu pekebun kecil yang menanam semula mencapai ukurlilit 10cm setahun bagi tanaman getah dan memendekkan tempoh keremajaan 2 tahun 6 bulan bagi tanaman sawit dan produktiviti getah 1,800kg/hektar/tahun dan sawit pada 20MT/hektar/tahun melalui pembudayaan Amalan Pertanian Baik.
-
-
Pembudayaan Amalan Pertanian Baik (GAP) secara berterusan untuk mencapai peningkatan produktiviti.
-
Meningkatkan penglibatan pekebun kecil dan ahli isi rumah dalam aktiviti pembangunan modal insan melalui aktiviti bimbingan dan latihan.
-
Memberi bimbingan kepada anak pekebun kecil bagi meningkatkan kemahiran secara formal atau tidak formal.
-
Membentuk kumpulan pemimpin serta rnenjadi penghubung dan pemudah cara di antara RISDA dan pekebun kecil ke arah pembangunan sosio ekonomi.
-
Membimbing pekebun kecil dalam membentuk keluarga yang sejahtera melalui aktiviti pendidikan, khidmat masyarakat, keagamaan, ekonomi, sukan dan budaya.
-
-
- Menjalankan proses pendidikan secara tidak formal bagi maksud menggalakkan pekebun kecil menerima dan mengamalkan sesuatu jenis teknologi berkaitan penanaman getah dan sawit.
- Mendapatkan dan menapis teknologi dari agensi penyelidikan yang berkaitan untuk disampaikan kepada pekebun kecil.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program pengembangan ke arah Pembudayaan Amalan Pertanian Baik (GAP)
- Merancang strategi komunikasi dalam menyebarkan teknologi berkenaan.
- Memantau amalan dan penggunaan teknologi bagi menilai keberkesanan teknologi berkaitan untuk pengubahsuaian atau penambahbaikan
- Mendidik dan melatih pekebun kecil serta ahli isi rumah.
- Menerbit dan mengedar risalah berkaitan teknologi getah, sawit dan lain-lain berkaitan untuk rujukan pekebun kecil.
- Menjalankan aktiviti sosial dan institusi ke arah meningkatkan kesejahteraan keluarga pekebun kecil.
-
Pengarah
Setiausaha
Unit Teknologi dan R&D
Unit Khidmat Pengembangan
Unit Pembangunan Institusi Dan Modal Insan
Unit Pentadbiran Dan Kewangan