RISDA Ventures Sdn Bhd (RVSB) atau dulu dikenali sebagai RISDA Baja Sdn. Bhd. adalah Kumpulan RISDA Holdings dan bertanggungjawab untuk menyedia dan membekal baja sebatian kepada pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula dan Program Peningkatan Produktiviti Getah. Syarikat ini telah ditubuhkan menggunakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kilang Sawit RISDA Sdn Bhd (KKSR).
Selaras dengan peranan baru ini, RBSB telah menetapkan visi untuk menjadi sebuah syarikat terunggul dalam pembekalan baja sebatian kepada pekebun kecil di negara ini. Untuk itu misi RBSB adalah untuk memberi kepuasan kepada pekebun kecil dengan membekal baja yang berkualiti dengan harga yang terbaik pada masa yang diperlukan.
Syarikat juga menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan Konsortium Baja Nasional (KBN) dalam menguruskan segala aktiviti pembekalan baja untuk keperluan RISDA. Selain itu, syarikat menyediakan serta mewujudkan hubungan perniagaan stokis baja dengan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) di semua kawasan strategik dan meluaskan kawasan perniagaan dengan melahirkan usahawan baru di kalangan pengusaha / peniaga baja khususnya pekebun kecil.
VISI
Menjadi pembekal baja pekebun kecil terunggul di negara.
MISI
Menentukan supaya pekebun kecil mendapat baja berkualiti pada masa diperlukan dengan harga yang terbaik.
OBJEKTIF
Memastikan pekebun kecil;
- Dibekalkan baja berkualiti
- Ditawarkan harga baja terbaik
- Dibekalkan baja tepat pada masa
RISDA VENTURES SDN. BHD. (RVSB) | |
---|---|
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF | EN. MOHD ROSLI BIN HASSAN |
ALAMAT |
RISDA BAJA SDN BHD |
NO. TELEFON | 03-42702737, 03-42702741, 42701445 |
NO. FAKS | 03-42702752 |
LAMAN WEB RASMI | www.risdaventures.com.my |