RISDA Holdings Sdn. Bhd., (RHSB) ditubuhkan pada 5 April 2011 dan merupakan sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM16 juta. Syarikat ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2012. Selaras dengan kelulusan penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 4 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 6 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai agen mengurus Syarikat Milikan RISDA (SMR).
Syarikat juga bertanggungjawab untuk penjajaran Pemegang Saham SMR, menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing, penjajaran operasi syarikat-syarikat subsidiari, menubuhkan rancangan Pengurusan Rasionalisasi Perniagaan Subsidiari, pemusatan fungsi dan penubuhan Koperasi baru.
Aktiviti lain yang dijalankan oleh RHSB ialah perancangan korporat, perundangan, kesetiausahaan dan pematuhan, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, kewangan dan audit dalam serta hal-hal berkaitan teknologi maklumat. RHSB juga merupakan penyelaras dasar bagi semua SMR.
SYARIKAT MILIKAN RISDA DI KAWAL SELIA RHSB MENGIKUT SEKTOR
Terdapat 13 buah SMR berada di bawah kawal selia RHSB mengikut sektor adalah seperti berikut:
BIL.
SEKTOR
SMR
1.
Perladangan
ESPEK Sdn. Bhd.
RISDAPlantationSdn. Bhd.
ESPEKPlantationSdn. Bhd.
2.
Input Pertanian
RISDA Baja Sdn. Bhd.
RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd.
RISDASecurity And ServicesSdn. Bhd
3.
Pengangkutan
RISDAFleetSdn. Bhd.
4.
Pembiayaan (‘Factoring’ pinjaman perumahan, kereta dan komputer)
Permodalan RISDA Berhad (PRB)
5.
Insurans
Protac Insurance BrokersSdn. Bhd.
6.
Ternakan
ESPEKLivestockSdn. Bhd.
7.
Pembangunan Aset Dan Hartanah
RISDA Bina Sdn. Bhd.
8.
Pendidikan
Kolej RISDA Sdn. Bhd.
9.
Catering& Majlis
RISDACatering&EventSdn. Bhd.
10.
Kebajikan
Yayasan RISDA
MISI
Mengembeling dan menjajar subsidiary ke arah “competitiveness and viability” dengan mengeluarkan produk dan perkhidmatan berkualiti berteraskan budaya professional dengan mengoptimumkan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baru.
VISI
Pemangkin dan peneraju syarikat milikan Kumpulan RISDA ke arah syarikat berprestasi tinggi.
OBJEKTIF
Memperkemaskan aktiviti-aktiviti setiap Syarikat Milikan RISDA (SMR).
Penjajaran pegangan saham SMR.
Merangka dasar rancangan perniagaan untuk dijadikan panduan halatuju SMR.
Mengembeling dan meneroka sumber dana pembiayaan untuk tujuan pertumbuhan SMR.
RISDA HOLDINGS SDN. BHD. (RHSB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN
EN. ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI
ALAMAT
TINGKAT 7, GRAHA ESPEK, NO 31, JALAN SULAIMAN 3, TAMAN PUTRA SULAIMAN, 68000 AMPANG, SELANGOR
RISDA ESTATES Sdn. Bhd. adalah Kumpulan RISDA Holdings dengan modal dibenarkan sebanyak RM250 juta dan modal berbayar RM20 juta. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang - ladang RISDA yang telah dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).
RISDA ESTATES dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 24 buah ladang RISDA di seluruh negara dengan keluasan 47,520.00 hektar yang meliputi 35,127.29 hektar kawasan sawit matang, 297.01 hektar kawasan sawit muda dan 3,932.23 hektar kawasan yang dalam proses tanam semula. Kawasan getah pula meliputi 309.96 hektar kawasan getah muda. Selain itu, RISDA ESTATES juga terlibat dengan pembangunan Ladang Ortet dengan keluasan 262.89 hektar.
Dalam pengurusan kilang pula, RISDA ESTATE bertanggungjawab dalam menguruskan tiga (3) buah kilang sawit RISDA iaitu Kilang Sawit RISDA Durian Mas, Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong dan Kilang Sawit RISDA Sg. Ambat.
RISDA ESTATES turut juga memberikan perkhidmatan pemetaan GPS-GIS dengan mengukur dan menyediakan peta digital ladang dengan menggunakan GPS serta membina pangkalan data untuk GIS bagi tujuan memeta infrastruktur kawasan.
Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh syarikat ialah memberikan perkhidmatan analisa daun dan baja, perkhidmatan analisa tanah dan kajian siri tanah, perkhidmatan pemeriksaan ladang, penilaian dan kajian fisibiliti untuk pembukaan ladang sawit dan getah, perlombongan bijih besi dan penyediaan tempat latihan di Akademi RISDA ESTATES Ulu Slim dan Akademi RISDA ESTATES Keratong.
Akademi RISDA ESTATES di Ladang RISDA Ulu Slim
Akademi RISDA ESTATES di Ladang RISDA Keratong
Perkhidmatan pemetaan GPS/GIS
Peta lakaran tangan dan digital
Jabatan ESPEK Research Advisory Services (ERAS) Bangi.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (RISDA ESTATES)
VISI
Peneraju Pembangunan ladang dan pengurusan kilang di dalam negara.
MISI
Menguruskan semua ladang, kilang dan aset di bawah urus tadbir dengan kepakaran tenaga kerja dan sumber-sumber yang ada secara efisien, beretika dan profesional.
OBJEKTIF
Memastikan pulangan yang maksimum dan setanding norma industri kepada pemegang saham.
MOTO
"Bijak Mengurus"
PIAGAM PELANGGAN ESPEK
Laporan Hantar Sebelum 20 Hb.
Bts Hantar Ke Kilang Dalam Tempoh 24 Jam
Kutipan Hutang Tidak Lebih Dari 30 Hari.
Bayaran Perlu Dibuat Dalam Masa 30 Hari.
Gaji Pekerja Bayar Sebelum 7 Hb.
Penutupan Akaun Sebelum 15 Hb.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (RISDA ESTATES)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN
EN. MOHAMMAD ZAKARIA B. ALANG ZAHARI
ALAMAT
RISDA ESTATES SDN. BHD. NO. 31, JALAN SULAIMAN 3, TAMAN PUTRA SULAIMAN, 68000 AMPANG, SELANGOR
Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) merupakan sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh Kumpulan RISDA Holdings ditubuhkan pada tahun 1999 pada asalnya dikenali sebagai Kolej RISDA Sdn Bhd. UCAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan mula beroperasi pada 8 Januari 1999.
Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI). Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA. Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA. Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.
Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan.
Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi. UCAM juga turut mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Semporna, Sabah yang menawarkan program-program akademik. Selain itu Pejabat Zon Tmur (Kelantan), Pejabat Zon Tengah (Pahang) dan Pejabat Zon Utara (Perak) pula beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek.
UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehingga kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 7000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya.
VISI
Menjadi Institusi Pembelajaran yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.
MISI
Menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran.
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.
Memberi khidmat kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional yang relevan.
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PN. HJH. FAIZATUL AKMAR BINTI DATO HISAN
ALAMAT
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA LOT 2020, AYER PA’ABAS 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH LOT SHOP A21, A22 DAN A23 BANDAR UTAMA, JALAN BUBUL, 91308 SEMPORNA, SABAH
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (PROTAC) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1972. Pada tahun 1991, Smallholders Development Corporation (SHDC) sekarang dikenali sebagai RISDA Security And Services Sdn Bhd (RSS) sebuah anak syarikat RISDA telah mengambil alih ekuiti PROTAC daripada pemilik asal melalui keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 94 pada 30 Ogos 1990. Tujuan asal pengambil alihan ekuiti ini ialah agar PROTAC dapat menguruskan keperluan insurans bagi RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings.
Selain daripada menguruskan keperluan insurans RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings, PROTAC juga telah meluaskan perkhidmatannya ke Kementerian Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan. PROTAC adalah merupakan sebuah broker insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Buat masa ini PROTAC memiliki Lesen Broker Insurans Dan Lesen Broker Takaful.
VISI DAN MISI
Menyediakan perkhidmatan broking insurans dan pengurusan risiko yang terbaik kepada pelanggan dan pengurusan risiko dengan menawarkan produk insurans yang berkualiti berdasarkan kos yang kompetitif memenuhi janji kami menyelesaikan semua tuntutan dengan cepat, adil dan saksama. Falsafah kami adalah “Pelanggan Sentiasa Diberi Keutamaan”.
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN. BHD. (PROTAC)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
EN. ALZAFRY BIN ABU BAKAR
ALAMAT IBU PEJABAT
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD WISMA PROTAC, NO. 35, JALAN MAMANDA 7, AMPANG POINT, 68000 AMPANG, SELANGOR
ALAMAT CAWANGAN
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (KEDAH) TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI KEDAH, JALAN TELOK WANJAH, 05990 ALOR SETAR, KEDAH
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (MELAKA) TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI MELAKA, 36, JALAN TUN SRI LANANG, 75100 MELAKA