RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). RISDA Semaian berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan kelapa sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.
Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan, RISDA Semaian telah menceburi dalam bidang-bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan (merekabentuk, pembangunan & penyelenggaraan), Kerja-kerja sivil, pembersihan (cleaning services) dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.
BENIH GETAH
RISDA Semaian menyediakan anak benih getah dari berbagai klon yang bermutu tinggi dan terbukti di lapangan seperti PB 260, PB 350, RRIM 928, RRIM 929, RRIM 2001, RRIM 2002, RRIM 2025 dan RRIM 3001. Pengeluaran anak benih selain daripada klon-klon tersebut adalah bergantung kepada permintaan.
Benih getah yang disediakan adalah terdiri daripada:
- Benih Cantuman Muda Polibeg (BCMP)
- Benih Tunggul Cantum Biasa (TCB)
- Benih Tunggul Cantuman Polibeg (TCP)
- Advance Planting Material (APM)
BENIH SAWIT
RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd menyediakan anak benih sawit DxP dari sumber yang disahkan ketulenannya dan bermutu tinggi. Tapak-tapak semaian kami diuruskan secara professional dan mendapat pengiktirafan MPOB melalui skim persijilan kewibawaan tapak semaian atau “Code Of Good Nursery Practice for Oil Palm Nursery” (CoPn).
LANDSKAP & KERJA SIVIL
RISDA Semaian adalah sebuah syarikat yang memegang lesen PKK kelas ‘A’ dan berdaftar dengan CIDB dibawah kelas ‘G7’. Ia mula berkecimpung dalam bidang landskap sejak tahun 1996 di mana kami merupakan antara kontraktor landskap yang terawal terbabit di dalam pembangunan Putrajaya.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
- Khidmat rekabentuk
- Pembangunan & penyelenggaraan landskap
- Pindah alih pokok
- Kerja-kerja sivil
- Pusat jualan
- Landskap dalaman
- Hiasan pentas
Pengurusan Ladang
RISDA Semaian mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan dan pengurusan ladang. Ladang-ladang getah mulanya dibangunkan dalam tahun 1959 dan kini RISDA Semaian menguruskan pula ladang-ladang sawit. Dengan melaksanakan amalan pertanian dan pengurusan yang baik, ladang sawit yang diuruskan telah mengeluarkan hasil lumayan sehingga 42 tan sehektar setahun.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :
- Pembangunan dan pengurusan ladang (replanting).
- Pembekalan benih getah dan sawit.
- Pengurusan ladang diperingkat pengeluaran hasil.
- Kontraktor membekal pekerja seperti penoreh dan penuai.
VISI
Menjadi peneraju dalam bidang semaian dan landskap.
MISI
Mengeluarkan produk semaian dan landskap berkualiti dengan tenaga mahir yang profesional.
OBJEKTIF
Melatih tenaga mahir profesional menghasilkan produk berkualiti memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos.
RISDA SEMAIAN & LANDSKAP SDN. BHD. (RSSB) | |
---|---|
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF | TN. HJ. MAD JAIS BIN CHE YEM |
ALAMAT | RISDA SEMAIAN & LANDSKAP SDN. BHD. NO. 8 JALAN WAWASAN 2/12, BANDAR BARU AMPANG, SELANGOR. |
NO. TELEFON | 03-42701911 |
NO. FAKS | 03-42701922 |
LAMAN WEB RASMI | www.risdasemaian.com.my |