RISDA Plantation adalah Kumpulan RISDA Holdings yang telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1996. RISDA Plantation ditubuhkan bertujuan mengurus kebun kecil secara komersial dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti huluan dan hiliran.
AKTIVITI UTAMA SYARIKAT
- Mengurus tanah atau ladang milik pekebun kecil dan agensi Kerajaan dalam bentuk Tanam Semula Komersial (TSK), dan ladang milik swasta;
- Pengestetan Kawasan Matang (PKM) dan Mini Estet (ME) yang ditanam dengan getah dan sawit;
- Mengurus ladang getah atau sawit yang dimiliki syarikat;
- Mengurus pemasaran hasil getah dan sawit bagi kawasan yang diurus; dan
- Melaksanakan perkhidmatan kontrak kerja-kerja pembangunan kawasan, penyelenggaraan dan kutipan hasil getah dan sawit.
VISI
Sebagai peneraju pembangunan tanah pekebun kecil dan perladangan yang berdaya maju dan berdaya saing.
MISI
Mengurus kebun kecil dan ladang secara komersial dan kompetitif serta terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran yang berkaitan.
STRATEGI KORPORAT
- Memfokus kepada aktiviti teras perniagaan syarikat untuk memaksimakan perkhidmatan kepada pekebun kecil.
- Mengembangkan aktiviti utama syarikat melalui pemilikan ladang dan aset lain.
- Membudaya dan melengkapkan pengetahuan staf ke tahap profesionalisma yang unggul dan budaya kerja cemerlang.
- Membangun dan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat, kajian dan pembangunan.
OBJEKTIF KORPORAT
- Menguruskan tanah pekebun kecil dan ladang dengan Amalan Pertanian Baik setanding dengan pengurusan estet swasta.
- Mengawal kos pengeluaran supaya setanding dengan norma industri.
- Mengurus pembangunan dan pengeluaran hasil tanah pekebun kecil secara pengestetan komersial khususnya bagi pemilik tanah yang lanjut usia dan tinggal jauh dari tanahnya.
- Meluaskan kawasan diurus kepada tanah milik agensi kerajaan dan swasta.
- Memasarkan hasil komoditi secara cekap dan efisyen.
- Menceburi aktiviti hiliran yang berkaitan.
- Mengurustadbir syarikat dengan pertumbuhan untung kasar pada kadar sekurang-kurangnya 5% setahun.
- Memberi pulangan dividen yang baik kepada peserta.
- Memberi pulangan dividen kepada pemegang saham pada kadar minimum 5% setahun.
RISDA PLANTATION SDN. BHD. (RPSB) | |
---|---|
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF | EN. MOHAMAD ARIF BIN ISMAIL |
ALAMAT | GRAHA RISDA PLANTATION UNIT J, EXCELLA BUSINESS PARK, JALAN AMPANG PUTRA, AMPANG HILIR, PETI SURAT 13543, 50814 KUALA LUMPUR |
NO. TELEFON | 03-4270 5104 |
NO. FAKS | 03-4270 5204 |
LAMAN WEB RASMI | www.risdaplantation.com.my |