RISDA Holdings Sdn. Bhd., (RHSB) ditubuhkan pada 5 April 2011 dan merupakan sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM16 juta. Syarikat ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2012. Selaras dengan kelulusan penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 4 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 6 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai agen mengurus Syarikat Milikan RISDA (SMR).
Syarikat juga bertanggungjawab untuk penjajaran Pemegang Saham SMR, menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing, penjajaran operasi syarikat-syarikat subsidiari, menubuhkan rancangan Pengurusan Rasionalisasi Perniagaan Subsidiari, pemusatan fungsi dan penubuhan Koperasi baru.
Aktiviti lain yang dijalankan oleh RHSB ialah perancangan korporat, perundangan, kesetiausahaan dan pematuhan, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, kewangan dan audit dalam serta hal-hal berkaitan teknologi maklumat. RHSB juga merupakan penyelaras dasar bagi semua SMR.
SYARIKAT MILIKAN RISDA DI KAWAL SELIA RHSB MENGIKUT SEKTOR
Terdapat 13 buah SMR berada di bawah kawal selia RHSB mengikut sektor adalah seperti berikut:
BIL. | SEKTOR | SMR |
---|---|---|
1. | Perladangan |
|
2. | Input Pertanian |
|
3. | Pengangkutan |
|
4. | Pembiayaan (‘Factoring’ pinjaman perumahan, kereta dan komputer) |
|
5. | Insurans |
|
6. | Ternakan |
|
7. | Pembangunan Aset Dan Hartanah |
|
8. | Pendidikan |
|
9. | Catering& Majlis |
|
10. | Kebajikan |
|
MISI
Mengembeling dan menjajar subsidiary ke arah “competitiveness and viability” dengan mengeluarkan produk dan perkhidmatan berkualiti berteraskan budaya professional dengan mengoptimumkan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baru.
VISI
Pemangkin dan peneraju syarikat milikan Kumpulan RISDA ke arah syarikat berprestasi tinggi.
OBJEKTIF
- Memperkemaskan aktiviti-aktiviti setiap Syarikat Milikan RISDA (SMR).
- Penjajaran pegangan saham SMR.
- Merangka dasar rancangan perniagaan untuk dijadikan panduan halatuju SMR.
- Mengembeling dan meneroka sumber dana pembiayaan untuk tujuan pertumbuhan SMR.
RISDA HOLDINGS SDN. BHD. (RHSB) | |
---|---|
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN | EN. ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI |
ALAMAT |
TINGKAT 7, GRAHA ESPEK, |
NO. TELEFON | 03-4252 2888 |
NO. FAKS | 03-4251 8222 / 03-4251 0266 |
LAMAN WEB RASMI | www.risdaholdings.com.my |