PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (PROTAC) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1972. Pada tahun 1991, Smallholders Development Corporation (SHDC) sekarang dikenali sebagai RISDA Security And Services Sdn Bhd (RSS) sebuah anak syarikat RISDA telah mengambil alih ekuiti PROTAC daripada pemilik asal melalui keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 94 pada 30 Ogos 1990. Tujuan asal pengambil alihan ekuiti ini ialah agar PROTAC dapat menguruskan keperluan insurans bagi RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings.
Selain daripada menguruskan keperluan insurans RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings, PROTAC juga telah meluaskan perkhidmatannya ke Kementerian Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan.
PROTAC adalah merupakan sebuah broker insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Buat masa ini PROTAC memiliki Lesen Broker Insurans Dan Lesen Broker Takaful.
VISI DAN MISI
Menyediakan perkhidmatan broking insurans dan pengurusan risiko yang terbaik kepada pelanggan dan pengurusan risiko dengan menawarkan produk insurans yang berkualiti berdasarkan kos yang kompetitif memenuhi janji kami menyelesaikan semua tuntutan dengan cepat, adil dan saksama. Falsafah kami adalah “Pelanggan Sentiasa Diberi Keutamaan”.
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN. BHD. (PROTAC) | |
---|---|
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF | EN. ALZAFRY BIN ABU BAKAR |
ALAMAT IBU PEJABAT | PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD WISMA PROTAC, NO. 35, JALAN MAMANDA 7, AMPANG POINT, 68000 AMPANG, SELANGOR |
ALAMAT CAWANGAN |
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (KEDAH) TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI MELAKA, 36, JALAN TUN SRI LANANG, 75100 MELAKA |
NO. TELEFON |
IBU PEJABAT: CAWANGAN KEDAH: 06-281 3735 |
NO. FAKS | IBU PEJABAT: 03-4251 2381 03-4257 0627 |
LAMAN WEB RASMI | www.protac.com.my |