Accessibility Tools

    • Pengenalan Program

      Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

    • Syarat Program Bantuan

      Penerima yang layak adalah Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut :

      1. Pekebun Kecil Getah
        1. Warganegara Malaysia sahaja.
        2. Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
        3. Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
        4. Pemilik tanah yang sah.
        5. Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
        6. Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
      2. Penoreh Getah
        1. Warganegara Malaysia.
        2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
        3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
        4. Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
        5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
        6. Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
        7. Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
    • Kadar Bantuan

      Kadar bantuan sebanyak RM800 seorang kepada setiap penerima yang layak.

    • Kaedah Permohonan

      Permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

    • Senarai Borang Berkaitan

      Permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di pautan pekebunkecil.risda.gov.my

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      Pejabat RISDA Berhampiran/Bahagian Produktiviti & Pemasaran

    • Pengenalan Program

      Pengecualian Bayaran Ses Getah (Tanam Semula) oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada kadar RM0.10/kg getah kepada semua syarikat yang layak memohon seperti berikut :

      1. Pengecualian bayaran ses tanam semula ke atas getah yang diimport atau getah dari Sabah dan Sarawak bagi jualan/kegunaan tempatan.
      2. Pengecualian bayaran ses tanam semula ke atas getah yang diimport atau getah dari Sabah dan Sarawak bagi tujuan pengeksportan.
      3. Pengecualian bayaran ses tanam semula untuk pengeksportan getah kepada kilang pembuatan produk getah.
    • Syarat Program Bantuan
      1. Pengecualian bayaran ses tanam semula ke atas getah yang diimport atau getah dari Sabah dan Sarawak bagi jualan/kegunaan tempatan.
      2. Pengecualian bayaran ses tanam semula ke atas getah yang diimport atau getah dari Sabah dan Sarawak bagi tujuan pengeksportan.
      3. Pengecualian bayaran ses tanam semula untuk pengeksportan getah kepada kilang pembuatan produk getah.

      Pemohon hendaklah mengemukakan butir-butir yang benar dan lengkap serta sedar bahawa boleh didakwa di bawah mana-mana akta dan/atau peraturan yang berkuatkuasa sekiranya sengaja memberikan keterangan yang tidak betul.

    • Kadar Bantuan

      Pengecualian bayaran ses tanam semula pada kadar RM0.10/kg getah

    • Kaedah Permohonan

      Permohonan pengecualian hendaklah menggunakan borang berikut :

      1. Borang RISDA-KS1 bagi getah asli tempatan/getah sebatian.
      2. Borang RISDA-KS2 bagi getah import untuk jualan eksport.
    • Senarai Borang Berkaitan
      BIL TAJUK MUAT TURUN
      1 - Borang KS1 : Permohonan Pengecualian Ses Tanam Semula Getah Asli Tempatan / Getah Sebatian / Getah import PDF  | Lihat
      2 - Borang-KS1 (Lampiran 1) : Maklumat Senarai Getah Yang Dibeli PDF  | Lihat
      3 - Borang-KS1 (Lampiran 2) : Maklumat Getah Yang Dieksport PDF  | Lihat
      4 - Borang-KS2 : Permohonan Pengecualian Ses Untuk Getah Import Atau Dari Sabah / Sarawak PDF  | Lihat
      5 - Borang-KS3 (Laporan) : Laporan Pengecualian Ses PDF  | Lihat
    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      Unit Pungutan Ses, Bahagian Produktiviti dan Pemasaran