Accessibility Tools

  • RISSMART

    • Pengenalan Program

      RisSMart bertujuan bagi menyediakan kemudahan premis perniagaan dilokasi strategik, sesuai dengan trend dan keperluan semasa bagi mempromosikan produk usahawan bimbingan RISDA. Jangkaan impak adalah bagi membantu meningkatkan pendapatan Pekebun kecil kepada RM4,000 sebulan sekeluarga.

    • Objektif Utama
      1. Menyediakan kemudahan premis perniagaan kepada usahawan pekebun kecil RISDA
      2. Mempromosikan produk usahawan pekebun kecil RISDA dan meluaskan jaringan perniagaan
      3. Meningkatkan pendapatan usahawan Pekebun Kecil RISDA
    • Kelayakan Pemohon
      1. Pemohon mestilah seorang usahawan bimbingan RISDA yang memiliki status warganegara Malaysia
      2. Berumur antara 18 hingga 65 tahun
      3. Mempunyai minat, keupayaan serta kemahiran dalam bidang yang hendak diceburi serta mempunyai sikap ingin maju
      4. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
    • Tempoh Kontrak Pengoperasian

      Usahawan akan diberikan 3 bulan tempoh percubaan memulakan perniagaan di RisSMart tanpa dikenakan caj sewaan. Jawatankuasa Penilai seterusnya akan membuat penilaian prestasi perniagaan sebelum dipersetujui untuk diberikan kontrak setahun berniaga dengan melibatkan pemeteraian perjanjian RisSMart dengan dikenakan caj sewaan yang berpatutan.

    • Terma dan Syarat Kepada Pengusaha
      1. Usahawan RisSMart mestilah menjalankan perniagaan produk sendiri, produk usahawan lain atau lain-lain produk yang dibenarkan serta diluluskan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan.
      2. Produk Halal dan tidak menyalahi undang-undang.
    • Kaedah Permohonan

      Perlu mengisi Borang Permohonan dan menyediakan kertas kerja seperti format :

      Bil Tajuk Muat Turun
      1 AKP Bil.28 Tahun 2016 Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan RMKe-11 (2016-2020) PDF
    • Senarai Borang Berkaitan
      Bil Tajuk Muat Turun
      1 GARIS PENDUAN PELAKSANAAN RISDA SMALLHOLDERS MART (RisSMart) Tahun 2015 PDF |  Lihat
    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, IBU PEJABAT RISDA

  • RISSMART MOBILE

    • Pengenalan Program

      Merupakan program bantuan kepada usahawan bimbingan RISDA yang menjalankan perniagaan dalam bidang makanan dan perkhidmatan secara bergerak.

    • Syarat Program Bantuan

      A) Syarat ASAS kelayakan peserta :

      1. Pekebun kecil, suami/isteri atau anak yang memiliki Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
      2. Berumur antara 21-45 tahun.
      3. Warganegara Malaysia.
      4. Telah memiliki perniagaan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). v. Memiliki akaun bank yang aktif sekurang-kurangnya 1 tahun. vi. Memiliki lesen-lesen lain yang diperlukan mengikut jenis perniagaan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

      B) Syarat KHUSUS :

      1. Memiliki sekurang-kurangnya lesen memandu kelas D dan diwajibkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional atau Goods Driver’s License GDL untuk kenderaan bawah 3 Tan atau lesen memandu kelas E untuk kenderaan melebihi 3 Tan.
      2. Berkemampuan membiayai pembelian kenderaan yang melebihi kadar bantuan yang disediakan oleh RISDA.
      3. Lokasi perniagaan mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa yang berkaitan.
      4. Suntikan kesihatan daripada Pihak Berwajib (Jika mengendalikan makanan).
      5. Terlibat secara sepenuh masa.
    • Kadar Bantuan

      RM50,000/usahawan (RM20,000 untuk deposit pembelian kenderaan dan RM30,000 untuk pakej ubahsuai, kenderaan, pembekalan peralatan, kos pemeriksaan dan pendaftaran (jika perlu).

    • Kaedah Permohonan

      Perlu mengisi Borang Permohonan dan menyediakan kertas kerja seperti format AKP Bil.28 Tahun 2016 Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan RMKe-11 (2016-2020) berserta Surat Akuan.

    • Senarai Borang Berkaitan

      Rujuk AKP 28 Tahun 2016

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      AKP 19 Tahun 2017 dan AKP 28 Tahun 2016

  • PREMIS PERNIAGAAN DAN PEMASARAN

    • Pengenalan Program

      Meliputi Outlet/ Premis Pemasaran (RisSMart), Outlet / Premis Pemasaran (Outlet luar) dan Tapak pemasaran

    • Syarat Program Bantuan
      1. Syarat Kelayakan Asas:
        1. Warganegara Malaysia;
        2. Pekebun kecil getah atau pasangan atau anak;
        3. Pemohon mestilah seorang usahawan RISDA;
        4. Pernah menerima bantuan AET atau bantuan keusahawanan lain daripada RISDA;
        5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus berkaitan keusahawanan yang ditentukan RISDA semasa melaksanakan perniaga;
        6. Telah memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten (harian/ mingguan/ bulanan) dengan menggunakan aplikasi tersebut;
        7. Berkemampuan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran peningkatan jualan sebanyak 20% selepas satu (1) tahun menerima bantuan pemasaran; dan
        8. Bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan sendiri dalam mengembangkan perniagaan.
      2. Syarat Kelayakan Khusus :
        1. Telah terima bantuan keusahawanan RISDA;
        2. Berdaftar dengan SSM / PBT/ Ordinan Sabah/ Sarawak;
        3. Telah memulakan perniagaan sekurang- kurangnya satu (1) tahun;
        4. Mempunyai pelabelan/ pembungkusan yang menarik;
        5. Berkemampuan memenuhi keperluan minimum pesanan (MOQ) daripada ejen mengurus;
        6. Telah menghadiri Kursus Pengiraan Kos dan Penetapan Harga.
    • Kadar Bantuan

      Outlet/ Premis Pemasaran (RisSMart) - Had maksimum bantuan adalah RM250,000.00/ premis Outlet / Premis Pemasaran (Outlet luar) - Had maksimum bantuan adalah RM2,000.00/ orang secara one off Tapak pemasaran - Had maksimum bantuan adalah RM10,000.00/ lokasi

    • Kaedah Permohonan

      Permohonan melalui Pejabat RISDA Negeri untuk kelulusan peringkat BPU & JIKPRIS (RisSMart)

    • Senarai Borang Berkaitan

      -

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      AKP 27 Tahun 2022

  • KARNIVAL/ EKSPO/ PAMERAN

    • Pengenalan Program

      Pemasaran produk/perkhidmatan usahawan secara melalui karnival/ekspo/ pameran anjuran RISDA dan anjuran pihak luar

    • Syarat Program Bantuan
      1. Syarat Kelayakan Asas:
        1. Warganegara Malaysia;
        2. Pekebun kecil getah atau pasangan atau anak;
        3. Pemohon mestilah seorang usahawan RISDA;
        4. Pernah menerima bantuan AET atau bantuan keusahawanan lain daripada RISDA;
        5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus berkaitan keusahawanan yang ditentukan RISDA semasa melaksanakan perniaga;
        6. Telah memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten (harian/ mingguan/ bulanan) dengan menggunakan aplikasi tersebut;vii. Berkemampuan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran peningkatan jualan sebanyak 20% selepas satu (1) tahun menerima bantuan pemasaran; danviii. Bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan sendiri dalam mengembangkan perniagaan.
      2. Syarat Kelayakan Khusus:
        1. Telah terima bantuan keusahawanan RISDA;
        2. Berdaftar dengan SSM / PBT/ Ordinan Sabah/ Sarawak;
        3. Telah memulakan perniagaan sekurang- kurangnya satu (1) tahun
        4. Mempunyai pelabelan/ pembungkusan yang menarik
        5. Berkemampuan memenuhi keperluan minimum pesanan (MOQ) daripada ejen mengurus;
        6. Telah menghadiri Kursus Pengiraan Kos dan Penetapan Harga.
    • Kadar Bantuan

      Anjuran RISDA - RM100,000 (peringkat negeri) dan RM500,000 peringkat nasional Anjuran Kementerian/ Pihak luar - mengikut keperluan kos program

    • Kaedah Permohonan

      Format kertas kerja Lampiran 1, AKP 27 Tahun 2022

    • Senarai Borang Berkaitan

      -

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      AKP 27 Tahun 2022

  • PEMASARAN GLOBAL

    • Pengenalan Program

      Pemasaran produk/perkhidmatan produk usahawan diperingkat antarabangsa meliputi aktiviti berikut:-

      1. Penyertaan dalam Pameran atau Pameran Perdagangan Antarabangsa yang diadakan di Luar Negara
      2. Penyertaan dalam Misi Perdagangan & Pelaburan yang diadakan di Luar Negara
      3. Penyertaan dalam Persidangan Antarabangsa yang Diadakan di Luar Negara
      4. Pemasaran Antarabangsa
    • Syarat Program Bantuan
      1. Syarat Kelayakan Asas:
        1. Warganegara Malaysia;
        2. Pekebun kecil getah atau pasangan atau anak;
        3. Pemohon mestilah seorang usahawan RISDA;
        4. Pernah menerima bantuan AET atau bantuan keusahawanan lain daripada RISDA;
        5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus berkaitan keusahawanan yang ditentukan RISDA semasa melaksanakan perniaga;
        6. Telah memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten (harian/ mingguan/ bulanan) dengan menggunakan aplikasi tersebut;
        7. Berkemampuan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran peningkatan jualan sebanyak 20% selepas satu (1) tahun menerima bantuan pemasaran; dan
        8. Bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan sendiri dalam mengembangkan perniagaan.
      2. Syarat Kelayakan Khusus :
        1. Telah terima bantuan keusahawanan RISDA;
        2. Berdaftar dengan SSM / PBT/ Ordinan Sabah/ Sarawak;
        3. Telah memulakan perniagaan sekurang- kurangnya satu (1) tahun;
        4. Mempunyai pelabelan/ pembungkusan yang menarik;
        5. Berkemampuan memenuhi keperluan minimum pesanan (MOQ) daripada ejen mengurus;
        6. Telah menghadiri Kursus Pengiraan Kos dan Penetapan Harga.
      3. Syarat Tambahan :
        1. Syarikat Sendirian Berhad
        2. Berkemampuan dalam pengeluaran produk
        3. Mempunyai akreditasi yang bersesuaian
        4. Mempunyai pembungkusan menarik
    • Kadar Bantuan
      1. Penyertaan dalam Pameran atau Pameran Perdagangan Antarabangsa yang diadakan di Luar Negara (maksimum RM10,000.00/org)
      2. Penyertaan dalam Misi Perdagangan & Pelaburan yang diadakan di Luar Negara (maksimum RM10,000.00/org)
      3. Penyertaan dalam Persidangan Antarabangsa yang Diadakan di Luar Negara (maksimum RM2,500.00/org)
      4. Pemasaran Antarabangsa (maksimum RM50,000.00/org)
    • Kaedah Permohonan

      Permohonan melalui Pejabat RISDA Negeri untuk kelulusan peringkat BPU & JIKPRIS (RisSMart)

    • Senarai Borang Berkaitan

      -

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      AKP 27 Tahun 2022

  • PEMASARAN DIGITAL

    • Pengenalan Program

      Bantuan kepada usahawan memasarkan produk/perkhidmatan secara online meliputi:

      1. E-Dagang (Shopee, Lazada, eDesa dan platform lain yang bersesuaian) ;
      2. Media Sosial (FB, IG, Tik Tok, Youtube);
      3. Laman Web, Blog, Pemasaran Bergambar.
    • Syarat Program Bantuan
      1. Syarat Kelayakan Asas:
        1. Warganegara Malaysia;
        2. Pekebun kecil getah atau pasangan atau anak;
        3. Pemohon mestilah seorang usahawan RISDA;
        4. Pernah menerima bantuan AET atau bantuan keusahawanan lain daripada RISDA;
        5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus berkaitan keusahawanan yang ditentukan RISDA semasa melaksanakan perniaga;
        6. Telah memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten (harian/ mingguan/ bulanan) dengan menggunakan aplikasi tersebut;
        7. Berkemampuan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran peningkatan jualan sebanyak 20% selepas satu (1) tahun menerima bantuan pemasaran; dan
        8. Bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan sendiri dalam mengembangkan perniagaan.
      2. Syarat Kelayakan Khusus :
        1. Telah terima bantuan keusahawanan RISDA;
        2. Berdaftar dengan SSM / PBT/ Ordinan Sabah/ Sarawak;
        3. Telah memulakan perniagaan sekurang- kurangnya satu (1) tahun;
        4. Mempunyai pelabelan/ pembungkusan yang menarik;v. Berkemampuan memenuhi keperluan minimum pesanan (MOQ) daripada ejen mengurus;
        5. Telah menghadiri Kursus Pengiraan Kos dan Penetapan Harga.
    • Kadar Bantuan

      Had maksimum bantuan adalah RM 2,000.00/orang.

    • Kaedah Permohonan

      Permohonan melalui Pejabat RISDA Negeri untuk kelulusan peringkat BPU & JIKPRIS (RisSMart)

    • Senarai Borang Berkaitan

      -

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      AKP 27 Tahun 2022

  • PROMOSI

    • Pengenalan Program

      Bantuan kepada usahawan menjalankan aktiviti promosi produk/perkhidmatan bagi aktiviti Promosi dan Pengiklanan, Penerbitan dan Cetakan serta Outreach

    • Syarat Program Bantuan
      1. Syarat Kelayakan Asas:
        1. Warganegara Malaysia;
        2. Pekebun kecil getah atau pasangan atau anak;
        3. Pemohon mestilah seorang usahawan RISDA;
        4. Pernah menerima bantuan AET atau bantuan keusahawanan lain daripada RISDA;
        5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus berkaitan keusahawanan yang ditentukan RISDA semasa melaksanakan perniaga;
        6. Telah memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten (harian/ mingguan/ bulanan) dengan menggunakan aplikasi tersebut;
        7. Berkemampuan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran peningkatan jualan sebanyak 20% selepas satu (1) tahun menerima bantuan pemasaran; dan
        8. Bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan sendiri dalam mengembangkan perniagaan.
      2. Syarat Kelayakan Khusus :
        1. Telah terima bantuan keusahawanan RISDA;
        2. Berdaftar dengan SSM / PBT/ Ordinan Sabah/ Sarawak;
        3. Telah memulakan perniagaan sekurang- kurangnya satu (1) tahun;
        4. Mempunyai pelabelan/ pembungkusan yang menarik;
        5. Berkemampuan memenuhi keperluan minimum pesanan (MOQ) daripada ejen mengurus;
        6. Telah menghadiri Kursus Pengiraan Kos dan Penetapan Harga.
    • Kadar Bantuan

      Mengikut kadar sebenar

    • Kaedah Permohonan

      Permohonan melalui Pejabat RISDA Negeri untuk kelulusan peringkat BPU & JIKPRIS (RisSMart)

    • Senarai Borang Berkaitan

      -

    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      AKP 27 Tahun 2022