-
1. Kampung kami terpilih menjadi Kampung Pengembangan RISDA. Apakah kelebihan yang kami akan dapat?
Kampung Pengembangan RISDA akan menjadi model pembangunan setempat dan tumpuan bagi pelaksanaan program-program pembangunan RISDA. Setiap Kampung Pengembangan RISDA akan diberi peruntukan bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan Kampung Pengembangan.
-
2. Baru-baru ini saya mendapati kebun getah saya banyak daun yang gugur dan terdapat tompok-tompok di permukaan daun. Apa yang perlu saya lakukan?
Pada masa ini terdapat beberapa jenis penyakit yang mengakibatkan daun getah luruh antaranya ialah penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang sedang melanda negara. Sekiranya kebun terjejas dengan keadaan ini, RISDA akan melaksanakan semburan racun bagi mencegah dan mengawal penyakit ini. Sila berhubung dengan Pejabat RISDA yang berhampiran untuk semakan dan pengesahan lanjut.
-
3. Saya baru kehilangan pekerjaan akibat kegawatan ekonomi. Adakah RISDA menawarkan peluang pekerjaan?
RISDA menyediakan program Tenaga Kerja Pekebun Kecil (TKPK) bagi memberi pendedahan dan latihan kepada pekebun kecil berkaitan industri getah. Peserta diberi bimbingan selama 2 bulan secara teori dan praktikal di Pusat Latihan RISDA dan berpeluang untuk bekerja di ladang-ladang getah Kumpulan RISDA Holdings di seluruh negara.
-
4. Bilakah masa yang sesuai untuk saya membaja pokok getah?
Pokok getah memerlukan baja sebagai sumber makanan. Baja mengandungi nutrien yang diperlukan oleh pokok getah bagi berfungsi dengan baik. Masa membaja yang disyorkan ialah dalam masa 100 hari selepas ranggasan daun, sebaik sahaja daun muda keluar dan elakkan membaja pada musim hujan.
-
5. Adakah RISDA menawarkan bantuan pelajaran kepada anak-anak Pekebun Kecil?
RISDA menyediakan bantuan pelajaran secara percuma melalui program Tuisyen Rakyat kepada anak-anak pekebun kecil yang akan menduduki SPM di sekolah yang terpilih.
-
6. Bagaimanakah kami pekebun kecil ingin mendapatkan maklumat berkaitan program-program RISDA?
RISDA menyediakan beberapa platform kepada pekebun kecil bagi mendapatkan maklumat berkaitan program-program RISDA seperti Laman Web RISDA, FB RISDA dan Youtube RISDA TV. Selain itu, RISDA juga menganjurkan Hari Terbuka Keluarga RISDA sebagai satu kaedah penyampaian maklumat kepada pekebun kecil.
-
7. Apakah peranan RISDA dalam membantu Koperasi Pekebun Kecil (KPK)?
RISDA telah menubuhkan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) sejak tahun 1980 dan berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing kepada KPK dalam melaksanakan aktiviti perniagaan yang menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada anggota. Selain itu, RISDA menjalin hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincangkan isu dan masalah berkaitan dengan KPK.
-
8. Apakah program-program yang dilaksanakan oleh RISDA bersama ahli isi rumah pekebun kecil khususnya wanita?
RISDA telah melaksanakan aktiviti Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) bersama isteri dan anak-anak pekebun kecil dengan memberi latihan dan kursus dalam bidang pendidikan,khidmat masyarakat, keagamaan, kebudayaan, kesenian, sukan, ekonomi dan keusahawanan.
-
9. Apakah teknologi yang disyorkan bagi mengatasi masalah penyakit akar putih?
RISDA telah memperkenalkan penggunaan Bahan Bio Organik ESPEK dan Trichoderma sp (BBOE Tricho) sebagai salah satu alternatif bagi merawat penyakit akar putih selain penggunaan sulfur (belerang). Secara umumnya penggunaan BBOE Tricho dapat meningkatkan kesuburan tanah dan kawalan biologi untuk pelbagai jenis penyakit kulat.RISDA telah memperkenalkan penggunaan Bahan Bio Organik ESPEK dan Trichoderma sp (BBOE Tricho) sebagai salah satu alternatif bagi merawat penyakit akar putih selain penggunaan sulfur (belerang). Secara umumnya penggunaan BBOE Tricho dapat meningkatkan kesuburan tanah dan kawalan biologi untuk pelbagai jenis penyakit kulat.
Untuk sebarang pertanyaan lain, sila klik disini