Accessibility Tools

  • 1. Apakah skop auditan BIAD?

    Terdapat 4 skop yang terlibat bagi auditan di BIAD iaitu terdiri daripada skop tadbir urus, kewangan, aset dan program pembangnunan RISDA terutama Program Tanam Semula.

  • 2. Siapakah keanggotaan Jawatankuasa Audit RISDA?

    Keanggotaan Jawatankuasa Audit RISDA terdiri daripada wakil Kementerian Pembangunan Luar Bandar selaku pengerusi, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pertanian dan lndustri Makanan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta wakil dari Sektor Pekebun Kecil. Keahlian adalah seramai 6 orang.

  • 3. Berapakah kekerapan auditan di BIAD?

    Kekerapan pelaksanaan auditan di BIAD akan dilakukan sekurang - kurangnya 1 kali setiap PT dalam tempoh setahun.

  • 4. Berapa lamakah jarak tempoh bagi auditan susulan dilaksanakan semula?

    Jarak tempoh bagi satu tajuk auditan susulan dilaksanakan semula adalah selepas 1 tahun. Auditan susulan akan dilaksanakan bagi memastikan tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh PT.

  • 5. Apakah peranan Bahagian lnspektorat dan Audit Dalam di RISDA?

    Peranan Bahagian lnspektorat dan Audit Dalam adalah bertindak sebagai satu fungsi bebas dengan objektif untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

 

Untuk sebarang pertanyaan lain, sila klik disini