Sukacita dimaklumkan bahawa RISDA dengan kerjasama Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) sedang menjalankan soal selidik berkenaan "Kajian Pendapatan Pekebun Kecil RISDA Tahun 2021" bagi mendapatkan maklum balas Pekebun Kecil Getah RISDA.
Tujuan pelaksanaan soal selidik ini adalah untuk mengenalpasti status pendapatan pekebun kecil getah RISDA, mengenalpasti pekebun kecil getah RISDA yang mencapai purata pendapatan RM3,800 sebulan sekeluarga bagi tahun 2021 dan mengenalpasti keberkesanan Program kepada pekebun kecil pada tahun 2021 daripada penyertaan Program Pembangunan RISDA.
Kajian ini akan digunakan untuk menambaik Program-program RISDA pada masa yang akan datang.
Soal selidik ini akan mengambil masa sepuluh (10) minit. Justeru, mohon kerjasama tuan/puan untuk menjawab soal selidik ini secara dalam talian (online) melalui pautan berikut:
Borang Soal Selidik dan menyebarluaskan kepada semua responden (Pekebun Kecil Getah RISDA).
Tempoh Kajian: 1 Disember hingga 24 Disember 2021
Sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan bolehlah emel kepada pihak Urus setia RISDA di talian: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MAKLUMAN PELAKSANAAN SOLUSI BAHARU PERKHIDMATAN MALAYSIA GOVERNMENT UNIFIED COMMUNICATION (MyGovUC 2.0)
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Dato'/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan merujuk kepada pengumuman melalui emel oleh Pihak MAMPU kepada semua warga RISDA berkenaan Pelaksanaan Solusi Baharu Perkhidmatan MyGovUC 2.0, akses kepada platform emel baharu iaitu Google Workspace (GWS) akan bermula pada 08 Disember 2021 dengan menggunakan password baru yang dibekalkan. Penerimaan emel dengan menggunakan platform GWS dijangka akan mula berfungsi pada 08 Disember 2021 pukul 8:00 malam serentak dengan pembekuan bagi penerimaan dan penghantaran emel baharu bagi platform lama (Icewarp). Namun demikian pihak kami juga ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan emel platform lama (Icewarp) masih boleh diakses bagi tujuan rujukan sehingga 31 Disember 2021 sahaja.
Sekian, Harap Maklum
RISDA MyGovUC Info Centre Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat RISDA, Karung Berkunci 11067, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur. Tel: 03-4256 4022 | Faks: 03-4251 1855 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.