RISDA sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.
Sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021 atau ke laman http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.
Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi RISDA di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau boleh juga menghubungi mana - mana Pejabat RISDA berhampiran.
Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja. Berikut adalah tatacara panduan temujanji ke pejabat RISDA berhampiran .
Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerjasama anda amat kami hargai.