-
1. Bantuan Angkutan Pedalaman - Apakah definisi Pengangkutan Kawasan Pedalaman?
Kawasan pedalaman adalah destinasi / tempat / lokasi yang hanya boleh dihubungkan lebih dari satu mode pengangkutan bagi kawasan di Semenanjung. Kesukaran menghubungi kawasan tersebut menyebabkan penyampaian bekalan benih dan baja tidak dapat disampaikan kepada pekebun kecil secara terus tetapi terpaksa melalui jalan darat yang sukar (seperti jalan pembalakan) atau jalan sungai / laut.
-
2. Bantuan Angkutan Pedalaman - Apakah bantuan yang disalurkan?
Pihak RISDA menyediakan bantuan bayaran pengangkutan bagi setiap pembekalan baja dan benih bagi Program Tanam Semula mengikut kawasan pedalaman yang telah diluluskan oleh pengurusan RISDA bagi RM ke-12.
-
3. Makmal Kultur Tisu RISDA - Apakah kelebihan menggunakan benih sawit kultur tisu berbanding benih sawit DxP?
Buah tandan segar yang dihasilkan dari benih sawit kultur tisu adalah lebih tinggi berbanding benih sawit DxP iaitu melebihi 30%. Produktiviti yang tinggi ini akan memberikan pendapatan yang lebih baik kepada pengguna.
-
4. Makmal Kultur Tisu RISDA - Apakah antara halangan penggunaan benih sawit kultur tisu?
Harga pasaran yang lebih tinggi berbanding benih sawit DxP.
(Benih sawit kultur tisu = RM40/pkk, benih sawit DxP = RM15/pkk) -
5. Makmal Kultur Tisu RISDA - Berapakah harga pasaran benih sawit kultur
RM40
-
6. Makmal Kultur Tisu RISDA - Berapakah harga subsidi yang diberikan oleh Kerajaan?
Kerajaan memberi subsidi RM30 bagi menjadikan harga benih sawit kultur tissue lebih kompetitif untuk dipasarkan kepada Pekebun Kecil dengan harga RM10/pkk.
-
7. Stor Pusat RISDA (Stor Baja RISDA) - Berapakah bilangan stor Pusat RISDA di seluruh negara?
RISDA mengoperasikan 4 buah stor pusat RISDA yang berperanan membekalkan baja ke seluruh stor pusat tanggungjawab (STP)
-
8. Stor Pusat RISDA (Stor Baja RISDA) - Berapakah bilangan stor pusat tanggungjawab diseluruh negara?
RISDA mempunyai 59 stor PT di seluruh negara berperanan membuat pembekalan baja bagi program bantuan RISDA kepada pekebun kecil.
-
9. Pembinaan / Pembelian stor - Perancangan pembinaan stor pusat RISDA (SPUR) bagi tahun 2022
RISDA mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah SPUR di Pokok Sena, Kedah bagi membekalkan baja kepada pusat tanggungjawab zon utara yang berkapasiti 20,000 kps yang mampu memuatkan sebanyak 280,000 beg baja pada satu-satu masa.
-
10. Pembinaan / Pembelian stor - Perancangan pembinaan stor pusat tanggungjawab (spt) bagi tahun 2022
Risda mempunyai perancangan untuk membangunkan stor pusat tanggungjawab (SPT) sebanyak 6 buah seperti berikut:
- Baling, Kedah
- Betong, Sarawak
- Tapah, Perak
- Taiping, Perak
- Titian Tinggi, Perlis
- Marang, Terengganu
-
11. Pengesyoran bilangan beg baja program tanam semula - Berapakah bilangan beg baja bantuan tanam semula RISDA?
Ansuran Jenis Baja
dan Beg / HektarBulan selepas menanam Jenis
BajaKadar baja sepokok Gram Pot 1 Debu Fosfat (7 Beg) 0
(lubang tanaman)Debu
Fosfat113 1/3 RISDA 1 (27 Beg) 2 RISDA 1 75 1/5 5 RISDA 1 116 1/3 8 RISDA 1 136 2/5 11 RISDA 1 156 1/2 2 RISDA 1 (33 Beg) 15 RISDA 1 156 1/2 19 RISDA 1 231 2/3 23 RISDA 1 231 2/3 3 RISDA 1 (35 Beg)> 28 RISDA 1 306 7/8 33 RISDA 1 354 1 4 RISDA 1 (20 Beg) 39 RISDA 1 389 1 1/9 RISDA 4 (36 Beg) 45 RISDA 4 700 2 5 RISDA 4 (80 Beg) 52 RISDA 4 800 2 2/7 56 RISDA 4 800 2 2/7 JUMLAH 238 -
12. Tatacara pengurusan stor RISDA - Apakah pekelilingan atau panduan yang boleh dirujuk dalam pengurusan stor RISDA?
RISDA telah mengeluarkan garis panduan pengurusan stor melalui AKP Bil. 8 Tahun 2018 pindaan 1 bertarikh 20 Okt 2020 iaitu Tatacara Pengurusan Stor Pusat Tanggungjawab RISDA yang dirujuk Bersama pekeliling perbendaharaan Malaysia (1PP) melalui arahan pentadbiran Bil. 23 Tahun 2014 pindaan 1.
-
13. Pemerkasaan kawalan stok RISDA - Apakah inisiatif RISDA dalam menambahbaik kawalan stok seluruh negara?
BBIP dan Unit Integriti PKP telah mengeluarkan pekeliling pemeriksaan stok sebanyak 6 kali setahun bagi meminimakan risiko ketirisan stok melalui tatacara pengurusan stor terkini dan pelan anti rasuah RISDA.
-
14. Pengesyoran klon benih getah - Apakah klon benih getah yang dibekalkan oleh RISDA?
Klon benih getah yang dibekalkan oleh RISDA adalah seperti berikut:
- Kumpulan 1: PB 350, PB 260, RRIM 928, RRIM 2001, RRIM 2002
- Kumpulan 2: RRIM 2007, RRIM 2023, RRIM 2024
-
15. Pengesyoran klon benih getah - Apakah jangkaan hasil bagi klon-klon yang dibekalkan RISDA
Purata hasil (g/t/t) mengikut klon adalah seperti berikut:
Klon Tahun Penorehan Purata
(g/t/t)CATATAN 1 2 3 4 5 6 RRIM 928 42.9 58.7 58.8 61.6 47.2 54.2 53.9 Data bagi Kumpulan 1
berdasarkan enam tahun
pertama penorehan di LSCTRRIM 2001 45.6 54.0 53.0 57.5 66.5 76.4 58.8 RRIM2002 43.8 53.7 55.0 54.1 65.2 48.1 53.3 PB 260* 39.3 47.5 54.8 53.4 54.9 63.3 52.2 PB 350* 54.5 54.8 53.5 59.7 54.1 67.5 57.4 RRIM 2007 63.5 73.6 81.6 77.6 74.1 Data bagi Kumpulan 2
berdasarkan empat tahun
pertama penorehan di LSCTRRIM 2023 54.1 63.1 59.5 64.6 60.3 RRIM 2024 40.7 52.5 55.0 59.2 51.9 PB 347 50.9 58.3 52.1 50.5 53.0 PB 373 70.2 88.8 105.4 61.1 81.4 PB 374 67.9 74.7 85.6 78.4 76.7 RRIM 3001 45.6 63.8 55.5 59.9 56.2
Rujukan: Pengesyoran Klon LGM 2021 -
16. Pengesyoran klon benih getah - Apakah ukurlilit yang boleh dicapai bagi setiap klon yang dibekalkan RISDA
Purata Ukurlilitan Tahunan dan Pertambahan Ukurlilitan Sebelum dan Semasa Torehan mengikut klon adalah seperti berikut:
KumpulanKlonTahun Tanam Ukurlilitan (cm)Pertambahan ukurlilit (cm/tahun)23456Sebelum
torehanSemasa
torehan1RRIM 92813.423.035.844.148.08.73.7RRIM 200113.923.433.341.147.58.43.9RRIM200215.125.936.644.750.58.92.8PB 260*15.428.443.351.053.411.93.0PB 350*13.122.234.642.446.48.32.32RRIM 200716.929.338.045.948.99.72.3RRIM 202313.323.134.641.549.69.13.0RRIM 202414.725.136.243.851.39.23.5PB 34712.221.233.841.244.88.22.0PB 37315.327.035.943.049.09.02.0PB 37415.928.338.746.052.09.42.6RRIM 300116.827.539.748.656.39.92.7
Untuk sebarang pertanyaan lain, sila klik disini