- Details
- Category: Kumpulan RISDA Holdings
- Hits: 2098
Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan Kumpulan RISDA Holdings telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Untuk mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan pekebun kecil, warga RISDA dan warga Kumpulan RISDA Holdings (KRH) termasuk keluarga terdekat masing-masing, pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, rangsangan sosio ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
- Untuk mewujud dan menyediakan dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim, anak-anak terbiar dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu serta mengwujudkan inisiatif, program serta skim sokongan.
- Menyelaraskan Program Dan Inisiatif untuk penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan dan kelaparan serta bantuan kepada mangsa bencana alam.
VISI
Menjadi Peneraju Kepada Kesejahteraan Komuniti RISDA Dan Luar Bandar.
MISI
- Menyedia dan menyelaras dana serta bantuan ke arah peningkatan kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar.
- Bertindak sebagai wahana penyaluran bantuan, kemudahan dan kesedaran kepada komuniti RISDA dan luar bandar.
BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH YAYASAN RISDA
- SKIM INSENTIF PELAJAR UCAM
- SUBSIDI MAKANAN UCAM
- DERMASISWA PELAJAR UCAM
- SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK
YAYASAN RISDA (YR) | |
---|---|
NAMA PEGAWAI EKSEKUTIF | EN. WAN MOHD HAFIZ BIN WAN IBRAHIM |
ALAMAT |
Yayasan RISDA 50990 Kuala Lumpur |
NO. TELEFON | 010 - 659 0062 |
NO. FAKS | **** |
LAMAN WEB RASMI | http://www.yayasanrisda.org |