RISDA Security And Services Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 22 April 1978 sebagai Kumpulan RISDA Holdings dengan modal dibenarkan sebanyak RM10,000,000. Sebelum ini syarikat lebih dikenali sebagai Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC). Pada 26 Jun 2014, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-235 telah meluluskan cadangan pertukaran nama SHDC kepada RISDA Security And Services Sdn. Bhd. RSS menjalankan beberapa aktiviti terpilih di mana bidang pembangunan hartanah, pengurusan hartanah dan perdagangan am merupakan perniagaan teras di samping bergiat cergas dalam aktiviti kawalan keselamatan.
Mulai tahun 2002, RSS telah menjadikan aktiviti pembangunan hartanah sebagai perniagaan utamanya. Sebelum ini RSS hanya terlibat sebagai Project Management Consultant (PMC) bagi projek dalaman RISDA tetapi sekarang telah mula terlibat dalam pembinaan secara terus iaitu sebagai Kontraktor. Projek pertama yang dilaksanakan ialah Pembangunan Pusat Latihan RISDA Port Dickson, Negeri Sembilan.
RSS masih meneruskan tanggungjawabnya melaksanan tugas-tugas pengurusan hartanah RISDA di seluruh negara yang telah dijalankan semenjak tahun 1992. Pengurusan hartanah ini meliputi harta-harta berbentuk tanah milik RISDA, bangunan-bangunan pejabat samada Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah. Jabatan ini juga menjalankan aktiviti penyelenggaran sama ada secara terus atau pun melalui khidmat perunding kepakaran teknikal. Perkhidmatan penyenggaran ini tidak tertumpu kepada hartanah RISDA tetapi juga terbuka kepada pasaran luar.
Bahagian Keselamatan RSS telah ditubuhkan pada 1 Jun 1990. Perkhidmatan ini khusus ditawarkan kepada syarikat Induk iaitu RISDA dan anak-anak syarikat RISDA. Ini adalah selaras dengan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang memberi kebenaran terhad untuk menjalankan urusan perkhidmatan kawalan menjaga harta benda sendiri.
Satu lagi aktiviti yang dilaksanakan oleh RSS adalah Perdagangan Am. RSS mempunyai pengalaman luas di dalam aktiviti ini semenjak tahun 1980 dan bergerak cergas secara komersil. Setakat ini RSS telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk bekalan barangan bagi 24 bidang. Di antara bidang urusniaga yang aktif ialah pembekalan kenderan, jentera ladang, makanan mentah dan siap, input pertanian dan peralatan pejabat.
VISI
Peneraju khidmat keselamatan dan pengurusan sewaan hartanah.
MISI
Menyediakan khidmat pengawal keselamatan dan pengurusan sewaan hartanah yang lebih komited dan berinovasi demi kepuasan pelanggan dengan aduan sifar.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Meluaskan khidmat pengawal keselamatan kepada pasaran terbuka dengan mengambil lesen komersial.
- Memastikan pembayaran sewaan hartanah RISDA mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memperkasakan khidmat pengawal keselamatan dengan pengambilan pengawal yang lebih teratur mengikut ketetapan KDN.
RISDA SECURITY AND SERVICES SDN. BHD. (RSS) | |
---|---|
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF | EN. SAIDI BIN ATAN |
ALAMAT |
RISDA SECURITY & SERVICES SDN. BHD. (IBU PEJABAT) RSS CAWANGAN TIMUR TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI KEDAH JALAN TELUK WANJAH 05200 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN RSS CAWANGAN SELATAN TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI MELAKA JALAN TUN SRI LANANG 75100 MELAKA |
NO. TELEFON |
RSS IBU PEJABAT RSS CAWANGAN TIMUR RSS CAWANGAN UTARA 06-2847136 |
NO. FAKS |
RSS IBU PEJABAT RSS CAWANGAN TIMUR RSS CAWANGAN UTARA 06-2847136 |
LAMAN WEB RASMI | www.risdasecurity.com.my |