RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah Kumpulan RISDA Holdings (KRH) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.
RLSB yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.
RLSB mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.
Kini, RLSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.
VISI
Menjadi peneraju utama dalam industri penternakan lembu pedaging di Malaysia.
MISI
Mengoptimum penggunaan sumber melalui penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit, menguasai teknologi terkini dalam pemeliharaan lembu fidlot bagi penghasilan lembu berkualiti dan terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran di dalam rantaian bekalan industri daging bagi kelestarian syarikat.
OBJEKTIF
- Menternak 10,000 ekor lembu secara integrasi dengan 6,000 ekor induk produktif di ladang.
- Mengeluarkan 6,000 ekor lembu fidlot yang berkualiti setahun.
- Mengeluarkan 3,000 metrik tan baja organik ruminan setahun.
- Meningkatkan daya saing bagi menguasai segmen hiliran pasaran dalam industri- kedai daging, makanan ternakan dan pengeluaran hasil daging seperti daging perap, sosej, bebola daging dan lain-lain.
- Mengeluarkan mineral blok berkualiti tinggi untuk kegunaan industri ternakan tempatan.
RISDA LIVESTOCK SDN. BHD. | |
---|---|
NAMA PENGURUS OPERASI | EN. SYED KUDRI BIN TUAN DALAM |
ALAMAT | RISDA ESTATE 2, NO. 39-2, JALAN SULAIMAN 3, TAMAN PUTRA SULAIMAN, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. |
NO. TELEFON | 03-4270 6939 |
NO. FAKS | 03-4270 1073 |
LAMAN WEB RASMI | www.risdalivestock.com |