Alat Kebolehcapaian

  • Pengenalan

    Bagi memastikan pekebun kecil mendapat hasil yang maksimum dari kebunnya, teknologi yang berikut mesti diamalkan (dibahagi mengikut matlamat):

    A : Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan

    Jenis Teknologi
    1. Klon Lateks Balak (LTC) (2 Pusaran Daun Keras)
    2. Kepadatan Tanaman (450 - 500 Pokok / Hektar)
    3. Sulaman @ 10% Kawasan (Dalam Masa 1 Tahun Selepas Menanam)
    4. Merumpai Mengikut Jadual
    5. Membaja Mengikut Jadual
    6. Cantasan Terkawal
    7. Kawalan Penyakit @ 1% Kawasan
         I. Daun
        II. Batang/Dahan
       III. Akar

    B : Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil > 1500 Kg/Hek/Thn

    Jenis Teknologi
    1. Pengeluaran Hasil (Rangsangan Etefon)

        Pokok Matang < 15 Tahun BO-1/BO-2 (Kulit Dara)
        Pokok Matang > 15 Tahun B1-1/B1-2 (Kulit Pulihan)

    2. Pengeluaran Hasil (Rangsangan Gas) (Pokok Matang > 15 Tahun HO-Kulit Dara)

        REACTORRIM
        RRIMFLOW
        LET SISTEM
        G-FLEX
        MORTEX

    3. Bilangan Hari Ditoreh (7 - 9 Hari/Bulan D3) atau (84 - 108 Hari/Tahun/D3)
    4. Merumpai Mengikut Jadual
    5. Membaja Mengikut Jadual
    6. Pemasangan Alat Kalis hujan

    C : Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil

    Jenis Teknologi
    1. Integrasi Dalam Kebun Getah
    2. Tanaman Kontan
    3. Tanaman Kekal
    4. Ternakan/Akuakultur

  • Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan

     

    Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan < 4 1/2 Tahun

    Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan
    (Pokok Remaja)

    Bagi memastikan pokok getah mencapai tempoh keremajaan kurang dari 4 1/2 tahun, pekebun kecil mesti mengamalkan teknologi yang berikut:

    1. Klon Lateks Balak (LTC) - 2 Pusaran Daun Keras

    Penanaman mesti menggunakan klon LTC yang mempunyai 2 pusaran daun keras. Lateks balak adalah klon-klon yang mempunyai hasil pengeluaran lateks dan kayu getah yang tinggi. Klon klon ini menunjukkan pertumbuhan yang baik seperti kesuburan pertumbuhan dan batang yang lurus serta panjang.
    Contoh Klon Lateks Balak (LTC)

    KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
    PB 260 RRIM 2001 RRIM 2016
    PB 350 RRIM 2002 RRIM 2023
    PB 355   RRIM 2024
    PB 359   RRIM 2025
        RRIM 2026


    KUMPULAN (1)
    UNTUK DITANAM SECARA TERHAD (TIDAK MELEBIHI 20%)

    KUMPULAN (2)
    UNTUK DITANAM SECARA MELUAS (TIDAK MELEBIHI 80%)

    2. Kepadatan Tanaman - 450 - 500 Pokok/Hektar

    Bilangan pokok yang optimum bagi sehektar ladang dan bilangan ini hendaklah ada pada umur
    3 tahun selepas torehan dibuka, iaitu kira-kira 7 1/2 tahun dari tarikh ia ditanam.

    Tujuan:
    • Mendapatkan bilangan pokok yang subur hidupnya.
    • Mengoptimumkan belanja menanam, penyelenggaraan dan perolehan.
    • Hasil yang optimum.
    • Mengurangkan penyakit panel torehan.
    • Mengoptimumkan pemulihan kulit bila ditoreh kelak.

    3. Sulaman@ 10% Kawasan - Dalam Masa 1 Tahun Selepas Ditanam

    Sekiranya terdapat pokok yang mati, sulaman mesti dibuat dalam tempoh satu tahun daripada tarikh mula pokok ditanam.

    Benih untuk sulaman mesti sebaya dari segi saiz lilitan batangnya untuk menjamin pokoknya mencapai kematangan yang sama masa dengan pokok-pokok lain di dalam satu-satu kawasan. Urusan ini akan menjadi lebih mudah dilaksanakan sekiranya 10% benih telah disediakan dari lebihan apabila menjalankan kerja menanam dahulu.

    Objektif penyulaman ini dilakukan adalah untuk mendapatkan:
    1. Memastikan bilangan pokok yang mencukupi sehektar.
    2. Mendapatkan hasil yang maksimum.
    3. Keseragaman dalam pertumbuhan.

    4. Merumpai Mengikut Jadual

    Rumpai hendaklah sentiasa dikawal kerana ia bersaing dengan tanaman getah dan boleh menjejaskan tumbesarannya. Bagi pokok getah muda di mana kulit masih hijau, kawalan rumpai menggunakan kimia hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Lorong tanaman selebar 2 meter hendaklah dikawal daripada rumpai terutama rumpai ganas.
    Rumpai di antara lorong hendaklah dikawal supaya tidak melebihi daripada 60 cm tinggi. Rumpai ganas seperti lalang hendaklah dihapuskan sama sekali.

    Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok remaja)

    Tahun Sepanjang Lorong Tanaman (Bilangan) * Antara Lorong Tanaman (Bilangan)
    1 4 - 6 6
    2 4 - 6 4
    3 4 3
    4 4 3

    * rumpai yang tumbuh di celah-celah penutup bumi kekacang sahaja.

    Beberapa Jenis Rumpai Ganas Dan Kawalannya

    Jenis Rumpai Jenis Racun Kadar Racun Rumpai
    Sehektar + 450 Liter Air
    Kadar Racun (Ml) +
    18 Liter Air
    Asystasia gargentica(herba jejentik) 2,4-D Amine  3.0  120
    Chromolaena odorata (pokok kapal terbang) Garlon 250 2.0 80
    Dicranopteris linearis (paku resam) Paraquat 4.0 160
    Imperata cylindrica (lalang) Assault 100A atau Glyphosate 7.5
    6.0
    280
    240
    Mikania micrantha(selaput tunggul) 2,4-D Amine 2.0 80
    Pennisetum polystachyon
    (rumput ekor kuda)
    Assault 100A atau Glyphosate 7.5 280
    Stenochlaena palustris (paku rawan) Paraquat 4.0 160
    Elusine indica
    (rumput sambau)
    Glyphosate 4.0 160
    Melastoma malabathricum (senduduk) Garlon 250 2.0 80
    Ischaemum muticum (rumput tembaga jantan) Glyphosate 3.0 120


    5. Membaja Mengikut Jadual

    Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah. Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah.

    Bagi pokok getah muda (1 - 2 tahun) baja ditabur di sekeliling pokok.
    Bagi pokok getah berumur 2 - 4 tahun pula, baja ditabur rata-rata di sepanjang lorong/barisan tanaman selebar 2 - 3.5 meter kecuali 60 cm di sekeliling pokok.

    Jangan jalankan pembajaan pada musim kemarau atau hujan lebat.

    Syor Pembajaan Getah Bagi Pekebun Kecil Getah Individu

    Ansuran Jenis Baja Kampit/ Hektar Bulan Selepas Menanam Jenis Baja Kadar Baja Sepokok
     1  Debu Fosfat
    (1 kampit)
    RISDA 1
    (6 kampit)
     0
    (lubang tanam)
    1
    2 1/2
    4
    5 1/2
     Debu Fosfat
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
     (gram)
    100
    50
    70
    100
    100
    (pot)
    1/3
    1/7
    1/5
    2/7
     
     2  RISDA 1
    (11 kampit)
    7
    9
    11
    13
    15
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    100
    100
    150
    150
    150
    2/7
    2/7
    2/5
    2/5
    2/5
     3  RISDA 1
    (14 kampit)
    18
    21
    24
    27
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    150
    200
    200
    250
    2/5
    4/7
    4/7
    4/7
     4  RISDA 1
    (16 kampit)
    30
    34
    38
    RISDA 1
    RISDA 1
    RISDA 1
    300
    300
    300
    6/7
    6/7
    6/7
     5  RISDA 2
    (24 kampit)
    42
    46
    50
    RISDA 2
    RISDA 2
    RISDA 2
    450
    450
    450
    1 2/3
    1 2/3
    1 2/3
     6  RISDA 2
    (16 kampit)
    56
    62
     RISDA 2
    RISDA 2
    450
    450
    1 2/3
    1 2/3

    @ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja.
    RISDA 1 = NPK Mg. 9 : 14 : 8 : 2 (kampit 25 kg)
    RISDA 2 = NPK 10 : 12 : 13 (kampit 25 kg)
    Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)

    6. Cantasan Terkawal

    Pada dasarnya pokok getah tidak dibenarkan berdahan sehingga mencapai ketinggian 300 sentimeter bagi keperluan dan menyenangkan kerja penorehan. Namun ketinggian muktamad bergantung kepada dasar eksploitasi di satu-satu masa.
    Untuk mencapai matlamat batang licin dan kemas ini, cantasan terkawal mestilah dijalankan dengan membuang dahan paling rendah sebaik sahaja terbentuknya tiga pusaran dahan pada pokok.

    7. Kawalan Penyakit @ 1% Kawasan

    7.1 Daun
    Serangan penyakit melalui daun perlu diberi perhatian yang serius kerana ianya boleh memberi kesan terhadap kesihatan pokok getah dan penghasilan lateks. Antara penyakit daun ialah:

    Bil Nama Penyakit Racun Kulat Rawatan
     1. Kulapok Berdebu Belerang Pendebuan belerang pada pucuk-pucuk yang baru keluar pada kadar 9 kg/ha setiap minggu sebanyak  5 - 6 kali
     2. Penyakit Daun Colletotrichum 2% Daconil 50WP Sembur racun kulat seminggu sekali sehingga daun matang.
     3. Bintik Mata Burung 1. Antracol
    2. Dithane-M45
    Sembur dengan 0.5% salah satu racun kulat setiap minggu pada daun muda.
     4. Penyakit Daun Luruh Phytophthrora Kuprum Oksiklorida Sembur racun kulat pada kadar 1.2 kg/ha a.i. sebelum ketibaan musim monsun.


    7.2 Batang/Dahan


    Bahagian batang pokok iaitu dahan, cabang dan panel torehan juga mengalami serangan penyakit. Antara yang serius ialah:

    Bil Nama Penyakit Racun Kulat Rawatan
     1. Cendawan Angin 1. Campuran Bordeaux (1 kg kuprum sulfat : 2 kg. Kapur mati : 100 liter air)
    2. Callixin Readymixed
    3. Daconil Flowable 500
    - sembur pada batang atau dahan yang berpenyakit seminggu sekali (untuk getah yang belum ditoreh)
    - sapu pada tempat yang berpenyakit (boleh dilakukan pada pokok getah muda dan dewasa)
    - bancuh racun mengikut syor (3% a.i.) dan sembur pada tempat berpenyakit ( boleh diguna pada pokok getah muda dan dewasa)
     2. Cendawan Lapuk  0.5% Benlate Sapu atau sembur panel dan alur torehan selepas menoreh 2 kali seminggu selepas torehan selama 3 - 4 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit).
     3. Calar Hitam  0.2% Ridomil 25WP Sapu atau sembur panel dan alur torehan setiap kali selepas menoreh 2 kali seminggu selama 4 - 6 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit).


    7.3 Akar


    Penyakit akar merupakan penyakit yang paling berbahaya dalam tanaman getah yang disebabkan oleh kulat, yang pada mulanya menyerang kulit akar. Ia menembusi kulit kayu, akarnya menjadi lapuk dan pokok mati. Ia boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar dan spora kulatnya yang disebarkan oleh angin.
    Terdapat 3 penyakit akar yang utama:

    Bil Nama Penyakit Racun Kulat Rawatan
     1. Penyakit Akar Putih (Rigidoporous lignosus) Bayleton / Tilt Gali alur sekeliling pangkal pokok. Sediakan bancuhan racun kulat mengikut syor dan siram di seliling pokok yang dijangkiti penyakit tersebut:
    Bayleton : pokok < 2 thn : 10g / 1 liter air
    pokok 2-5 thn : 20g / 2 liter air
    Tilt : pokok < 2 thn : 10g / 1 liter air
    pokok 2-5 thn : 20g / 2 liter air
     2. Penyakit Akar Merah (Ganoderma philippi) Calixin Collar Protectant Gali sehingga mendedahkan pangkal akar tunjang dan akar sisinya. Cantas bahagian akar sisinya yang telah reput atau berpenyakit. Sapu racun kulat pada akar tunjang dan akar sisi yang telah terdedah
     3. Penyakit Akar Perang (Phellinus noxius) Calixin Collar Protectant  
  • Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil

    Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil > 1500 Kg/Hek/Thn

    1. Pengeluaran Hasil - Rangsangan Etefon

    Pengeluaran lateks boleh dirangsang melalui penggunaan kimia etefon, yang disebatikan dengan bahan pengantar seperti minyak sawit dan peravis lengai yang lain.  Bahan ini bertindak dengan melambatkan berlakunya palam lateks semasa menoreh.  Oleh yang demikian, masa yang lama diberi bagi lateks mengalir keluar.

    1.1.   Pokok Matang < 15 Tahun  BO-1/BO-2 (Kulit Dara)
    Dalam torehan ini Etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok.
     
    1.2.   Pokok Matang > 15 Tahun  B1-1/B1-2 (Kulit Pulihan)
    Pokok getah yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh menggunakan alat rangsangan etefon di samping alat rangsangan gas seperti RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-FLEX dan MORTEX.

    2. Pengeluaran Hasil - Rangsangan Gas

    ( Pokok Matang > 15 Tahun  HO- Kulit Dara )

     Kriteria pokok yang sesuai untuk mengamalkan teknik rangsangan gas:

               Berumur 15 tahun atau lebih
               Pokok hendaklah subur dan mempunyai pendaunan yang baik tanpa masalah penyakit yang teruk.

    Amalan torehan dan penggunaan bahan perangsang atau kedua-duanya sekali tidak diamalkan secara keterlaluan.  Pokok-pokok masih mempunyai sekurang-kurangnya 50% kulit dara di panel atas sebelum teknik rangsangan gas digunakan.

    Pokok di kebun tidak mempunyai sejarah kejadian kering kulit yang tinggi.

    Berikut Adalah Hasil Kajian Mengenai Peningkatan Hasil Setelah Mengamalkan Alat Rangsangan Gas (oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd.  - RSSB)

    Jenis alat rangsangan RRIMFLOW REACTORRIM LET SISTEM ETEFON KAWALAN
     % kenaikan hasil 211% 192%  149%  113%  00

                           
                           
    2.1   REACTORRIM

    2.2.   RRIMFLOW

    2.3.   LET SISTEM

    2.4    G-FLEX

    G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja inflatable dan collapsible container dipasang.
    Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya dilakukan.
    G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan gas secara berkala.
    Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara.
    G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil ditingkatkan.


    2.5    MORTEX

    MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut dibuka alur torehan.
    MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan.

    Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun.
    Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon.
    Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks.
    MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8 pusingan).
    Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah.

    3. Bilangan Hari Ditoreh

    (7-9 Hari/Bulan d/3)  atau  (84-108 Hari/Tahun d/3)

    Bilangan hari torehan memainkan peranan yang penting di dalam menentukan keberkesanan perlaksanaan LITS ( Sistem Torehan Kekerapan Rendah).  Jumlah hasil yang diperoleh oleh seorang pekebun kecil.

    4. Merumpai Mengikut Jadual

    Di peringkat permulaan, kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi semakin jarang apabila keadaan naungan daripada pokok getah yang semakin membesar dan meluas jemalanya serta keadaan rumpai yang semakin lemah.

    Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok dewasa)

    Tahun Sepanjang Lorong Tanaman
    (Pusingan Meracun/Thn)
     * Antara Lorong Tanaman
    (Pusingan Meracun/Thn)
     5  4  3
     6  3  3
     7  2  -
     8  2  -
     9  1  -
     10  1  -


    5. Membaja Mengikut Jadual


    Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah.  Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah.

    Bagi pokok getah matang, analisis tanah dan dedaun mestilah dijalankan untuk tujuan membuat pengesyoran pembajaan secara diskriminasi.  Kawasan mestilah bersih daripada rumpai, baja ditabur rata-rata di keseluruhan kawasan.
    Elakkan membaja pada musim kemarau atau hujan lebat.
    Syor Pembajaan Getah Matang Bagi Pekebun Kecil Getah Individu

    Jenis Baja Kampit/ Hektar Bulan Selepas Menanam Jenis Baja Kadar Baja Sepokok
    RISDA 4
    (8 kampit)
    72 RISDA 2 (gram)
    450
    (pot)
    1 2/3


    @ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja.
                            RISDA 4  =  NPK    10 : 6 : 21    (kampit 25 kg)

    Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)

    6. Pemasangan Alat Kalis Hujan

    Air yang melorot dari jemala pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya.  Pemasangan alat pengalir keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini.

    Alat kalis hujan 'Rain Gutter'

  • Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil

    1. Integrasi Dalam Kebun Getah

       A. untuk mempelbagaikan tanaman dari kawasan yang terhad.
       B. untuk mengelakkan penggantungan pendapatan dari satu-satu jenis tanaman.

    Urusan pertanian yang sempurna bermakna kejayaan penggunaan tanah pada kadar yang maksimum dan berdaya pengeluaran yang tinggi. Dengan pelbagai tanaman dan ternakan, daya pengeluaran dari sesebuah ladang boleh meningkat. Melalui usaha integrasi perladangan tanah yang tidak luas mampu memberi hasil pengeluaran yang tinggi. Integrasi yang dimaksudkan ialah mengusahakan tanaman-tanaman lain atau ternakan di samping penanaman utamanya getah.

    Tanaman Kontan
    Contoh : Cili, nanas, serai, kacang soya, kacang tanah, pisang jagung.

    Tanaman Kekal
    Contoh : Cempedak, belimbing, rambutan, duku, durian.

    Ternakan/Akuakultur
    Contoh : Ternakan (kambing, ayam, lembu, itik), Akuakultur (ikan, udang)

  • Teknologi Getah

    Amalan Pertanian Baik (GAP)

    Bil. Nama Muat Turun
    1. GAP 1 Penanaman dan Penyenggaraan  PDF
    2. GAP 2 Pembajaan  PDF
    3. GAP 3 Ransangan PDF
    4. GAP 4 Penorehan / Penuaian PDF
    5. GAP 5 Strategi Pemasaran Hasil  PDF
    6. Buku GAP PDF