Alat Kebolehcapaian

    • Pengenalan Program

      PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH (PPG)

      Program Getah Matang telah dilaksanakan oleh RISDA bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7) dan ditambah baik dari tahun ke tahun menerusi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sehingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Pelaksanaan Program Getah Matang yang dilaksanakan adalah meliputi :

      1. Program Skim Getah Matang (SGM)
        1. Peningkatan Produktiviti Getah (PPG),
        2. Skin Insentif Produktiviti Getah (SIPG),
        3. Skim Insentif Lateks (SIL); dan
      2. Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP).
        1. Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PIP) seperti berikut:
          1. Pusat Timbang dan Stor (PTS)
          2. Depo Pengumpulan Skrap (DPS)
          3. Depo Pengumpulan Lateks (DPL)
          4. Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB)
        2. Bantuan Operasi DPL secara Geran Padanan (GP)
        3. Prasarana Ladang (PL)
        4. Insentif Pengeluaran Getah Berkelompok (IPGB)
    • Syarat Program Bantuan

      SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

      Syarat – syarat kelayakan bagi Program Skim Getah Matang (SGM) adalah seperti berikut :

      1. Warganegara Malaysia; dan
      2. Berdaftar dengan RISDA sebagai pekebun kecil; dan
      3. Hak milik kebun yang sah; dan
      4. Jumlah kelayakan bagi setiap pemohon (SGM 1, SGM 2, SGM 3, SGM 4, dan SGM 5) adalah maksimum 4.0 hektar ; dan
      5. Kebun getah matang kecuali kebun yang diurus oleh agensi ; dan
      6. Kebun sentiasa diselenggara mengikut Amalan Pertanian Yang Baik (GAP); dan
      7. Pekebun kecil juga hendaklah bersetuju bekerjasama dengan pihak RISDA untuk mendapatkan maklumat berkaitan pekebun kecil dan kebun.

      Keutamaan penerima yang layak dalam Skim Getah Matang adalah seperti berikut :

      1. Pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri; atau
      2. Menjadi ahli Projek Pemasaran Berkelompok bagi menggalakkan pekebun kecil menjalankan aktiviti pemasaran secara berkelompok bagi memendek rantaian pemasaran dan memperolehi harga terbaik di peringkat ladang serta mewujudkan peluang pekerjaan; atau
      3. Pekebun kecil menghasilkan dan menjual lateks bagi meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30% dan seterusnya meningkatkan pengeluaran lateks tempatan untuk memenuhi keperluan industri berasaskan lateks; atau
      4. Pengurusan kebun oleh KRH/ KPK/ AJK Depo dengan menggabungkan kebun-kebun kecil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti pekebun kecil seterusnya meningkatkan pendapatan.

      SYARAT TAMBAHAN (SGM 1)
      Syarat-syarat tambahan bagi Program SGM 1 adalah seperti berikut :

      1. Kebun telah mencapai tahap matang dan boleh ditoreh; dan
      2. Membuka panel torehan pada kali pertama.

      SYARAT TAMBAHAN (SGM 2)

      Syarat-syarat tambahan bagi Program SGM 2 adalah pokok yang ditoreh panel BO-I atau BO-2 sahaja.

    • Kadar Bantuan

      SKOP PROGRAM DAN KADAR INSENTIF (SGM 1)

      Kadar Bantuan bagi Program Skim Getah Matang (SGM) yang layak diterima oleh Pekebun Kecil adalah tertakluk kepada jenis hasil kebun getah yang dikeluarkan seperti berikut :

      PROGRAM SUB-PROGRAM KADAR BANTUAN MAKSIMUM / HEKTAR
      SEMENANJUNG SABAH / SARAWAK
      Skim Getah Matang Skim Getah Matang Skrap : RM8,100
      Lateks : RM
      Skrap : RM8,100
      Lateks : RM
      Getah Matang Tanam Semula RM 400
      Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP) Pusat Timbang Stor (PTS) Bina Baru : RM290,000
      Depo Pengumpulan Skrap (DPS) Bina Baru : RM45,000
      Baik Pulih : RM15,000
      Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Bina Baru : RM50,000
      Baik Pulih : RM15,000
      Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB) Bina Baru : RM50,000
      Prasarana Ladang RM2,200
      Geran Padanan RM5,000 (one-off)
      Insentif Pengeluaran Getah Berkumpulan Skrap : RM1,800 (6 Bulan – one off)
      Lateks : RM3,600 (12 Bulan – one off)
    • Kaedah Permohonan

      TATACARA PERMOHONAN (SGM 1)

      1. Kebun yang telah lulus bantuan akhir tanam semula hendaklah dibuat permohonan dan lawatan pemeriksaan kebun Skim Getah Matang menggunakan Sistem e-SRM / Borang GM 18A seperti di Lampiran 2A untuk kelulusan bantuan SGM 1. Jika permohonan menggunakan sistem e-SRM maka para 8.5 (c) hingga 8.5 (I) tidak berkaitan.
      2. Kebun selain daripada para 8.5(a) dan belum bertoreh hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan sistem e-SRM / borang Permohonan SGM 1 (SGM1/2-01) seperti di Lampiran 2B (borang disedia dan dicetak sendiri oleh Pusat Tanggungjawab).
      3. Permohonan juga boleh dibuat secara wakil kuasa dengan menggunakan sistem e-SRM / Borang GM20A/20B (Surat Wakil Kuasa) seperti di Lampiran 2C/2D.
      4. Permohonan hendaklah disertakan dengan :
        • Salinan kad pengenalan pemohon; dan
        • Salinan pendaftaran e-SPeK; dan
        • Salinan geran tanah yang disahkan atau carian rasmi geran tanah.
      5. Pemohon hendaklah membawa geran asal untuk disemak semasa penghantaran Borang SGM1/2-01 atau semasa lawatan pemeriksaan kebun.
      6. Permohonan yang lengkap diterima bagi para 8.5.2 hendaklah diserah kepada Penolong Pegawai Pertanian Kawasan (PPPK) yang berkaitan untuk lawatan pemeriksaan kebun dan penyemakkan keterangan geran tanah.
      7. Setelah pemeriksaan kebun disahkan, Borang SGM1/2-01 atau GM18A hendaklah dihantar ke Pusat Tanggungjawab RISDA melalui Ketua Stesen.
      8. Permohonan yang diterima hendaklah didaftarkan dan difailkan secara individu mengikut tatacara berikut :
          • S G M 1 / 1 2 3 4 5 6 / x x x x / 2 1

            Di mana,
            SGM 1 Kod SGM 1

            12 Kod Negeri
            34 Kod Daerah / Jajahan / Bahagian
            56
            Kod Mukim

            xxxx Nombor Siri Permohonan (Bermula 0001)

            21 Tahun Semasa Permohonan ( 2021)

      9. Keputusan permohonan sama ada permohonan dilulus atau ditolak akan diberitahu kepada pemohon dengan menghantar Pemberitahu Kelulusan / Penolakan Permohonan SGM 1 (SGM1/2-02) seperti di Lampiran 3.
      10. Sediakan Senarai Penerima SGM 1 (SGM1/2-03) seperti di Lampiran 4.
      11. Lengkapkan borang Pengesahan Penerimaan Barang (SGM1/2-04) seperti di Lampiran 5.
      12. Carta Aliran Pelaksanaan SGM 1 adalah seperti di Lampiran 6.
      13. Bagi permohonan yang menggunakan sistem e-SRM, pekebun kecil boleh menyemak status permohonan dengan log masuk ke dalam sistem e-SRM menggunakan kad pengenalan pekebun kecil.
      14. Pengesahan pembekalan dan terimaan barang juga boleh dilakukan melalui sistem e-SRM dengan menekan butang terimaan atau penghantaran barang bagi proses selanjutnya.

      TATACARA PERMOHONAN (SGM 2)

      1. Kebun yang telah lulus SGM 1 hendaklah di buat lawatan pemeriksaan kebun Skim Getah Matang pada tahun berikutnya menggunakan sistem e-SRM / Borang GM 18A seperti di Lampiran 2A untuk kelulusan bantuan SGM 2. Jika menggunakan sistem e-SRM maka para 9.5 (c) hingga 9.5 (I) tidak berkaitan.
      2. Kebun selain daripada para 9.5 (a) dan kebun yang bertoreh panel BO-1 dan BO-2 sahaja hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan sistem e-SRM / borang Permohonan SGM 2 (SGM1/2-01) seperti di Lampiran 2B (borang disedia dan dicetak sendiri oleh Pusat Tanggungjawab).
      3. Permohonan juga boleh dibuat secara wakil kuasa dengan menggunakan Borang GM20A/20B (Surat Wakil Kuasa) seperti di Lampiran 2C/2D
      4. Permohonan hendaklah disertakan dengan :- Salinan kad pengenalan pemohon;dan- Salinan pendaftaran e-SPeK;dan- Salinan geran tanah yang disahkan atau carian rasmi geran tanah.
      5. Pemohon hendaklah membawa geran asal untuk disemak semasa penghantaran Borang SGM1/2-01 atau semasa lawatan pemeriksaan kebun.
      6. Permohonan yang lengkap diterima bagi para 9.5.2 hendaklah diserah kepada Penolong Pegawai Pertanian Kawasan (PPPK) yang berkaitan untuk lawatan pemeriksaan kebun dan penyemakan keterangan geran tanah.
      7. Setelah pemeriksaan kebun disahkan, Borang SGM1/2-01 atau GM18A hendaklah dihantar ke Pusat Tanggungjawab RISDA melalui Ketua Stesen.
      8. Permohonan yang diterima hendaklah didaftarkan dan difailkan secara individu mengikut tatacara berikut :
          • S G M 2 / 1 2 3 4 5 6 / x x x x / 2 1


            Di mana,
            SGM2 Kod SGM 2

            12 Kod Negeri
            34 Kod Daerah / Jajahan / Bahagian
            56
            Kod Mukim

            xxxx Nombor Siri Permohonan (Bermula 0001)

            21 Tahun Semasa Permohonan ( 2021)

      9. Keputusan permohonan sama ada permohonan dilulus atau ditolak akan diberitahu kepada pemohon dengan menghantar Pemberitahu Kelulusan / Penolakan Permohonan SGM 2 (SGM1/2-02) seperti di Lampiran 3.
      10. Sediakan Senarai Penerima SGM 2 (SGM1/2-03) seperti di Lampiran 4.
      11. Lengkapkan borang Pengesahan Penerimaan Barang (SGM1/2-04) seperti di Lampiran 5.
      12. Carta Aliran Pelaksanaan SGM 2 adalah seperti di Lampiran 6.
      13. Bagi permohonan yang menggunakan sistem e-SRM, pekebun kecil boleh menyemak status permohonan dengan log masuk ke dalam sistem e-SRM menggunakan kad pengenalan pekebun kecil.
      14. Pengesahan pembekalan dan terimaan barang juga boleh dilakukan melalui sistem e-SRM dengan menekan butang terimaan atau penghantaran barang bagi proses selanjutnya.
    • Senarai Borang Berkaitan
      Bil Tajuk Muat Turun
      1 AKP 2023 9.8.2023 PDF |  Lihat
      2 Lampiran 21A- Borang Permohonan PTS (KIP-01A ) PDF |  Lihat
      3 Lampiran 21B - Borang Permohonan DES DPL PMGB (KIP-01B) PDF |  Lihat
      4 Lampiran 21C - GP KIP-01C PDF |  Lihat
      5 Lampiran 21D-PERM IPGB PDF |  Lihat
      6 Lampiran 22A - Akaun Kebenaran (KIP 02A) PDF |  Lihat
      7 Lampiran 22B - Perjanjian Sewa (KIP 02B) PDF |  Lihat
      8 Lampiran 23 - Surat Perjanjian Operasi PTS DPS DPL dan PMGB (KIP 03) PDF |  Lihat
    • Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

      Nama:
      En. Hairul Azry bin Baharom

      Bahagian:
      Unit Produktiviti

      Jawatan:
      Pegawai Pertanian

      E-mel:
      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Sambungan:
      480