Alat Kebolehcapaian

    • Pengenalan

      Pembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil. Proses pembajaan bermula dari peringkat penentuan jenis dan jumlah baja, pembelian, penyimpanan dan membaja di ladang. Nutrien di dalam baja mestilah mencukupi untuk pengeluaran hasil yang menguntungkan tanpa pembaziran. Penentuan kadar baja bergantung kepada jenis tanah, faktor alam sekitar dan juga faktor ekonomik

    • Aktiviti

      RISDA Memberi Bantuan Baja Premium Kepada Semua Pekebun Kecil Yang Terlibat Dengan Program Berikut :

      • Program Tanam Semula;
      • Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG);
      • Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG).

      Bagi Menjamin Kualiti Baja Yang Dibekalkan Berkualiti Serta Memenuhi Spesifikasi Yang Ditetapkan, Semua Baja yang Dibekalkan Oleh RISDA Kepada Pekebun Kecil Perlu Melalui Proses Pengujian Seperti Pengujian Nutrien, Kelembapan, Kualiti Spesifikasi Fizikal (Persampelan), Timbangan, dan Pembungkusan.

    • Senarai Jenis Baja Premium yang Dibekalkan Kepada Pekebun kecil
      JENIS BAJA TANAMAN FORMULASI
      (N : P : K : Mg : B)
      KEGUNAAN
      RISDA 1 Getah 10.7:16.6:9.5:2.4 Getah Muda
      RISDA 4 Getah 10.0:6.0:21 Getah > 39 bulan
      Rock Phosphate Getah/Sawit >28% P₂O₅ Dalam Lubang Menanam

      Kaedah Pembajaan Bergantung Kepada :

      • Umur Pokok dan Perkembangan Akar;
      • Jenis Baja – Sifat Kelarutan Nutrien Baja dan Tindak balas Kimia tanah; (Seperti Yang Disyorkan Oleh Pihak RISDA)
      • Jenis dan Keadaan Tanah – Faktor Potensi Menyimpan Nutrien,
      • Larut Resap dan Hakisan;
      • Hujan – Hujan Lebat Meningkatkan Larut Resap dan hakisan; dan
      • Kos Pembajaan – Faktor Buruh dan Kekerapan Membaja
    • Video Tutorial Kaedah Pembajaan Pokok Getah
      buku panduan ts cover
       
       
       Kaedah Membaja
      Baja Rock Phosphate (RP)
       
       
       
       
      buku panduan ts cover
       
       Kaedah Membaja
      Baja RISDA 1
       
       
       
       
       
      buku panduan ts cover
       
       Kaedah Membaja
      Baja RISDA 4
       
       
       
       

    • Pengenalan

      Suatu Sistem Pengurusan Stor dan Stok Yang Cekap dan Berkesan Adalah Perlu Bagi Menjamin Penyenggaraan, Penjagaan dan Pengawalan Barang-barang Kerajaan Agar Berkeadaan Baik dan Sempurna

    • Stor Risda

      stor risda

      SPUR adalah tempat penyimpanan stok baja yang diterima dari kilang untuk dijadikan stok penimbal kepada SPT. Pengurusan Stor SPUR diuruskan oleh Pejabat RISDA Negeri (PRN)

      SPT adalah tempat penyimpanan baja sebelum diagihkan kepada Pekebun Kecil. SPT diurus oleh stokis yang dilantik oleh Pejabat RISDA Daerah/ Pejabat RISDA Jajahan / Pejabat RISDA Bahagian

    • Pengenalan

      Pokok Getah Adalah Tumbuhan Saka Dan Dianggarkan Boleh Hidup Selama 30 Tahun. Apabila Cukup Matang, Ia Boleh Mencapai Ketinggian 18-20 Meter. Pada Awalnya Pokok Getah Dikenalpasti Sebagai Tumbuhan Hutan dan Dikenali Sebagai Kayu Getah (Hevea Wood). Lateks Yang Dihasilkan Daripada Pokok Getah Adalah Penyumbang Utama Kepada Industri Getah Asli Yang Telah Berjaya Membangunkan Pelbagai Produk Getah dan Produk Berasaskan Getah

    • Aktiviti

      RISDA Sentiasa Memastikan Bekalan Benih Getah Kepada Pekebun Kecil Sentiasa Mencukupi dan Berkualiti Serta Dibekalkan Mengikut Masa Yang Telah Ditetapkan,

      Disamping Itu, RISDA Turut Memberi Penekanan Terhadap Klon Benih Yang Dibekalkan Mempunyai Potensi Hasil Yang Tinggi, Tumbesaran Yang Cepat Serta Mempunyai Daya Tahan Terhadap Penyakit Dan Rintangan Angin.

    • Senarai Klon dan Kod Warna Klon Getah Bagi Tempoh Tahun 2019-2021

      senarai klon

    • Klon Benih Getah Kumpulan 1

      klon benih kump1

      Klon-klon Kumpulan I mengandungi klon-klon yang diketahui rekod prestasinya yang diasaskan daripada data hasil yang tidak dirancang di atas BO-I, paling kurang selama lima tahun dan dua tahun di BO-II. Kumpulan ini juga mempunyai maklumat ciri-ciri sekunder dalam percubaan-percubaan skala besar contohnya, Percubaan Klon Skala Besar (LSCT, Projek Pembangunan Terkawalselia (MDP)) atau penanaman komersil. Klon-klon ini disyorkan untuk penanaman di estet dan kebun kecil tanpa dikenakan sebarang sekatan atas jumlah klon dan saiz penanamannya

    • Klon Benih Getah Kumpulan 2

      klon benih kump2

      Penanaman klon daripada kumpulan ini dibenarkan sehingga 40% daripada keluasan tanam semula getah sahaja. Klon-klon ini perlu ditanam dalam sistem blok seperti diaturkan.

      Kaedah Pengenalpastian Klon

      Konsep pengenalpastian klon adalah satu kaedah pengecaman untuk memastikan sesuatu klon yang mempunyai persamaan atau perbezaan dengan klon-klon yang lain mengikut ciri-ciri sekunder, morfologi dan biokimia.

    • Senarai Pusat Semaian Risda

      semaian risda

      • Senarai Pusat Semaian RisdaTerdapat 19 Buah Pusat Semaian RISDA Seluruh Malaysia
      • SEBELUM 2007, BILANGAN = 11, LUAS = 526.64 HEKTAR
      • SELEPAS 2007 BILANGAN = 19, LUAS = 645.01 HEKTAR

      Objektif Semaian

      1. Untuk membesarkan dan menghasilkan bahan-bahan tanaman berskala besar dan berkualiti tinggi
      2. Untuk menyediakan bahan-bahan tanaman getah dewasa jika perlu
      3. Menentukan bahan-bahan tanaman yang dialih ke lading memperolehi kejayaan di peringkat awal yang tinggi
      4. Untuk mengurangkan kos membangunkan lading dengan mengurangkan kegagalan di peringkat awal pertumbuhan pokok
      5. Untuk mendapatkan pokok-pokok yang boleh ditoreh dalam jangka pendek
      Tapak semaian adalah kawasan khas di mana bahan-bahan tanaman dibesarkan untuk dialih ke ladang. Tapak semaian boleh dianggap sebagai kilang yang menghasilkan bahan tanaman

    • Pengenalan

      Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat. Pengurusan RISDA bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan penghantaraqn baja dan benih yang dibekalkan kepada Pekebun Kecil adalah berkualiti dan sempurna serta mengikut masa yang telah ditetapkan

    • Aktiviti

      Pengangkutan bekalan baja dan benih RISDA kepada pekebun kecil, melibatkan tiga rantaian nilai utama iaitu :

      • Pengangkutan baja dari pembekal/kilang ke stor pusat RISDA;
      • Dari stor pusat RISDA ke stor pusat tanggungjawab dan;
      • Dari stor pusat tanggungjawab ke pekebun kecil.

      Manakala pengangkutan benih adalah dari tapak semaian pusat RISDA kepada pekebun kecil.

    • Pengenalan

      Amalan Pertanian Baik (GAP) yang ditetapkan RISDA merupakan faktor terpenting dalam memastikan tanaman mencapai tempoh keremajaan dengan cepat dan mampu menghasilkan pengeluaran lebih tinggi

    • Aktiviti
      • Melaksanakan Khidmat Nasihat Agronomi Kepada Pegawai-pegawai RISDA Dilapangkan, Program Tanam Semula RISDA & Ladang Skim 1956/1959
      • Melaksanakan Ujian Persampelan Tanah
      • Melaksanakan Ujian Persampelan Daun
      • Melaksanakan Kajian Fesibiliti Kawasan Melibatkan Ladang-ladang Milikan RISDA

    • Pengenalan

      RISDA mempunyai Makmal Kultur Tisu Sawit dan ianya terletak di Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi . Makmal ini dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi moden bagi tujuan penghasilan dan pengeluaran benih klon sawit berkualiti. Ia sekaligus menjadi pusat kajian dan penyelidikan warga RISDA dalam bidang kemahiran pertanian khususnya di dalam sektor Kultur Tisu Sawit

    • Aktiviti

      Menyediakan benih sawit kultur tisu yang mampu meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) sebanyak 10-20 peratus berbanding tanaman biji sawit DxP dan meningkatkan hasil minyak sebanyak 20-30 peratus.

    • Faedah / Kebaikan kultur Tisu Sawit
      1. Klon bermutu tinggi akan dapat dihasilkan dengan cepat berbanding cara konvensional.
      2. Klon tersebut lebih sekata berbanding biji benih.
      3. Ciri-ciri bahan tampang yang berkualiti akan dapat dipastikan.
      4. Pemilihan pokok sawit dengan ciri-ciri khusus seperti lambat tumbesarannya, tahan kepada penyakit dan serangga dan lain-lain akan dapat dihasilkan.
      “ Kultur tisu ialah satu kaedah pengklonan di makmal yang melibatkan penghasilan kalus (sel yang membiak) di mana sel daripada bahagian pokok seperti daun, batang, akar dan bunga boleh membiak secara tersendiri ”
      “ RISDA komited ke arah memsatikan ortet yang diambil megikut piawaian industri serta proses penghasilan ramet mengikut norma industri yang Ditetapkan. Sehubungan itu, Pada 13 September 2019, RISDA telah berjaya memperolehi pengiktirafan persijilan MS 2099:2008 daripada pihak SIRIM"

      Bagi memastikan pengoperasian makmal kultur tisu RISDA sentiasa berada di tahap terbaik, RISDA menjalinkan kerjasama dengan pihak MPOB khususnya berkaitan pemindahan teknologi pengklonan sawit

    • Penanaman di Ladang Skim 1956/1959 dan Ladang Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB)
      Gambar Penerangan
      Projek1 Projek : Kajian Benih Sawit Tisu Kultur RISDA
      Lokasi : Ladang RISDA Changkat Sulaiman, Perak
       Projek 2 Projek : Benih Sawit Kultur Tisu RISDA
      Lokasi : Ladang RTBB Palong, Negeri Sembilan
      Projek 3 Projek : Benih Sawit Kultur Tisu RISDA
      Lokasi : Ladang Skim 1956/1959 Ulu Paka, Terengganu
      Projek 4 Projek : Benih Sawit Kultur Tisu RISDA
      Lokasi : Ladang RTBB Pekoti Timur, Pahang
      Projek 5 Projek : Benih Sawit Kultur Tisu RISDA
      Lokasi : Ladang SKIM 1956/1959 Sekijang, Johor
       Projek 6 Projek : Benih Sawit Kultur Tisu RISDA
      Lokasi : Ladang RTBB Bukit Kota, Perak
      Projek 7 Projek : Benih Sawit Kultur Tisu RISDA
      Lokasi : Ladang RTBB Tanjung Genting, Kedah
    • Senarai Klon dan Kod Warna Klon Getah Bagi Tempoh Tahun 2019-2021

      klon getah 2019 2021

      “ Klon adalah suatu tanaman yang sama dari segi genetik yang dihasilkan dari tumbuhan yang tunggal dan dibiakkan keseluruhannya secara vegetatif ”