Alat Kebolehcapaian

BPPS

NASRUL FAHMI BIN YAHYA
Pengarah
Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Syarikat

  • Moto

    Work Smart, Think Corporate.

     

    Misi

    Bahagian yang berwibawa dan berkompetensi menganalisis setiap pelaburan oleh RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings secara berintegriti.

     

    Visi

    Memastikan pilihan pelaburan RISDA memberi pulangan optimum dengan pengurusan risiko efektif.

     

    Objektif

     Memastikan ROI pelaburan sebanyak 20% hingga 30%.

     Sasaran KRH membayar dividen 30% daripada keuntungan setiap tahun.

     Sasaran keuntungan kumpulan KRH RM40 juta hingga RM60 juta setahun.

     Pelaburan dengan pengurusan risiko yang efektif.

    • Merancang pembangunan jangka pendek dan jangka panjang Kumpulan RISDA Holdings.
    • Penyusunan untuk pertumbuhan dan perkembangan perniagaan pada masa hadapan.
    • Penjajaran semula pegangan saham.
    • Memperkemas operasi setiap syarikat.
    • Merasionalkan perniagaan syarikat.
    • Mewujudkan fungsi-fungsi korporat secara berpusat.
  • Unit Pentadbiran & Kewangan

    • Bertanggungjawab mengurus fungsi pentadbiran am pejabat seperti surat dan kiriman, rekod dan fail, aduan pelanggan keselamatan dan kebersihan pejabat.
    • Bertanggungjawab mengurus fungsi pengurusan sumber manusia bahagian seperti perjawatan, cuti, perubatan, perlantikan, HRMIS, kad perakam waktu, laporan prestasi dan SKT, kursus, latihan, pengesahan jawatan dan tatatertib.
    • Bertanggungjawab mengurus fungsi kewangan bahagian seperti bajet, bayaran, pengurusan aset, belanja mengurus dan perolehan.
    • Bertanggungjawab mengurus mesyuarat dalaman dan luaran bahagian.
    • Bertanggungjawab sebagai focal point Bahagian bagi penyelarasan maklumat dengan Bahagian atau Pusat Tanggungjawab lain.

    Unit Pelaburan

    • Mengkaji dan menganalisis kertas cadangan-cadangan pelaburan RISDA, KRH dan pihak luar.
    • Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek penswastaan, hartanah perlombongan serta mana-mana bidang baru.
    • Memajukan setiap kelulusan pelaburan, pinjaman KRH, kerjasama dan cadangan-cadangan lain kepada MPBR, Kementerian dan agensi yang berkaitan.
    • Bertanggungjawab mengkaji dasar-dasar baru pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
    • Bertanggungjawab sebagai penyelaras kepada semua mesyuarat di bawah Unit Pelaburan.

    Unit Pembangunan Syarikat

    • Bertanggungjawab dalam proses rasionalisasi KRH yang melibatkan proses pemulihan, segmen perniagaan baru serta penutupan KRH yang tidak berdaya saing.
    • Menguruskan laporan dan menyemak due diligence yang disediakan oleh perunding luar atau dalaman kepada pihak pengurusan berkaitan KRH, segmen perniagaan baru, projek usahasama dan lain-lain keperluan.
    • Menganalisis laporan prestasi kewangan/fizikal bajet setiap bulan bagi semua KRH, penutupan akaun tahunan KRH, akaun ladang, kilang, skim dan dana yang diurus KRH.
    • Bertanggungjawab dalam memastikan pembayaran dividen sumbangan kepada TKPR oleh YR.
    • Menyediakan kertas kerja dan melaporkan kepada Pihak Berkuasa RISDA prestasi KRH (suku tahun), akaun beraudit, cadangan bonus dan dividen.
    • Menguruskan kertas cadangan dan permohonan bayaran bonus KRH ke Kementerian.
    • Bertanggungjawab mengadakan Mesyuarat Interaktif bagi menyelesaikan isu-isu KRH dan memajukan penambahbaikan KRH untuk kelulusan pengurusan RISDA dan Pihak Berkuasa RISDA.
    • Melaporkan prestasi dan projek-projek baru setiap KRH kepada Kementerian.
    • Menyelaras maklumbalas Auditan Kewangan Jabatan Audit Negara ke atas KRH.
    • Memantau laporan hutang yang melibatkan SMR dengan RISDA, KRH dengan KRH serta KRH dengan pihak luar.
    • Memantau dan menyelaras aktiviti KRH supaya mencapai KPI yang ditetapkan.

    Unit Tadbir Urus Korporat

    • Menyedia, menyelaras, memantau dan mengemaskini:-
      1. Penamatan dan pelantikan ALP KRH/LPA YR/LP SPSB/LP SPMSB/LP Narsco-Kuok
      2. Penamatan dan pelantikan Wakil Korporat dan Wakil Korporat Ganti RISDA dalam KRH/SPSB/Narsco-Kuok.
    • Memastikan pematuhan bilangan Mesyuarat ALP dan JKAP sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun serta Mesyuarat Agung Tahunan KRH/YR satu (1) kali setahun.
    • Menyedia, menyelaras dan mengemaskini data asas/fact sheet/big data dan amalan tadbir urus KRH yang baik berasaskan kepada Akta Syarikat 2016 (Akta 777), MCCG 2017, Perlembagaan dan Piagam Lembaga Pengarah Syarikat.
    • Memantau dan menyelaras Laporan Ketua Audit Negara ke atas KRH.
    • Menyedia, menyelaras dan mengemaskini direktori dan profil KRH/SPSB/SPMSB/Narsco-Kuok.
    • Pemantauan Laporan Pelaksanaan Ujian Kesolvenan KRH dan Laporan Keberkesanan ALP KRH/LPA YR.
    • Bertanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif Pelan Anti Rasuah RISDA (RACP) 2019-2023 bagi BPPS dan KRH.
    • Membantu memantau dan menyelaras projek/aktiviti Hasil Baharu yang diuruskan oleh KRH.
    • Bertanggungjawab sebagai penyelaras kepada semua mesyuarat, seminar, bengkel dan kursus di bawah Unit Tadbir Urus Korporat.
  • CARTA ORGANISASI BPPS 19022024v2