Jenis alat rangsangan |
RRIMFLOW |
REACTORRIM |
LET SISTEM |
ETEFON |
KAWALAN |
% kenaikan hasil |
211% |
192% |
149% |
113% |
00 |
2.1 REACTORRIM
2.2. RRIMFLOW
2.3. LET SISTEM
2.4 G-FLEX
G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja inflatable dan collapsible container dipasang.
Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya dilakukan.
G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan gas secara berkala.
Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara.
G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil ditingkatkan.
2.5 MORTEX
MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut dibuka alur torehan.
MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan.
Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun.
Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon.
Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks.
MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8 pusingan).
Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah.
3. Bilangan Hari Ditoreh
(7-9 Hari/Bulan d/3) atau (84-108 Hari/Tahun d/3)
Bilangan hari torehan memainkan peranan yang penting di dalam menentukan keberkesanan perlaksanaan LITS ( Sistem Torehan Kekerapan Rendah). Jumlah hasil yang diperoleh oleh seorang pekebun kecil.
4. Merumpai Mengikut Jadual
Di peringkat permulaan, kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi semakin jarang apabila keadaan naungan daripada pokok getah yang semakin membesar dan meluas jemalanya serta keadaan rumpai yang semakin lemah.
Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok dewasa)
Tahun |
Sepanjang Lorong Tanaman (Pusingan Meracun/Thn) |
* Antara Lorong Tanaman (Pusingan Meracun/Thn) |
5 |
4 |
3 |
6 |
3 |
3 |
7 |
2 |
- |
8 |
2 |
- |
9 |
1 |
- |
10 |
1 |
- |
5. Membaja Mengikut Jadual
Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah. Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah.
Bagi pokok getah matang, analisis tanah dan dedaun mestilah dijalankan untuk tujuan membuat pengesyoran pembajaan secara diskriminasi. Kawasan mestilah bersih daripada rumpai, baja ditabur rata-rata di keseluruhan kawasan.
Elakkan membaja pada musim kemarau atau hujan lebat.
Syor Pembajaan Getah Matang Bagi Pekebun Kecil Getah Individu
Jenis Baja Kampit/ Hektar |
Bulan Selepas Menanam |
Jenis Baja |
Kadar Baja Sepokok |
RISDA 4 (8 kampit) |
72 |
RISDA 2 |
(gram) 450 |
(pot) 1 2/3 |
@ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja.
RISDA 4 = NPK 10 : 6 : 21 (kampit 25 kg)
Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)
6. Pemasangan Alat Kalis Hujan
Air yang melorot dari jemala pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya. Pemasangan alat pengalir keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini.
Alat kalis hujan 'Rain Gutter'