Accessibility Tools

  • Pengenalan Program

    Amalan Pertanian Baik (GAP) merupakan merupakan faktor terpenting bagi memastikan tanaman getah mencapai tempoh keremajaan dan menghasilkan produktiviti seperti yang ditetapkan. Pelaksanaan dan pengamalan GAP yang betul dan mengikut norma-norma yang sesuai serta teknologi-terknologi yang disyorkan perlu diterapkan kepada semua pekebun kecil yang terlibat dalam Program Tanam Semula. Sehubungan itu, lima (5) GAP perlu dimantapkan dan diberi penekanan untuk disampaikan dan diamalkan oleh pegawai dilapangan dan pekebun kecil iaitu:

    • GAP 1: Penanaman dan penyelenggaraan
    • GAP 2: Pembajaan
    • GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks
    • GAP 4: Penorehan
    • GAP 5: Pemasaran Hasil
  • Syarat Program Bantuan

    Semua Pekebun Kecil yang terlibat dengan Program Tanam Semula RISDA

  • Kadar Bantuan

    Memberi bimbingan dan latihan secara individu kepada semua pekebun kecil dalam bantuan Tanam Semula dan penerima Skim Getah Matang (SGM) yang memiliki kebun berhasil.

  • Kaedah Permohonan

    Apabila kebun diluluskan bantuan Tanam Semula, Pekebun Kecil akan dipantau melalui amalan GAP.

  • Senarai Borang Berkaitan

    Borang pemantauan bagi Getah Muda

    Bil Tajuk Muat Turun
    1 PGM 01 PDF |  Lihat
    2 PGM 02 PDF |  Lihat
    3 PGM 03 PDF |  Lihat
    4 PGM 04 PDF |  Lihat
    5 PGM 05 PDF |  Lihat
    6 PGM 06 PDF |  Lihat

    Borang pemantauan bagi Getah Matang

    Bil Tajuk Muat Turun
    1 PGMT PDF |  Lihat
  • Rujukan Lanjut

    Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT): 03-4256 4022 (Sambungan : 207)