Accessibility Tools

test

MD NAJIP BIN ISHAK
Director
Entrepreneur Development Division

  • Moto

    Leap Beyond Limits.

     

    Misi

    Melahir dan membangunkan seramai 20,000 orang usahawan pekebun kecil menjelang tahun 2020.

     

    Visi

    Menjadi agensi peneraju kemajuan pekebun kecil.

     

    Objektif

     Meningkatkan pendapatan usahawan sekurang-kurangnya RM2,500.00 sebulan sekeluarga melalui aktiviti ekonomi pada tahun 2020.

    • Memberi fokus kepada pekebun kecil B40 dan AIR mengikut segmen kumpulan.
    • Meneroka aktiviti ekonomi bernilai tinggi & market driven yang terpilih untuk memberi pulangan yang tinggi kepada pekebun kecil.
    • Mengukuhkan koordinasi antara agensi berkaitan supaya dapat mewujudkan kerjasama strategic.
    • Mengoptimumkan penggunaan tanah & sumber untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil.
    • Mewujudkan zon pengeluaran produk berdasarkan kepakaran, bahan mentah & pasaran.
    • Memberi fokus kepadagenerasi muda, siswazah & usahawan tunjuang.
    • Memberi fokus & menggalakkan aktiviti pemprosesan, nilai tambah & industri halal.
    • Memberi penekanan kepada pemasara produk usahawan secara ekomomi bidangan & berterusan.
  • Unit Pengurusan Pemasaran

    • Bertanggungjawab mengurus pemasaran melalui strategi pemasaran secara Business to Business (B2B) dan Business to Customer (B2C) secara online dan offline.
    • Bertanggungjawab mengurus aktiviti promosi, pengiklanan, penerbitan merangkumi media cetak dan media elektronik serta penganjuran/ penyertaan karnival/ pameran/ ekspo di peringkat domestik dan global.
    • Bertanggungjawab mengurus aktiviti jaringan strategik dengan pihak ketiga (kementerian/ agensi/ syarikat luar) bagi meluaskan rangkaian pemasaran produk/ perkhidmatan dan program pemadanan & pengaturan perniagaan (business matching) bagi usahawan yang berpotensi.
    • Bertanggungjawab mengurus penilaian prestasi program pemasaran dan impak hasil jualan usahawan.
    • Bertanggungjawab mengurus program/ projek keusahawanan di bawah anjuran Kementerian.

    Unit Dasar & Pemantauan

    • Bertanggungjawab mengurus penyediaan dasar, blue print dan inisiatif baharu program keusahawanan RISDA.
    • Bertanggungjawab mengurus penyediaan & agihan bajet program keusahawanan.
    • Bertanggungjawab mengurus Sistem berkaitan Program Keusahawanan.
    • Bertanggungjawab mengurus, menganalisis dan mensintesis data bagi penyediaan laporan dan statistik program keusahawanan.
    • Bertanggungjawab mengurus, menganalisis dan mensintesis data kajian untuk penyediaan kajian impak program keusahawanan.
    • Bertanggungjawab mengurus aktiviti Jaringan Strategik antara organisasi dan pihak kerajaan/ swasta/ NGO terutamanya Kelab Usahawan RISDA (RISEC).
    • Bertanggungjawab memantau prestasi pelaksanaan Program Keusahawanan.

    Unit Pembangunan & Pengurusan Entiti

    • Bertanggungjawab mengurus Program Rekrutmen merangkumi aktiviti pengiklanan, seminar, ujian dan pemilihan usahawan.
    • Bertanggungjawab mengurus aktiviti forensik, khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan berdasarkan analisis pendapatan daripada sumber data.
    • Bertanggungjawab mengurus pelan latihan komprehensif berstruktur bagi usahawan.
    • Bertanggungjawab mengurus Program Pembiayaan mengikut dasar dan peraturan semasa RISDA.
    • Bertanggungjawab mengurus penilaian dan pengiktirafan perniagaan/syarikat.
    • Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan menganalisis ramalan aliran kewangan/ laporan kewangan syarikat usahawan bagi setiap program keusahawanan RISDA.
    • Bertanggungjawab mengurus pendaftaran syarikat usahawan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    • Bertanggungjawab mengurus penilaian prestasi dan kajian impak bagi program-program Pembangunan dan Pengurusan entiti.

    Unit Pengurusan Pengeluaran & Perkhidmatan

    • Bertanggungjawab melaksanakan dan memantau Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau perancangan pengeluaran produk dan perkhidmatan.
    • Bertanggungjawab mengurus dan memantau Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Aktiviti Ekonomi Perniagaan (AEP).
    • Bertanggungjawab mengurus kawalan mutu dalam aspek pensijilan dan akreditasi bagi produk dan usahawan.
    • Bertanggungjawab mengurus penetapan standard piawaian pembungkusan dan pelabelan produk bagi memenuhi kehendak pasaran (market driven).
    • Bertanggungjawab mengurus pengukuhan jenama dalam pasaran.
    • Bertanggungjawab mengurus R&D, inovasi dan reka bentuk produk untuk penambahbaikan yang berterusan ke atas kualiti produk, kecekapan pengeluaran dan pengoptimuman kos.
    • Bertanggungjawab mengurus penilaian prestasi dan kajian impak bagi program-program Skim Insentif.

    Unit Pentadbiran & Kewangan

    • Bertanggungjawab mengurus fungsi pentadbiran am pejabat seperti surat dan kiriman, rekod dan fail, aduan pelanggan, kebajikan staf, keselamatan dan kebersihan pejabat.
    • Bertanggungjawab mengurus fungsi pengurusan Sumber Manusia seperti perjawatan, cuti, perubatan, perlantikan, HRMIS, kad perakam waktu, laporan prestasi dan SKT, kursus, Latihan, pengesahan jawatan dan tatatertib.
    • Bertanggungjawab mengurus fungsi Kewangan seperti penyediaan peruntukan kewangan, pengurusan bayaran, pengurusan aset, belanja mengurus dan perolehan.
    • Bertanggungjawab mengurus mesyuarat di dalam pejabat.
    • Bertanggungjawab sebagai focal point Bahagian bagi penyelarasan maklumat dengan Bahagian atau Pusat Tanggungjawab lain.
  •  Pengarah

     Unit Pentadbiran Dan Kewangan

     Unit Pengurusan Pemasaran

     Unit Dasar Dan Pemantauan

     Unit Pembangunan Dan Pengurusan Entiti

     Unit Pengurusan Pengeluaran Dan Perkhidmatan