- Menyediakan cadangan belanjawan tahunan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh kementerian (KKLW).
- Mengeluarkan waran peruntukan tahunan kepada pusat tanggungjawab sebelum bermula tahun kewangan berkenaan.
- Mengambil tindakan keatas permohonan tambahan pindaan peruntukan dalam masa 7 hari dari tarikh menerima permohonan yang lengkap.
- Menyiapkan penyata kewangan tahunan RISDA yang sempurna selewat-lewatnya pada 31 Mac.
- Mengeluarkan cek dalam tempoh 4 hari kerja selepas baucar bayaran yang sempurna diterima.
- Membuat pembayaran gaji dan caruman- caruman wajib tiap-tiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Mengeluarkan penyata pengajian tahunan untuk JHDN bagi semua kakitangan pada akhir Februari tahun berikutnya.