1. Pengenalan
Tanam semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta RISDA Bil. 85/1972. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua dengan getah atau tanaman lain yang diluluskan bagi sektor pekebun kecil. Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai, mata benda seperti benih, baja dan khidmat nasihat.
2. Latar Belakang
2.1 - Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Melalui Rancangan ini juga, pekebun kecil boleh menanam semula dengan jenis tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, spesies balak dan sebagainya.
2.2 - Bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula ini, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan perkara-perkara berikut:-
2.3 - LPGTS telah mentadbir Kumpulan Wang Ses dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula selama 20 tahun iaitu dalam tempoh 1952 - 1972. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 1973, tugas-tugas LPGTS telah diambilalih oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan melalui Akta RISDA Bilangan 85 Tahun 1972.
2.4 - Ses tanam semula yang dikutip dimasukkan ke dalam sebuah tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Ses dan ditadbirkan oleh LPGTS dan kemudiannya oleh RISDA. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952, ses dikutip di peringkat eksport kerana pada masa tersebut hampir semua getah yang dihasilkan adalah dieksport. Oleh itu kuantum kutipan ses setiap tahun bergantung kepada kuantiti getah yang dieksport dan ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengeluaran getah dalam negara dan penggunaan getah secara domestik.
2.5 - Bagi getah yang diproses dalam negara (kegunaan domestik) ke dalam bentuk barangan nilai ditambah (value-added rubber products), cukai ses dikenakan ke atas pengilang kerana getah ini tidak dieksport sedangkan cukai ses telah dikenakan kepada pekebun kecil.
2.6 - Pekebun kecil dibantu melaksanakan penanaman semula melalui bantuan tanam semula yang diberikan oleh RISDA mengikut kadar-kadar tertentu yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kadar bantuan yang bermula pada tahap RM 988 sehektar pada tahun 1952 telah dinaikkan sebanyak 7 kali selaras dengan peningkatan kos menanam semula. Perubahan pada kadar bantuan tanam semula yang diberikan kepada pekebun kecil adalah seperti Jadual 1
KENAIKAN & KADAR BANTUAN TANAM SEMULA | |
Tarikh kuatkuasa | Kadar Bantuan (RM/Hektar) |
1952 | 988 |
1953 - 1955 | 1,236 |
1956 - 1961 | 1,483 |
1962 - 1970 | 1,853 |
1971 - 1977 | 2,224 |
1978 - 1980 | 2,965 |
1981 - 1990 |
5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) |
1991 - 2002 |
6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) |
2003 - 2010 |
6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) |
2010 - sekarang |
9,230 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Semenanjung sahaja) |
Skim tanam semula bagi sektor estet diwujudkan berasaskan peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 setelah dipinda oleh Akta RISDA 1972.
Skim yang dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974 memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan kepada ladang-ladang besar (melebihi 40 hektar) mengikut bukti pengeluaran hasil mereka setiap suku tahun.
Kadar Bantuan Tanam Semula
Program tanam semula adalah aktiviti utama dalam membangunkan ekonomi pekebun kecil dan menjadi teras kepada program pembangunan yang lain. Program ini bermula pada tahun 1952 bertujuan membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun-kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon getah baru atau menukar kepada jenis tanaman lain yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih tinggi.
Bantuan tanam semula diberikan dalam bentuk mata benda seperti benih, baja, racun kimia dan sebagainya dan juga wang tunai dalam 4 hingga 6 ansuran bagi tempoh 2 1/2 hingga 4 1/2 tahun bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam semula.
Perubahan kadar bantuan tanam semula sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952 hingga sekarang adalah seperti berikut :
Kenaikan Kadar Bantuan Tanam Semula
Tarikh Kuatkuasa | Kadar Bantuan (RM/Hektar) |
1952 | 988 |
1953 - 1955 | 1,236 |
1956 - 1961 | 1,483 |
1962 - 1970 | 1,853 |
1971 - 1977 | 2,224 |
1978 - 1980 | 2,965 |
1981 - 1990 |
5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) |
1991 - 2002 |
6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) |
2003 - 2010 |
7,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI)) |
2010 - sekarang |
9,230 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Semenanjung sahaja) |
Pekebun kecil boleh memilih untuk menanam semula kebun getah tua mereka dengan jenis-jenis tanaman yang boleh memberi pulangan terbaik melalui salah satu daripada empat pendekatan iaitu Tanam Semula Berkelompok (TSB), Tanam Semula Serentak (TSS), Mini Estet (ME) atau tanam semula secara individu.
Pendekatan pengestetan diperkenalkan pada awal tahun 1996 sebagai kelangsungan daripada kaedah pembangunan secara berkumpulan yang telah dilaksanakan sejak tahun 1970an. Konsep pendekatan ini ialah dengan mengkelompokkan projek-projek TSB, TSS, ME dan kebun-kebun individu berdekatan dan di dalam satu kawasan yang sesuai menjadi suatu entiti yang lebih besar dikenali sebagai estet kelompok ala RISDA (EKAR) yang diuruskan secara komersial ala estet (Tanam Semula Komersial [TSK]).
Pendekatan ini meliputi pembangunan kebun-kebun di peringkat muda dan juga matang merangkumi proses penorehan atau penuaian dan pemasaran.TSK diuruskan oleh anak syarikat, iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn.Bhd.(RSPSB).