Peningkatan Ekonomi Pekebun Kecil
Program ini diwujudkan untuk membantu menyediakan kemudahan kewangan berbentuk pinjaman mudah kepada pekebun kecil individu, koperasi-koperasi pekebun kecil dan syarikat-syarikat yang akan mendatangkan manfaat kepada pekebun kecil bagi melaksanakan kegiatan ekonomi sampingan terpilih untuk membantu mereka menambahkan pendapatan.
Dua jenis aktiviti ekonomi yang telah dikenal pasti setakat ini ialah:
Peningkatan Hasil Ladang
Program ini diwujudkan untuk membantu menyediakan pinjaman mudah bagi membolehkan pembelian teknologi baru dalam bidang pertanian yang boleh menyokong meningkatkan produktiviti kebun kecil. Teknologi yang dimaksudkan ialah seperti benih berhasil tinggi, baja dan alat-alat teknologi untuk meningkatkan hasil.
Pembangunan Rakyat Termiskin
Program ini diwujudkan untuk memberi pinjaman mudah kepada golongan rakyat termiskin untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang boleh membantu mereka menambah pendapatan. Kegiatan ekonomi ini akan dijalankan secara berkelompok.
Pembangunan Usahawan
Program ini diwujudkan untuk memberi pinjaman mudah kepada pekebun kecil bagi memperkukuhkan kualiti dan prestasi usahawan melalui aktiviti perniagaan dalam pelbagai bidang.
Sumber Pembiayaan Program Peningkatan Ekonomi
Sektor-Sektor Pelaksanaan Projek Ekonomi Tambahan