RISDA menerima peruntukan daripada Bantuan Langsung Kerajaan untuk membiayai Program Tanam Semula dan juga program untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta pemindahan teknologi. Dari setahun ke setahun, kutipan Wang Ses semakin berkurangan menyebabkan Dana Wang Ses Pekebun Kecil tidak dapat menampung keperluan program Tanam Semula dan lain-lain program yang berkaitan.