- Pembangunan Usahawan
- AET
- Pembangunan Produk
- Premis Dan Pemasaran
- Pameran Dan Promosi
- TPSEPK
- Jaringan Strategik
Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi. Bagi merealisasikan hasrat ini, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil. Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.
Dalam usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program AET ini, transformasi baru dibuat dan fokus program diberi tumpuan kepada 4 bidang utama iaitu Perkhidmatan, Makanan, Pembuatan dan Pertanian. Transformasi ini diharap dapat memperbaiki kualiti hidup pekebun kecil disamping membantu pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan keluarga.KELAYAKAN PEMOHON
1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
2. Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
3. Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa
4. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
5. Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).
KADAR BANTUAN
1. Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan bagi semua bidang adalah RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil.
2. Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000
TATACARA PERMOHONAN
Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan seperti di Lampiran 1. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan seperti di Lampiran 2.
Borang-borang berkaitan AET1. Borang Permohonan Bantuan AET 2. Borang Setuju Terima Program AET 3. Surat Akuan AET 4. Surat Status Permohonan AET 5. Format Kertas Kerja Projek AET
Kelab Usahawan RISDA (RISEC)
TujuanKelab Usahawan RISDA atau RISDA Entrepreuners Club (RISEC) ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negeri dan mewujudkan satu pelan pelaksanaan pembangunan usahawan pekebun kecil yang lebih terancang, sistematik dan terselaras.
MatlamatMelahirkan 10,000 orang usahawan pekebun kecil yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan menjelang 2015 akan menjadi ahli gabungan kepada GABEM.
Objektif1. Membina rangkaian dan kerjasama erat di antara semua usahawan RISDA.
2. Menjalin hubungan yang lebih erat antara usahawan dengan RISDA.
3. Melaksana bimbingan yang terancang dan terselaras
4. Melibatkan diri dalam program anjuran pihak kerajaan, NGOs dan swasta.
5. Menyuntik minat pekebun kecil lain menjadi usahawan.
6. Memupuk sikap "mabuk kerja" di kalangan usahawan supaya sentiasa mengejar kejayaan.
7. Menjadi usahawan luar biasa yang berkeyakinan tinggi.Definisi Usahawan RISDA"Pekebun kecil yang memiliki/mengusahakan sesebuah perniagaan/perusahaan yang beroperasi secara bersendirian atau berstatus majikan dan sanggup menanggung risiko" dan ia perlu selaras dengan Akta RISDA 2009."
Kategori Usahawan
Usahawan dibahagikan kepada empat kategori iaitu usahawan kadet, usahawan mikro, usahawan kecil dan usahawan sederhana.Kategori Usahawan Jumlah Jualan Tahunan (RM) Bilangan Pekerja Sepenuh Masa (Orang) Kadet < 14,400 < 3 Mikro 14,400 - 200,000 3 - 4 Kecil 200,000 - 1 juta 5 - 19 Sederhana 1 juta - 5 juta 20-50 Aktiviti-Aktiviti Keusahawanan Seseorang pekebun kecil boleh diiktiraf sebagai usahawan pekebun kecil apabila terlibat dengan aktiviti-aktiviti berikut :-
Aktiviti Pembangunan Produk dan Perkhidmatan
Aktiviti Peningkatan Kualiti Produk
Aktiviti Pengurusan Ladang (Getah,Sawit)
Aktiviti Pemasaran dan Promosi
Aktiviti Homestay/TASKA
Aktiviti Pengurusan Tapak semaian
Lain-lain aktiviti yang berkaitan industri getah dan sawit di bawah RISDABidang Perusahaan Bidang Perusahaan Antara Bidang Perusahaan :-
Getah
Sawit
Ternakan
Tanaman
Makanan Ringan
Makanan Sejuk Beku
Roti & Kek
Kraf Daun Getah
Kraftangan
PerkhidmatanProgram Yang Boleh Diatur Oleh Kelab Usahawan RISDA Antara program yang diatur :-
Program Pembudayaan Keusahawanan
Program Tambah Nilai Produk
Program Pemasaran dan Promosi
Program Integrasi UsahawanJaringan Kerjasama Jaringan Kerjasama:-
GABEM
SIRIM
DUID
MARDI
SME'S BANK
MATRADE
SMIDEC
LAIN-LAINKriteria KeahlianBagi memastikan kelancaran pemilihan dan penerimaan setiap usahawan sebagai ahli Kelab Usahawan RISDA, beberapa kriteria perlu dipenuhi bagi memudahkan semua pihak membuat pemilihan yang betul iaitu;Warganegara Malaysia
Pekebun Kecil dan individu yang selaras dengan Akta baru RISDA
Usahawan yang sekurang-kurangnya bertaraf mikro dan ke atas. Semua pusat tanggungjawab perlu membuat pemantapan bagi Kadet usahawan yang telah naik taraf bagi membolehkan diterima menjadi ahli kelab.
Mengemukakan permohonan
Permohonan disahkan oleh PRN/PRD/PRJ/PRB
Permohonan keahlian daripada anak syarikat perlu dimajukan kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan untuk dipanjangkan kepada PRN/PRD/PRJ/PRB yang berhampiran untuk pertimbangan menjadi ahli kelab negeri.
Mendapatkan kad keahlian yang akan dikeluarkan oleh RISEC Negeri yang mana sah laku dalam tempoh setahun.Permohonan menjadi ahli Kelab Usahawan RISDABorang permohonan (BPU/PKN A Pin.2) disediakan bagi memudahkan pendaftaran usahawan sebagai ahli kelab. Setiap permohonan perlu diisi dengan lengkap dan disahkan dan diluluskan sebagai ahli kelab oleh Pengarah RISDA Negeri.
Salinan kelulusan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan Usahawan untuk dimasukkan ke dalam direktori Usahawan.Kad Keahlian Kelab Usahawan RISDASekeping Kad Pengenalan sebagai ahli kelab usahawan RISDA perlu dikeluarkan oleh Kelab Usahawan Negeri kepada setiap permohonan yang telah diluluskan.
Pembatalan sebagai ahli kelabKeahlian akan digugurkan apabila projek ahli disahkan gagal, tidak lagi menjadi usahawan dan terlibat dengan jenayah. Ahli perlu mengembalikan kad keahlian jika belum tamat tempoh.
Faedah Kepada AhliLawatan Industri di dalam atau luar negara.
Peluang menghadiri seminar, kursus atau latihan teknikal terpilih.
Menjadi mentor atau penceramah dalam kursus keusahawanan,
Menerima bantuan dan pinjaman modal pengurusan dan teknikal.
Mendapatkan networking dan sinergi antara pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit.
Mendapat hebahan dalam media RISDA seperti Suara RISDA, Success Story atau laman Web RISDA.Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Bahagian Pembangunan UsahawanIbu Pejabat RISDA,Bangunan RISDA,Km 7, Jalan Ampang,Karung Berkunci 11067,50990 Kuala Lumpur.Tel: 03-4256 4022Fax: 03-4256 7944E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. usahawan[at]risda[dot]gov[dot]my