Tujuan

Kelab Usahawan RISDA atau RISDA Entrepreuners Club (RISEC) ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negeri dan mewujudkan satu pelan pelaksanaan pembangunan usahawan pekebun kecil yang lebih terancang, sistematik dan terselaras.

Matlamat

Melahirkan 10,000 orang usahawan pekebun kecil yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan menjelang 2015 akan menjadi ahli gabungan kepada GABEM.

Objektif

Membina rangkaian dan kerjasama erat di antara semua usahawan RISDA.
Menjalin hubungan yang lebih erat antara usahawan dengan RISDA.
Melaksana bimbingan yang terancang dan terselaras
Melibatkan diri dalam program anjuran pihak kerajaan, NGOs dan swasta.
Menyuntik minat pekebun kecil lain menjadi usahawan.
Memupuk sikap "mabuk kerja" di kalangan usahawan supaya sentiasa mengejar kejayaan.
Menjadi usahawan luar biasa yang berkeyakinan tinggi.

Definisi Usahawan RISDA

"Pekebun kecil yang memiliki/mengusahakan sesebuah perniagaan/perusahaan yang beroperasi secara bersendirian atau berstatus majikan dan sanggup menanggung risiko" dan ia perlu selaras dengan Akta RISDA 2009.

Kategori Usahawan

Usahawan dibahagikan kepada empat kategori iaitu usahawan kadet, usahawan mikro, usahawan kecil dan usahawan sederhana.

 

Kategori

Usahawan

Jumlah Jualan

Tahunan

(RM)

Bilangan Pekerja Sepenuh

Masa (Orang)

Kadet <14, 000 <3
Mikro 14,400 - 200,000 3-4
Kecil 200,000 - 1 juta 5-19
Sederhana 1 juta - 5 juta 20-50

Aktiviti-Aktiviti Keusahawanan

Seseorang pekebun kecil boleh diiktiraf sebagai usahawan pekebun kecil apabila terlibat dengan aktiviti-aktiviti berikut :-

  • Aktiviti Pembangunan Produk dan Perkhidmatan
  • Aktiviti Peningkatan Kualiti Produk
  • Aktiviti Pengurusan Ladang (Getah,Sawit)
  • Aktiviti Pemasaran dan Promosi
  • Aktiviti Homestay/TASKA
  • Aktiviti Pengurusan Tapak semaian
  • Lain-lain aktiviti yang berkaitan industri getah dan sawit di bawah RISDA

Bidang Perusahaan

  • Getah
  • Sawit
  • Ternakan
  • Tanaman
  • Makanan Ringan
  • Makanan Sejuk Beku
  • Roti & Kek
  • Kraf Daun Getah
  • Kraftangan
  • Perkhidmatan

Program Yang Boleh Diatur Oleh Kelab Usahawan RISDA

  • Program Pembudayaan Keusahawanan
  • Program Tambah Nilai Produk
  • Program Pemasaran dan Promosi
  • Program Integrasi Usahawan

Jaringan Kerjasama

  • GABEM
  • SIRIM
  • DUID
  • MARDI
  • SME'S BANK
  • MATRADE
  • SMIDEC
  • LAIN-LAIN

Kriteria Keahlian

Bagi memastikan kelancaran pemilihan dan penerimaan setiap usahawan sebagai ahli Kelab Usahawan RISDA, beberapa kriteria perlu dipenuhi bagi memudahkan semua pihak membuat pemilihan yang betul iaitu;

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil dan individu yang selaras dengan Akta baru RISDA
  • Usahawan yang sekurang-kurangnya bertaraf mikro dan ke atas. Semua pusat tanggungjawab perlu membuat pemantapan bagi Kadet usahawan yang telah naik taraf bagi membolehkan diterima menjadi ahli kelab.
  • Mengemukakan permohonan
  • Permohonan disahkan oleh PRN/PRD/PRJ/PRB
  • Permohonan keahlian daripada anak syarikat perlu dimajukan kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan untuk dipanjangkan kepada PRN/PRD/PRJ/PRB yang berhampiran untuk pertimbangan menjadi ahli kelab negeri.
  • Mendapatkan kad keahlian yang akan dikeluarkan oleh RISEC Negeri yang mana sah laku dalam tempoh setahun

Permohonan menjadi ahli Kelab Usahawan RISDA

  • Borang permohonan (BPU/PKN A Pin.2) disediakan bagi memudahkan pendaftaran usahawan sebagai ahli kelab. Setiap permohonan perlu diisi dengan lengkap dan disahkan dan diluluskan sebagai ahli kelab oleh Pengarah RISDA Negeri.
  • Salinan kelulusan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan Usahawan untuk dimasukkan ke dalam direktori Usahawan.

Kad Keahlian Kelab Usahawan RISDA

Sekeping Kad Pengenalan sebagai ahli kelab usahawan RISDA perlu dikeluarkan oleh Kelab Usahawan Negeri kepada setiap permohonan yang telah diluluskan.

Pembatalan sebagai ahli kelab

Keahlian akan digugurkan apabila projek ahli disahkan gagal, tidak lagi menjadi usahawan dan terlibat dengan jenayah. Ahli perlu mengembalikan kad keahlian jika belum tamat tempoh.

Faedah Kepada Ahli

  • Lawatan Industri di dalam atau luar negara.
  • Peluang menghadiri seminar, kursus atau latihan teknikal terpilih.
  • Menjadi mentor atau penceramah dalam kursus keusahawanan,
  • Menerima bantuan dan pinjaman modal pengurusan dan teknikal.
  • Mendapatkan networking dan sinergi antara pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit.
  • Mendapat hebahan dalam media RISDA seperti Suara RISDA, Success Story atau laman Web RISDA.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Pembangunan Usahawan

Ibu Pejabat RISDA,
Bangunan RISDA,
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4256 4022
Fax: 03-4256 7944
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube