fb   twitter   youtube   ig   soalan lazim2    hubungi kami2    aduan2   petalaman3


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Terengganu

     
     
     
     
    Bismillahirrrahmaanirrahim

    Assalamualaikum w.b.t.

    Segala pujian bagi Allah S.W.T Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah melangkah ke tahun 2009 dan seterusnya dapat meneruskan agenda RISDA ke arah memajukan sektor pekebun kecil.

    Tema Pembangunan Pekebun Kecil Negeri Terengganu bagi tahun 2009 adalah "Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi Untuk Memperkasakan Pekebun Kecil ". Pendekatan ini merupakan kesinambungan kepada usaha mengukuhkan pekebun kecil hasil melalui peningkatan kebun yang menjadi penjana kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil.

    Terdapat beberapa cabaran yang akan dilalui pada tahun 2009 hasil daripada analisis yang dilakukan pada tahun sebelum ini. Di antara cabaran tersebut adalah krisis ekonomi global yang berlaku di seluruh dunia yang mana tempiasnya telah sampai kepada sektor pekebun kecil kesannya adalah kejatuhan harga getah dan peningkatan kos pengeluaran. Bagi program RISDA pula cabaran yang besar adalah dalam mengatasi kejadian kebun tertahan bantuan, pencapaian matlamat tanam semula semasa dan pecapaian dalam ukurlilit. Kaedah pengembangan yang lebih berkesan perlu dilakukan untuk mengatasi cabaran ini dengan penambahbaikan kaedah yang sedia ada.

    Pada tahun 2009 sebanyak RM 37,600,440.00 telah diagihkan kepada RISDA Terengganu iaitu RM 12, 931,213.00 merupakan peruntukan men-gurus dan RM 24,669,227.00 adalah peruntukan pembangunan. Sebanyak RM 4,096,300.00 telah diperuntukan untuk program TSGGI semasa dengan peruntukan fizikal sebanyak 1795 hektar manakala bagi program TSGL Semasa pula RM 1, 491,864.00 dengan peruntukan fizikal sebanyak 682 hektar telah diperuntukan untuk Negeri Terengganu.

    Tumpuan akan diberikan kepada beberapa perkara dalam menghadapi cabaran pada tahun 2009. Diantaranya ialah penggunaan maklumat data untuk perancangan program RISDA iaitu melalu data SMPK dan SMB serta meluaskan penggunaan ICT untuk menjana data. Pemantapan projek berkumpulan juga akan diberi tumpuan dimana ianya akan memberi impak kepada produktiviti kebun dan pekebun ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya memantapkan program pengembangan dan pemindahan teknologi dan akhirnya dapat membentuk usahawan pekebun kecil yang akan menghasilkan produk yang bermutu dan mempunyai nilai tambah. Galakan akan diberikan kepada kepada generasi kedua dalam menyertai program RISDA kerana mereka akan menjadi penyambung warisan kepada generasi yang ada sekarang ini.

    Diharapkan semua kakitangan RISDA Terengganu dapat memberi komitmen bersatu padu menjalankan tugas yang diamanahkan . Komitmen dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak akan menjamin kejayaan sesebuah organisasi. Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Y.B Dato' Ketua Pengarah RISDA dan pihak pengurusan Ibu Pejabat yang sentiasa bekerjasama di dalam membangunkan pekebun kecil di negeri ini.


    ZULKIFLEE BIN SALLEH
    Pengarah RISDA Negeri Terengganu
  • Profil Pejabat RISDA Negeri Terengganu

    Fungsi
     Teman Pembimbing Ke Arah Kesejahteraan Pekebun.

    Visi
     Memperkasakan Pekebun Kecil Melalui Program Pengembangan & Pemindahan Teknologi serta Pembentukan Usahawan.

    Misi
     Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil.

    Moto
     Muafakat Teras Kecemerlangan.
  • Strategi

     Maklumat dan Data Untuk Perancangan Program
     Pemantapan Projek Berkumpulan
     Produktiviti Kebun dan Pekebun
     Aktiviti Pengembangan dan TOT
     Pembentukan Usahawan
  • Lokasi

    Lokasi Terengganu

    Pejabat RISDA Negeri Terengganu
    Jalan Sultan Ismail,
    20700 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman
    No. Tel: 09-6222 117/766/772
    No. Faks: 09-6226408
    E-mel: ristrgn[@]risda[dot]gov[dot]my

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue