- Perutusan Pengarah
- Profil
- Strategi
- Lokasi
- Perutusan Pengarah RISDA Negeri Selangor
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, RISDA Negeri Selangor berjaya mengorak langkah setapak lagi maju kehadapan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sejajar dengan tema"SELANGOR MAJU" laman web rasmi RISDA Negeri Selangor ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan agar masyarakat celik IT dan menjadi masyarakat yang sentiasa berinformasi.
Laman web ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua pengguna untuk mengetahui maklumat-maklumat yang terkini berkaitan RISDA Negeri Selangor yang meliputi pelbagai aspek samada dari sudut sejarah, latar belakang, fungsi atau objektif penubuhannya. Ia merangkumi pelaksanaan dan pencapaian aktiviti pembangunan berlandaskan Model Bisnes Strategik RISDA (MBSR).
Namun begitu, memandangkan laman web ini masih diperingkat awal, RISDA Selangor mengambil inisiatif untuk mengemaskini dan mempertingkatkan informasi-informasi yang terkandung dalam laman web ini dari semasa ke semasa agar dapat memenuhi kehendak semua pengguna. Justeru itu dengan adanya teknologi moden ini RISDA Selangor akan lebih maju dan melaksanakan program pembangunan masyarakat pekebun kecil dengan lebih licin dan berkesan. Disamping itu juga dapat mempercepatkan lagi pencapaian misi, visi dan objektif RISDA.
Akhirkata, semoga dengan adanya laman web ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada semua yang berkaitan khususnya masyarakat pekebun kecil.
SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB RASMI RISDA NEGERI SELANGOR
NORLIZA BINTI ABDUL SHUKOR
Pengarah RISDA Negeri Selangor. - Profil Pejabat RISDA Negeri SelangorVisiSelangor Maju, Pekebun Kecil Sejahtera.MisiMentadbir Dan Mengurus Melalui Perkhidmatan Yang Mesra, Mudah, Cepat Dan Telus Selaras Dengan Tuntutan Pelanggan.ObjektifMerealisasikan Amanat Pengurusan Ke Arah Mencapai Sasaran Pekebun Kecil Progresif Dan Sejahtera.MotoKejujuran Dan Ketekunan.
- StrategiFalsafah dan strategi baru berteraskan kepada 7 inisiatif:Pembangunan Individu CemerlangPembangunan Keluarga SejahteraPembangunan Masyarakat Beridentiti Dan Berdaya TahanPenyediaan Infrastruktur BerkuaptiPembangunan Ekonomi MampanPenyediaan Sistem Penyampaian BerkesanPengwujudan Rangka Institusi Kerja Responsif
Lokasi
Pejabat RISDA Negeri SelangorNo. 2 Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 9/6,Seksyen 9, 40100 Shah AlamSelangor Darul EhsanNo. Tel: 03-55183 900/901/902/903E-mel: rissgor[@]risda[dot]gov[dot]my