fb   twitter   youtube   ig   soalan lazim2    hubungi kami2    aduan2   petalaman3


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Sabah
     
    KELANTAN 168x240 

    Salam sejahtera dari RISDA Negeri Sabah, negeri di bawah bayu.

    Kehadiran RISDA ke Sabah sangat di nantikan oleh pekebun kecil getah disini,.. Kira kira 48,000 hektar kebun getah individu akan terlibat secara langsung dalam 14 program yang di rancangkan.

    Kami menerima maklumbalas yang positif dari pekebun kecil dan pemimpin tempatan termasuk koperasi dalam ‘roadshow' pendaftaran kebun untuk tanam semula yang telah di jalankan. Perancangan jangka pendik dan panjang akan di atur bagi memenuhi permintaan ini termasuk meningkatkan bilangan pegawai dan kakitangan di semua PT di Sabah.

    Akhirnya pengurusan RISDA Sabah berharap sokongan padu dari segi moral, material, tenaga dan doa dari semua warga RISDA untuk kami di sini.

    Sekian, terima kasih.


    SHAZWAN MAZLY BIN MAZLAN
    Pengarah RISDA Negeri Sabah
  • Profil Pejabat RISDA Negeri Sabah

    Sedang dikemaskini.
  • Strategi

    14 Program Pembangunan di Negeri Sabah
     
     Program Pembangunan Tanah dan Tanam Semula
     Pelaksanaan aktiviti TS ke atas lot-lot kebun individu yang diuruskan oleh peserta sendiri dengan bimbingan dan khidmat nasihat daripada RISDA.
     
     Program mempelbagai Sumber Pendapatan
     Pelaksanaan program Aktiviti ekonomi Tambahan seperti Industri Desa, Ternakan dan tanaman kontan untuk menambahkan pendapatan PK secara on-farm dan off-farm.

     Program Penempatan Produktiviti
     Membantu PK mencapai produktiviti ke tahap potensi seterusnya meningkatkan pendapatan melalui bantuan input, alat ransangan dan pendedahan kepada sistem ekploitasi terkini.
     
     Program Latihan Sawit Pekebun Kecil
     Negeri Sabah telah dikenalpasti sebagai Pusat Latihan tanaman sawit bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kebun sawit melalui kursus formal secara teori dan amali.

     Program Pembangunan Institusi Pekebun Kecil
     RISDA akan membangunkan institusi KPK dan PWPK melalui pengemblengan modal, tenaga dan sumber di kalangan PK.

     Pembangunan Ahli Isi Rumah
     Ahli Isi Rumah akan diupayakan melalui program Tuisyen Desa, PLKK, PKP dan Biasiswa RISDA.

     Program Pengeluaran dan Bekalan Benih Sawit
     Tapak semaian akan dibangunkan untuk bekalan anak benih sawit bermutu tinggi termasuk anak benih sawit tisu kultur.

     Program Pembangunan Usahawan
     Melaksanakan program pembangunan usahawan di kalangan PK melalui bantuan modal secara pinjaman, latihan dan bimbingan.

     Program Pembangunan Pemimpin di Kalangan Pekebun Kecil
     Melantik PMR RISDA di kalangan PK yang berperanan sebagai penghubung antara PK dengan agensi lain dalam menggalakkan penglibatan PK dalam program pembangunan.

     Khidmat Makmal Sains Tanah
     Makmal Sains Tanah akan dibina untuk perkhidmatan analisis tanah, foliar bagi tujuan pengesyoran baja dan penentuan spesifikasi serta kualiti baja.

     Program Pengajian Akademik dan Kemahiran
     Menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak PK dan masyarakat luar bandar mengikuti pendidikan peringkat sijil dan diploma.

     Program Perkhidmatan Sokongan Komersil
     Kepakaran AS RISDA akan digunakan dalam memberi perkhidmatan kepada PK dalam bidang pengangkutan, agen pengurusan ladang, kawalan keselamatan dan bekalan tenaga kerja asing.

     Agropolitan
     Pengalaman RISDA di Agropolitan Gahai akan dijadikan kayu pengukur untuk Program Pembangunan Masyarakat Setempat.

     Prasarana Asas
     Jalan Pertanian, Parit, Pembentung, Jambatan.
     
  • Carta

     

    carta sabah

  • Lokasi
    Lokasi Sabah new
     
    Pejabat RISDA Negeri Sabah
    Lot 59 - 61, Blok J,
    Lorong Plaza Utama 4B
    Plaza Utama Alamesra
    88450, Kota Kinabalu,
    SABAH
    Tel: 088-485534/35/36
    Faks: 088-485537
    E-mel: prnsabah[@]risda[dot]gov[dot]my

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue