fb   twitter   youtube   ig   soalan lazim2    hubungi kami2    aduan2   petalaman3


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Perlis
     
    AFZAMI PRN PERLIS 
     

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

    Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinNya, warga kerja RISDA Negeri Perlis dapat bersama-sama dengan Pengurusan Tertinggi RISDA dalam memacu kemajuan dan kemakmuran masyarakat pekebun kecil.

    Sesungguhnya tanggungjawab besar seluruh warga kerja RISDA Negeri Perlis untuk memastikan objektif seramai 3,597 orang pekebun kecil di negeri Perlis memperoleh purata pendapatan kolektif RM4,500.00 sebulan sekeluarga pada akhir tahun 2025 perlu digalas bersama-sama dengan penuh komitmen dan konsisten. Tanggungjawab  ini hanya boleh dilaksanakan dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada masyarakat pekebun kecil yang dikasihi untuk berjuang bersama RISDA.

    InshaAllah, semoga kita seluruh warga kerja RISDA dan masyarakat pekebun kecil memahami dan menghayati tema "RISDA Prihatin, Pekebun Kecil Makmur" dengan sebaik mungkin dalam melaksanakan perjuangan yang mulia ini.



    ISMAIL BIN JAAFAR
    Pengarah RISDA Negeri Perlis
     
  • Profil Pejabat RISDA Negeri Perlis

     Pejabat RISDA Negeri Perlis telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada hari Khamis 4hb Safar 1401 bersamaan 11 Disember 1980.
  •  Strategi
     

    • Memastikan 80% kebun tanam semula getah (bantuan akhir) boleh ditoreh iaitu mencapai ukurlilit 45 cm.
    • Meningkatkan hasil pengeluaran kebun getah di negeri Perlis untuk mencapai  1,600 kg/hek/tahun dengan memastikan pengamalan Amalan Pertanian Baik (GAP).
    • Memastikan harga komoditi ladang sekurang-kurangnya 81.5% daripada harga Standard Malaysian Rubber (SMR 20) f.o.b dengan melaksanakan pemasaran getah secara berkelompok atau pengeluaran lateks.
    • Seramai 1,000 orang pekebun kecil diberi pendedahan dan bimbingan GAP setiap tahun.
    • Memperkasa Usahawan-usahawan Bimbingan RISDA Negeri Perlis dengan ilmu keusahawanan dan perniagaan, ilmu perakaunan, kaedah pemasaran yang berkesan (pemasaran atas talian).
    • Memantau dan memastikan pekebun kecil memperoleh purata pendapatan RM4,500.00 sebulan sekeluarga melalui RM1,500.00 (hasil kebun getah), RM2,500.00 (aktiviti keusahawanan) dan RM500.00 (sumber lain/baharu).
  • Lokasi

    Lokasi perlis

    Pejabat RISDA Negeri Perlis
    64-G, Jalan Raja Syed Alwi,
    01990 Kangar, Perlis
    No. Tel: 04-9762544
    No. Faks: 04-9767171
    E-mel: risprls[@]risda[dot]gov[dot]my

     

     

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue