fb   twitter   youtube   ig   soalan lazim2    hubungi kami2    aduan2   petalaman3


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang
     
    HAIRUL NIZAM

    Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Illahi di dalam cabaran getir mengharungi Pandemik Covid 19 yang melanda negara, RISDA Negeri Pulau Pinang masih lagi bersemangat menggembleng tenaga memastikan kesejahteraan Pekebun Kecil Getah RISDA dapat dicapai melalui segala bentuk kemudahan dan bantuan termasuklah Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) di bawah Program Pekebun Kecil Makmur yang memanfaatkan  Pekebun Kecil sebagai penerima di seluruh negeri.

    Justeru itu juga, RISDA Negeri Pulau Pinang terus komited menggalas amanat yang bertemakan RISDA Prihatin, Pekebun Kecil Makmur.  Bertepatan tema dan matlamat Pengurusan Tertinggi RISDA yang telah menggariskan beberapa Aspirasi Utama Tahun 2021 termasuklah menangani isu Pekebun Kecil Dengan Pendekatan Baru di mana enam isu utama yang memerlukan perhatian termasuklah Produktiviti Rendah, Kawasan Getah Berkurangan, Pemilikan Tanah Mengecil, Pekerjaan Penoreh Bukan Pilihan serta Harga Getah Tidak Stabil seterusnya memperkasa Minda Pekebun Kecil di seluruh Negeri Pulau Pinang terutamanya.

    Bagi memastikan matlamat keseluruhan RISDA di dalam memakmur dan mensejahterakan Pekebun Kecil, jalinan akrab RISDA Negeri Pulau Pinang bersama Kerajaan Negeri untuk menjadi sebuah negeri berkeusahawanan dan berkebajikan menerusi pelbagai usaha meningkatkan sektor ekonomi serta perdagangan tanpa meminggirkan mana-mana kaum terutamanya sektor Pekebun Kecil Getah di dalam konteks RISDA itu sendiri seterusnya mendokong Visi Penang2030 yang bertemakan ‘Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara’, yang kini menjadi fokus Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Akhir kalam, semoga jaringan ICT menjadi wadah komunikasi serta mengukuhkan lagi sistem penyampaian maklumat kepada Pekebun Kecil RISDA Negeri Pulau Pinang dengan lebih efektif. 

    Selamat melayari Portal RISDA Negeri Pulau Pinang.

    Sekian, terima kasih.



    HAIRUL NIZAM BIN ABDUL JALIL
    Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang

  • Profil Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang

    Penubuhan

    Pada tahun 1953, sewaktu RISDA masih dikenali sebagai RIDA dahulu, RISDA Negeri Pulau Pinang masih belum wujud dengan pentadbiran dibawah negeri sendiri namun ditadbir dibawah naungan Pejabat RISDA Negeri Kedah sebagai Pejabat Daerah walaupun lokasi pejabatnya bertempat di Butterworth, Pulau Pinang. Kawasan Tanam Semula dibawah Pusat Tanggungjawab (PT) Pulau Pinang ketika itu adalah meliputi lima (5) kawasan iaitu Bandar Baru/Serdang, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Balik Pulau/Barat Daya/Timur.

    Pada tahun 1973, RISDA atau pun singkatan bagi Rubber Industry Smallholder Development Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) ditubuhkan secara rasmi oleh Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia ke-2. Sewaktu dengan itu, Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan dan pentadbirannya adalah dibawah negeri sendiri dan bukan lagi dibawah naungan Pejabat RISDA Negeri Kedah. Kawasan Tanam Semula dibawah Pusat Tanggungjawab Pulau Pinang ketika itu adalah meliputi daerah dalam negeri Pulau Pinang sahaja iaitu Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Balik Pulau/Barat Daya/Timur Laut.

    Namun pada tahun 1998, Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang tersebut ditutup dan kemudian ditukar menjadi Stesen dibawah Pusat RISDA Daerah Kulim, Kedah, sekali lagi dibawah naungan pentadbiran Kedah. Lokasi Stesen tersebut masih bertempat di Butterworth, Pulau Pinang. Kakitangan ketika itu adalah sekitar seramai 20 orang. Pada tanggal 1 Januari 2004, tarikh bersejarah yang mencatatkan pembukaan semula Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang di lokasi yang sama dan kakitangan ketika itu adalah sekitar seramai 30 orang. Tn. Hj. Adnan Bin Ahmad dipertanggungjawabkan memegang jawatan selaku Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang sejurus pembukaan semula, kemudian telah ditukarkan ke Unit Bahagian Perancangan di Ibu Pejabat RISDA, K.L pada Oktober 2005.

    Jawatan Pengarah RISDA Negeri (PRN) tersebut telah digantikan oleh En. Awiskarni Bin Zulkarnaini yang telah dinaikkan pangkat dari seorang Pegawai RISDA Daerah (PRD) Larut Matang, Perak. Kini, kakitangan yang bertugas telah meningkat kepada seramai 44 orang dan telah mempunyai dua stesen di Seberang Perai Utara (S.P.U) yang bertempat di bangunan Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang sendiri dan Seberang Perai Selatan (S.P.S) di daerah Jawi.

    Moto

    Moto bagi RISDA Pulau Pinang adalah 3B iaitu :-

     "BERILMU, BERAMAL DAN BERJAYA."
  • Strategi

    Bagi mencapai matlamat tanam semula dan ingin membangunkan masyarakat pekebun kecil, RISDA Pulau Pinang telah merancang strategi seperti berikut :-

     Mengenalpasti pekebun kecil yang ingin menanam semula getah atau sawit melalui Sistem Maklumat Pekebun Kecil (SMPK).

     Pekebun kecil yang mempunyai getah tua yang berumur 20 tahun ke atas akan dikenalpasti oleh pengawai luar RISDA dan dan akan berjumpa untuk memberi maklumat, penerangan dan memdapatkan komitmen pekebun kecil bagi memdapatkan pemohonan tanam semula getah. Begitu juga pekebun kecil sawit yang berumur 20 tahun ke atas bagi menyertai tanam semula.

     Kerja – kerja pengembangan iaitu degan memberi pengetahuan dan memindahkan teknologi – teknologi daripada agensi penyelidikan terus kepada pekebun kecil melalui perjumpaan seperti kaedah tunjuk ajar, lawatan , penerangan dan sebagainya. Agar pekebun kecil mendapat terus maklumat dan boleh diguna pakai iaitu seperti kaedah memendekan keremajaan pokok sawit 2 ½ manakala getah 4 ½ dan teknologi Vitex bagi memberi rangsangan pada pokok. Pekebun kecil juga dapat dikenalpasti melalui Sistem Maklumat Bersepadu (SMB).

     Pekebun kecil yang dikenalpasti akan diberi tunjuk ajar, penerangan, teknik pembajaan dan kawalan penyakit dengan mengesan melalui fail tanam semula, di mana pekebun kecil tersebut telah habis bantuan.

     Bagi menghadapi masalah dan kemelosotan ekonomi secara global, pekebun kecil digalakkan untuk manjalankan aktiviti ekonomi tambahan seperti tanaman kontan, perternakan serta industri desa bagi menampung ekonomi seisi rumah pekebun kecil.

     Ahli keluarga pekebun kecil juga akan diberi galakkan untuk menyertai projek PWPK untuk menambahkan lagi pendapatan seisi rumah seperti menghadiri kelas masakan, jahitan dan kraftangan. Melalui program ini keluarga pekebun kecil dapat ditonjolkan pada masa kini.

     Anak – anak pekebun kecil yang dikenalpasti dan akan diberi latihan seperti Tuisyen Desa, Medan Info Desa (MID), dan teknologi maklumat (ICT).

     Pendedahan teknologi maklumat bukan saja diberikan kepada anak- anak malah didedahkan juga pada ahli keluarga dan saudara terdekat pekebun kecil.

     Maklumat terkini boleh di diperolehi daripada MPOB, Jabatan Pertanian Malaysia dan lain – lain agensi yang terlibat.
  • Lokasi

    Lokasi PulauPinang

    Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang
    532, Bagan Lebai Tahir,
    12990 Butterworth, Pulau Pinang.
    No. Tel: 04-323 5895
    No. Faks: 04-332 5231
    E-mel: rispng[@]risda[dot]gov[dot]my

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue