- Perutusan Pengarah
- Profil
- Strategi
- Lokasi
Perutusan Pengarah RISDA Negeri Sembilan
Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya, RISDA Negeri Sembilan dapat menyediakan laman web ini. Ianya merupakan usaha ke arah meningkatkan kecekapan dan keupayaan dalam penyampaian perkhidmatan RISDA kepada pekebun kecil. Teknologi Maklumat ICT merupakan medium penting dalam menyebarkan maklumat masa kini dan ia dapat memudahkan pelanggan berurusan dengan RISDA. Saya yakin laman web ini dapat memberi kebaikan dan manfaat khususnya informasi-informasi mengenai RISDA, program serta aktiviti yang RISDA jalankan demi meningkatkan taraf hidup masyarakat Pekebun kecil Negeri Sembilan.
Selamat melayari Laman Web Rasmi RISDA Negeri Sembilan.…
Kamarulazizi Bin Mat Zin
Pengarah RISDA Negeri Sembilan Darul Khusus- Profil Pejabat RISDA Negeri SembilanMaklumat Unik RISDA Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terdiri daripada 7 Daerah.
Reka bentuk bangunan RISDA Negeri yang berbentuk Minangkabau.
Projek–projek yang dilaksanakan contohnya Gula Anau, Sirat dan Apam Johol.
Pemilikan tanah banyak kepada tanah-tanah adat dan susah untuk dibangunkan/pemilikan ramai pada satu-satu geran tanah.
Loghat dan budaya pekebun kecil yang dipraktikkan berlainan.
Faktor Geografi terletak di tempat yang kurang taburan hujan dalam Malaysia (Jelebu).Objektif
Mempastikan perlaksanaan program-program yang dilulus dan diperuntukkan mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa tertakluk kepada pembekalan dalam Akta RISDA.
Mempastikan peningkatan taraf sosio ekonomi pekebun kecil dengan melaksanakan program tanam semula, pengestetan dan aktiviti yang berkaitan dengan kedua-dua program tersebut.
Mempastikan semua program pembangunan berjalan lancar, cekap dan mencapai tahap kecemerlangan mengikut kehendak piagam pelanggan.Visi
Menjadi agensi peneraju kemajuan pekebun kecil.
Misi
Melahirkan masyarakat pekebun kecil yang progresif, kreatif, berilmu, berkemahiran, berinisiatif dan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan/pendapatan.
Moto
Kesejahteraan Pekebun Kecil Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Carta Organisasi - StrategiMemfokuskan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil yang aktif iaitu pemipk/pengusaha yang bergantung hidup kepada kebun mipk mereka, mempunyai tenaga dan berminat mengubah kehidupan mereka.Menanam semula getah pekebun kecil dengan tanaman yang papng mengguntungkan.Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan.Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang mereka secara individu.Melaksanakan projek pembangunan ekonomi berasaskan kehendak pasaran.Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi melaksanakan projek ekonomi berskala besar yang boleh memberi manfaat kepada pekebun kecil dimana bersesuaian.Melaksanakan program pembangunan insan kearah melahirkan masyarakat pekebun kecil yang berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memipki etika kerja yang cemerlang.
Lokasi
Pejabat RISDA Negeri SembilanLot 999, Jalan Mufti Ahmad,Medan Rahang,70100 Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus.No. Tel: 06-7625 166/177/199 & 06-7636119Faks: 06-7634666E-mel: risns[@]risda[dot]gov[dot]my