- Perutusan Pengarah
- Profil
- Strategi
- Lokasi
- Perutusan Pengarah RISDA Negeri Melaka
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan izin-Nya, RISDA Melaka kini mampu komited secara berterusan dalam menggembleng tenaga bagi membantu para pekebun kecil memperoleh purata pendapatan kolektif RM4,395 sebulan menjelang tahun 2025. Komitmen ini digiatkan berpandukan kepada Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025 yang menjadi titik fokus dengan mengambil kira dari aspek program atau projek berimpak tinggi, bersifat prihatin dan bersasar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Selaras dengan Melaka Key Result Area (MKRA), terdapatnya hubung kait di antara pelaksanaan objektif RISDA dan Kerajaan Negeri Melaka dalam mencapai kelestarian pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri Melaka.
Semoga dengan adanya penglibatan setiap anggota RISDA Melaka, setiap satunya memainkan peranan dan amanah yang tersendiri dalam memastikan kesinambungan usaha-usaha pembangunan masyarakat luar bandar dapat dicapai dan berjalan dengan lancar selaras dengan visi kerajaan negeri Melaka iaitu “Menuju Negeri Lestari 2035”. Semangat juang yang tinggi dan pengorbanan juga perlu diselitkan di setiap aspek pekerjaan kerana sesungguhnya hidup adalah perjalanan yang mengakibatkan keterpisahan demi kemanunggalan. Hikmah Tuhan menciptakan dunia supaya segala sesuatu yang ada dalam pengetahuan-Nya menjadi tersingkap.
Pihak RISDA sentiasa berharap agar dapat mewujudkan pekebun kecil yang dinamik dan berdaya maju seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030, Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia, Dasar Kebangsaan Industri 4.0, Prinsip Antarabangsa (Sustainable Development Goals) (SDG)” 2030 dan juga Melakaku Maju Jaya 2035.
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja,
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia
Tinggi sungguh Gunung Daik,
Mercunya nampak terang berkilau,
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.
Sekian.
“RISDA PRIHATIN, PEKEBUN KECIL MAKMUR”
MUHD KHAIRUDDAHRI BIN ABD RAHMANPengarah RISDA Negeri Melaka - Profil Pejabat RISDA Negeri MelakaLatar Belakang Organisasi
Akta Pertubuhan
Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 tahun 1972).
SejarahMenurut sejarah, pokok getah atau nama saintifiknya "Hevea Brasiliensis" adalah berasal dari Negara Brazil. Benih pokok di bawa masuk ke Malaya pada kurun ke-19 oleh H.N.Ridley iaitu Pengarah Botanikal Garden di Singapura. Bagi menjamin masa depan pekebun-pekebun kecil serta mengukuhkan lagi perusahaan getah di Negara ini, kerajaan telah menjalankan Rancangan Tanam Semula yang dilaksanakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula ( LPGTS ). Rancangan tersebut hanya menumpukan tugas mempelawa dan menggalakkan permohonan untuk mananam semula sahaja. Rancangan ke-2 dilaksanakan pada 1 Januari 1953 dan matlamatnya ialah untuk menanam semula 1/3 daripada jumlah keluasan getah kebun kecil di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 7 tahun ( 1953-1959 ). Dalam tempoh tersebut Negeri Melaka memperuntukkan 10490 hektar.Pada 1 Januari 1973 sambutan daripada pekebun-pekebun kecil amat menggalakkan. Oleh itu, RISDA ( Rubber Industry Smallholders Development Authority ), telah ditubuhkan untuk menggantikan LPGTS di bawah undang-undang Malaysia ( 85 ) 1972, Akta Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah. LPGTS Negeri Melaka telah memulakan sejarah pada awal 1953 dengan pejabatnya bertempat di tingkat atas bangunan Stadthuys, Melaka. Pada ketika itu pejabat LPGTS Melaka hanya mempunyai 9 orang kakitangan luar, 5 orang kerani dan seorang pemandu serta kelindan lori. Bilangan pekebun pula pada ketika itu berjumlah 19,954 orang dengan keluasan sebanyak 41,426 hektar. Pada 1957, pejabat LPGTS Melaka telah berpindah dan mendirikan pejabatnya sendiri memandangkan pertambahan kakitangan dan fungsinya. Walaubagaimanapun aktiviti untuk membangunkan sektor pekebun kecil kian meningkat. Dengan itu, LPTGS telah digantikan dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil ( RISDA ) pada tahun 1973 di mana ia bertanggungjawab terhadap semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Melalui RISDA usaha dijalankan untuk memodenkan sektor pekebun kecil dengan membuat penyelidikan dan pembaharuan dalam bidang penanaman semula, penggunaan dan pembekalan benih, pemprosesan dan pemasaran.
Maka pihak RISDA telah mengambil keputusan untuk membesarkan bangunan pejabat yang sedia ada kepada sebuah pejabat yang lebih besar dan selesa bagi menampung tugas-tugas dan kakitangan serta pekebun kecil di Melaka keseluruhannya. Setelah kerja pembinaan selesai, pejabat RISDA Negeri Melaka telah kembali beroperasi di bangunan Stadhyus pada 26 Disember 1979. Bangunan RISDA yang setinggi 6 tingkat yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta telah pun siap pada pertengahan tahun 1982 dan telah digunakan sepenuhnya pada 1 September 1982. Bagi majlis perasmian bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 Disember 1983. - StrategiPerancangan, pelaksanaan, pemantauan, penguatkuasaan dan kajian semula.Mengupaya anggota perkhidmatan awam dengan sikap yang betul, mahir dan stamina kerja.Menambah baik sistem penyampaian di bahagian hadapan.Memanfaatkan teknologi untuk khidmat berkuapti.Menggiatkan usaha dan tindakan membasmi kemiskinan.Memupuk perkongsian efektif dengan pihak berkepentingan.
Lokasi
Pejabat RISDA Negeri MelakaNo. 36, Jalan Tun Sri Lanang,75100 MelakaNo. Tel: 06-2834611 (5 talian)No. Faks: 06-2830003E-mel: rismlk[@]risda[dot]gov[dot]my