- Perutusan Pengarah
- Profil
- Strategi
- Lokasi
- Perutusan Pengarah RISDA Negeri KEDAH
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah izin-Nya RISDA Negeri Kedah Darul Aman melangkah maju kehadapan dengan terlancarnya Laman Web Risda Negeri Kedah Darul Aman. Pengwujudan laman web ini adalah sejajar dengan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat yang bermaklumat.
Laman web yang disediakan ini akan dimuatkan dengan maklumat yang jelas mengenai RISDA Negeri Kedah Darul Aman yang akan meliputi pelbagai aspek terutamanya dari sudut sejarah. Fungsi dan objektif penubuhan RISDA. Antara kandungannya termasuk strategi pembangunan masyarakat pekebun kecil RISDA yang dilaksanakan sejajar dengan dasar pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Maklumat mengenai RISDA Negeri Kedah Darul Aman akan dapat dilayari oleh masyarakat dan akan dapat memperolehi berbagai maklumat aktiviti pembangunan yang dilaksanakan berdasarkan model bisnes strategik RISDA untuk pembangunan masyarakat pekebun kecil.
Laman web ini akan dipertingkatkan pengisiannya dari masa ke semasa supaya pelanggan RISDA dan masyarakat amnya akan mendapat kepuasan daripada aktiviti dan khidmat yang diberikan oleh RISDA. Laman web ini juga diharapkan akan dapat mendekatkan RISDA dengan kumpulan sasar dan semua pelanggan. Dengan itu akan dapat melicinkan lagi pelaksanaan program pembangunan RISDA dan memantapkan lagi fungsi RISDA sebagai peneraju pembangunan masyarakat pekebun kecil.
Semoga kemudahan yang didapati hasil dari pelancaran laman web RISDA Negeri Kedah Darul Aman ini akan memberi manfaat kepada semua yang berkaitan khususnya masyarakat pekebun kecil.
Selamat melayari Laman Web Rasmi RISDA Negeri Kedah Darul Aman.
M. AZMI BIN MOHD (MOHID)
Pengarah RISDA Negeri Kedah Darul Aman - Profil Pejabat RISDA Negeri Kedah
FungsiRISDA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta 85 Tahun 1972 dengan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah(Penanamaan Semula)yang ditubuhkan di bawah seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah(Penanaman Semula)1952.
Mengurus dan mengendalikan Rancangan-Rancangan yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Merancang dan melaksanakan segala inovasi di dalam sektor pekebun kecil.
Misi“ Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif Dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan Dan Komersial”
Visi“ Sebagai Sebuah Agensi Yang Unggul Bagi Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progesif Dan Sejahtera”
Moto“ Cepat…Tepat…Menuju Keunggulan…" - StrategiMemfokuskan aktiviti pembangunan terhadap pekebun kecil aktif.Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan.Pekebun kecil progresif dibenarkan membangunkan ladang secara individu.Melaksanakan projek ekonomi berasakan pacuan pasaran.Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi membangunkan projek ekonomi berskala besar.Melaksanakan pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan.
- Lokasi
Pejabat RISDA Negeri KedahTingkat 5 & 6, Bangunan RISDA,Jalan Telok Wan Jah05990 Alor Setar,Kedah Darul AmanNo. Tel: 04-733 1511 / 04-7331520E-mel: riskdh[@]risda[dot]gov[dot]my