Latar Belakang
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-
- Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
- Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
"Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."
Abdullah bin Abdul Kadir, KMN
Pengerusi / Ketua Pengarah RISDA
Upacara Pelancaran Rasmi RISDA pada 8 Februari 1973
Sejarah
Objektif
Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025.
Fungsi
Melaksana dasar dan program pembangunan;
Menyelaras Skim yang diluluskan;
Melaksana pembaharuan penyelidikan;
Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;
Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan;
Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.
Misi dan Visi
Misi:
Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau
Visi:
Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil
Dasar Kualiti
DASAR KUALITI
Mewujudkan Rasa Bertanggungjawab Dan Komitmen Di Kalangan Semua Staf Di Semua Pejabat Ke Arah Meningkatkan Kecekapan, Keberkesanan Dan Memenuhi Kepuasan Pelanggan.
OBJEKTIF KUALITI
RISDA Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Mengurus Bantuan Program Tanam Semula Dengan Cekap Dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Pekebun Kecil.
Anugerah Sijil Bersih Kewangan RISDA
Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Bagi Tahun Berakhir:
Bil | Tahun Berakhir |
01 | 31 Disember 2002 |
02 | 31 Disember 2005 |
03 | 31 Disember 2006 |
04 | 31 Disember 2007 |
05 | 31 Disember 2008 |
06 | 31 Disember 2009 |
07 | 31 Disember 2010 |
08 | 31 Disember 2011 |
09 | 31 Disember 2012 |