Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)
Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) merupakan sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh Kumpulan RISDA Holdings ditubuhkan pada tahun 1999 pada asalnya dikenali sebagai Kolej RISDA Sdn Bhd. UCAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan mula beroperasi pada 8 Januari 1999.
Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI). Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA. Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA. Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.
Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan.
Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi. UCAM juga turut mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Semporna, Sabah yang menawarkan program-program akademik. Selain itu Pejabat Zon Tmur (Kelantan), Pejabat Zon Tengah (Pahang) dan Pejabat Zon Utara (Perak) pula beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek.
UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehingga kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 7000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya.
VISI
Menjadi Institusi Pembelajaran yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.
MISI
Menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran.
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.
Memberi khidmat kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional yang relevan.
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) |
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF |
PN. HJH. FAIZATUL AKMAR BINTI DATO HISAN |
ALAMAT |
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA LOT 2020, AYER PA’ABAS 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH LOT SHOP A21, A22 DAN A23 BANDAR UTAMA, JALAN BUBUL, 91308 SEMPORNA, SABAH
KOLEJ RISDA KELANTAN D/A PEJABAT RISDA STESEN PASIR PUTEH JLN. PEGAWAI, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
KOLEJ RISDA PAHANG D/A IKPK RISDA PEKAN AWAH, 23000 TEMERLOH, PAHANG
KOLEJ RISDA PERAK D/A IKPK RISDA PADANG RENGAS, 37000 KUALA KANGSAR, PERAK
PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR SUITE 16 E, TINGKAT 16 PLAZA AMPANG CITY JLN. AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR |
NO. TELEFON |
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA 06-5529227 06-5529642
KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH 089-785220
KOLEJ RISDA KELANTAN 09-7860257
KOLEJ RISDA PAHANG 09-2987064
KOLEJ RISDA PERAK 05-7585531
PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR 03-42571677 03-42572677 |
NO. FAKS |
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA 06-5529963
KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH 089-785221
KOLEJ RISDA KELANTAN 09-7860109
KOLEJ RISDA PAHANG 09-2987064
KOLEJ RISDA PERAK 05-7584691
PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR 03-42534831 |
LAMAN WEB RASMI |
www.ucam.edu.my |
EMAIL |
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA admin@ucam.edu.my
KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH sabah@ucam.edu.my
KOLEJ RISDA KELANTAN kelantan@ucam.edu.my
KOLEJ RISDA PAHANG pahang@ucam.edu.my
KOLEJ RISDA PERAK perak@ucam.edu.my
PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR kl@ucam.edu.my |