Laman Utama > Media > Pengumuman > Berita Terkini/Pengumuman > Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikutan Penularan Wabak Covid-19

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil RISDA yang terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19. Pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikutan Penularan Wabak Covid-19 pada tahun 2020 dikenali juga sebagai BKC 2020.

Permohonan BKC 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA boleh dibuat di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab di mana kebun yang ditoreh itu berada. Disyaratkan jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat dan hanya seorang penerima bantuan sahaja bagi setiap lot.

2

Borang Permohonan

1. Pemohon Pekebun Kecil RISDA hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada;dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

2. Permohonan BKC 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA yang menyertai program tanam semula atau tanam baru, Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (SMR) beserta dokumen sokongan berikut:
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika
ada;dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

3.  Pemohon Pekebun Kecil RISDA dari Agensi lain (Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan) hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Agensi) dan disahkan oleh Agensi yang berkaitan beserta dokumen sokongan berikut:
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Geran asal tanah dan salinan; dan
c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

4. Pemohon Pemilik Pengusaha di Sarawak yang tiada geran hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (NCR) dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Surveri (JTS) beserta dokumen sokongan berikut:
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Geran asal tanah dan salinan; dan
c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

5. Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Penoreh) dan disahkan oleh pemilik tanah/wakil yang sah beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan Kad PAT-G; dan
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.

6. Pekebun Kecil yang tidak layak menerima BMT 2019 juga boleh hadir ke Pusat Tanggungjawab RISDA untuk mengemaskini maklumat peribadi dan milikan tanah bagi melayakkan menerima BKC 2020 dengan melengkapkan Borang Deklarasi BKC 2020 beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada; dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2020.

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube