Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC) ditubuhkan pada 22 April 1978 sebagai sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh RISDA dengan modal dibenar dan dibayar sebanyak RM10,000,000. SHDC menjalankan beberapa aktiviti terpilih dimana bidang pembangunan hartanah, pengurusan hartanah dan perdagangan am merupakan perniagaan teras disamping bergiat cergas dalam aktiviti kawalan keselamatan.
Mulai tahun 2002 SHDC telah menjadikan aktiviti Pembangunan Hartanah sebagai perniagaan utamanya. Sebelum ini SHDC hanya terlibat sebagai Project Management Consultan (PMC) bagi projek dalaman RISDA tetapi sekarang telah mula terlibat dalam pembinaan secara terus iaitu sebagai Kontraktor. Projek pertama yang dilaksanakan ialah Pembangunan Pusat Latihan RISDA Port Dickson, Negeri Sembilan.
SHDC masih meneruskan tanggungjawabnya melaksana tugas-tugas pengurusan hartanah RISDA di seluruh negara yang telah dijalankan semenjak tahun 1992. Pengurusan hartanah ini meliputi harta-harta berbentuk tanah milik RISDA, bangunan-bangunan pejabat samada Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah. Jabatan ini juga menjalankan aktiviti penyelenggaran sama ada secara terus atau pun melalui khidmat perunding kepakaran teknikal. Perkhidmatan penyenggaran ini tidak tertumpu kepada hartanah RISDA tetapi juga terbuka kepada pasaran luar.
Bahagian Keselamatan SHDC telah ditubuhkan pada 1 Jun 1990. Perkhidmatan ini khusus ditawarkan kepada syarikat Induk iaitu RISDA dan anak-anak syarikat RISDA. Ini adalah selaras dengan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang memberi kebenaran terhad untuk menjalankan urusan perkhidmatan kawalan menjaga harta benda sendiri.
Satu lagi aktiviti yang dilaksanakan oleh SHDC adalah Perdagangan Am. SHDC mempunyai pengalaman luas didalam aktiviti ini semenjak tahun 1980 dan bergerak cergas secara komersil. Setakat ini SHDC telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk bekalan barangan bagi 24 bidang. Diantara bidang urusniaga yang aktif ialah pembekalan kenderan, jentera ladang, makanan mentah dan siap, input pertanian dan peralatan pejabat.
Smallholder Development Corporation Sdn Bhd | |
Alamat | SHDC SDN BHD Tingkat 6, Bangunan RISDA Annexe Peti Surat 10336 Km 7, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur. |
Telefon | 603 - 4257 6340 / 4257 6337 |
Faks | 603 - 4257 6322 |
Hubungi | En. Mohd Ruslee b Ismail |
Laman Web | www.shdc.com.my |
E-mel | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Bidang |
|