Laman Utama > [Bahagian] Perutusan Pengarah > [perutusan] pentadbiran

Perutusan Pengarah

hazarudin 

 

Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah dengan rahmat limpah kuniaNya dapat kita memanfaatkan kemudahan laman web ini sebagai medium saluran maklumat dan informasi terkini.

Dalam menyediakan pengurusan pentadbiran yang cekap dan teratur, Bahagian Pentadbiran bergerak dengan sokongan padu daripada Unit Khidmat Sokongan dan Logistik, Unit Pengurusan Harta, Unit Inovasi dan Kualiti, Unit Keselamatan dan Pengurusan Rekod serta Unit Pentadbiran dan Kewangan yang mana dengan gabungan unit-unit ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan dan membantu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang berkualiti kepada staf RISDA.

Bahagian ini dipertanggungjawabkan sebagai urusetia kepada semua majlis-majlis rasmi di dalam RISDA dan bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang berkesan. Selain bertanggungjawab untuk memastikan keperluan logistik serta penyelenggaraan kenderaan rasmi jabatan dilaksanakan mengikut jadual, Bahagian ini juga berperanan untuk merangka, melaksana serta memantau aktiviti pembudayaan inovasi dan kualiti di RISDA di samping bertanggungjawab ke atas semua aset tak alih RISDA. Menyelaras urusan keselamatan dokumen, fizikal, peribadi dan rekod Jabatan juga antara fungsi Bahagian Pentadbiran.

Akhir kata, saya percaya dan yakin RISDA mampu melahirkan generasi pekerja terbilang melalui perkhidmatan dan kemudahan pengurusan yang cemerlang berlandaskan moto ‘To Serve and To Deliver’.

Sekian, terima kasih.

HAZARUDIN BIN HAMZAH

Pengarah
Bahagian Pentadbiran 

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube