Laman Utama > [Bahagian] Perutusan Pengarah > [perutusan] Pengembangan dan Pemindahan Teknologi

Perutusan Pengarah

 SARAWAK 168x240

Seiring dengan moto bahagian ini “Extension - Key Factor Of Success”, beberapa pendekatan telah dan akan diperkenalkan oleh BPPT demi kelangsungan kemajuan Pekebun Kecil.

Sedemikian, bagi memastikan kumpulan sasar RISDA mengamalkan dan membudayakan segala bentuk Amalan Pertanian Baik (GAP) serta pengukuhan Modal Insan, BPPT akan menambahbaik program-program sedia ada seperti Teknologi dan R&D, Khidmat Pengembangan dan Pembangunan Institusi Pekebun Kecil.

BPPT juga dalam pelaksanaan memperkasakan Agen Pengembangan RISDA dengan segala bentuk pengetahuan dan pendedahan di lapangan bagi meningkatkan kemahiran teknikal di samping memupuk hubungan lebih akrab dengan kumpulan sasar.

Menuju ke era baru RMK ke-12 (2021-2025) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), transformasi Modal Insan yang berkemahiran dan berteknologi akan diberi penekanan bagi meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Pekebun Kecil.

Sekian, terima kasih.


NOOR AZAN BIN MOHD NOOR
Pengarah
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube