fb   twitter   youtube   ig   soalan lazim2    hubungi kami2    aduan2   petalaman3

Perutusan Pengarah

KAMARUDDIN 400x600 


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah! syukur pada Allah kerana kita masih dianugerahkan kesihatan, keselamatan dan keamanan Negara untuk membolehkan kita (RISDA) melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan ke arah pencapaian Objektif Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR 2016 - 2020); Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan RM4,000 sebulan sekeluarga pada tahun 2020.

Kini kita berada di Rancangan Malaysia Ke 11 (RMKe 11) iaitu fasa terakhir Rancangan Malaysia menuju ke sasaran Wawasan 2020 dan bagi RISDA sasaran untuk memastikan Objektif MPSR 2016 - 2020 tercapai. Banyak perubahan dan cabaran baharu yang perlu ditempuhi dan diserasikan bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan pekebun kecil getah seluruh Negara berjalan lancar dan tidak menjejaskan pencapaian sasaran yang ditetapkan.

Struktur Bajet Bantuan Langsung Kerajaan (BLK) yang berasaskan kepada Program Pembangunan mengikut negeri memerlukan kesegeraan kepada warga RISDA untuk mengadaptasi sistem dan budaya perancangan projek secara lebih objektif dan realistik berdasarkan fakta-fakta yang sebenar di lapangan.

Agenda Transformasi Luar Bandar (TLB) KKLW dan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) serta Transformasi Nasional menjelang 2050 (TN50) perlu dihayati dan diterjemahkan ke dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan sediada bahkan program-program baharu yang akan dipohon.

Dalam hal ini, Pengurusan RISDA telah memutuskan untuk menjadikan Fokus Group Induk (FGI) sebagai indikator atau petunjuk kepada pencapaian Objektif MPSR 2016-2020 amat dihargai dan perlulah dihayati oleh semua warga RISDA di semua peringkat.

 

KAMARUDIN  BIN ANI
Pengarah
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik